Thursday, 12 January 2012

Elakkanlah dari menyusahkan orang lain....

ala,kat sekolah dulu rajin la..
tapi kalo kat umah,memang liat,isk3..
takpe,mantera "Man Jada Wajada" is always helping me..
Assalaamu’alaikum w.b.t….. Hari-hari kita mesti berdepan dengan bermacam perangai dan jenis manusia kan??Bilangannya tidak tentu setelah menggunakan graf binomial dan berbeza pada berlainan manusia,hik3.. Dan yang pasti, tidak mustahil dalam hari-hari yang kita jalani ini kita ada menyakitkan hati orang dan menyusahkan orang, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..

"Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Permudahkanlah, janganlah menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang  menjauh kan diri dari kamu"
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )"

Ana asif/minta maaf andai pernah menyusahkan sesiapa,..hurm,sejujurnya ana memang rasa bersalah pada mereka..asif ek,^^


Baarokallahu lakum. Wallahu a’lam :)

Usrah "Dai'e & Mad'u"..^^

Assalamualaikum..
Usrah,berasal dari perkataan الأسرة=keluarga/family...sejarah pembentukan usrah ni bermula lame dah,sejak zaman Rasullah dah ade,yakni ketika Rasullah menyampaikan ilmu Al-Quran & sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat di umah al-Arqam bin Abi –Arqam...


Jan 7 2011..
Jadi,ku ini juga mempunyai usrah,nama usrah kami.."Dai'e dan Mad'u",(nape name ni??entah la..si fazli la cadangkan,ana pon ikot je la,^^)..so,ana selaku naqib usrah tingkatan 4,menggalas tugas iaitu mentarbiah adek2 f4 ni..huh,bukan perkara mudah beb nak tarbiah orang ni,lagi2 f4 ni..bergantung kepada naqib,macam mana nak tarik anak2 usrah mereka berjaya di duniawi dan ukhrawi,ingatkan dulu dapat usrah f3,sekali dapat f4..takpe,sesungguhnya,Allah lebih mengetahui semua itu..bak kata Abang Hafizuddin Kadir time Kursus Nuqaba dulu..."kendalikan usrah F4 baru ade cabaran mir,ade hikmahnye"(ingt lagi ma!)..
ini la tema nye,haha..


so,ape keje ana??takkan ana nak teros buat usrah,then cakap bla..bla ..bla pasal agama,gerenti diorang bosan punye,ana pon bukan suke2 sangat cakap satu benda ni,pastu straight to the point,silap besar la jawabnya..so,usrah ana ni ade tema,bukan ana cadangkan..anak2 usrah gak la...tema kami ialah..MARI MENJADI HAMBA!!(cm pernah dengar je,kat mane ek??)...haih,ana pon anggok je la,bwat2 tanda setuju,hehe..yang penting diorang happy..^^,

Well...sebagai naqib usrah 3 ni,bende pertama kena buat ialah dapatkan pengaruh diorang,...prinsip "ko buat,ko tanggung" memang takde dalam usrah kami,so,sape2 buat salah,same2 kite tanggung,then tolong selesaikan same2,usrah Ilmu sikit,ilmu perlu dikongsi kan?hurm,satu yang pelik ni,diorang memang suke bile ana cite pasal Cinta dalam Islam ni,haih,taula kemaruk cinta+ jiwang,tapi yang penting cinta tu berlandaskan ad-Deen,InsyaAllah...,kelakar,pastu ade Jejak Seekers la..(bukan seekers ntv7 tu,ni laen tau,ni usrah ana je buat),Jejak Seekers ni ana buat kat tengah hutan sana,then biarkan diorang kat sana sambil tutup mata pada waktu siang,eh..bukan,malam la,ape brand siang2,hehe...ana biarkan diorang la jap keseorangan,pastu diorang kene cari kawan2 diorang dalam hutan tu sampai semua ahli berkumpul,sejam lebih kot baru settle,naseb baek takde yang nangis,hik3...bukan saje2 je buat Jejak Seekers ni,well..Ukhwahfillah la!!hehe....

Tapi,ape yang penting,ana nak anak2 usrah ana ni pandai jaga agama bile dah keluar sekolah...bukannye ape,zaman dahulu dengan sekarang memang lain,jadi,kena la tarbiah diorang betul2...kalo tak~hurm,carik nahas la diorang nanti dengan Rabb nanti..

Every guy is a gentlemen, it just takes the right women to bring it out of him..
(ayat ni dh brape kali ulang dalam usrah,hik3)
Wallahu A'lam..

Sunday, 8 January 2012

Fitnah Terhadap Daei Sejuta Ummah...T_T..

Assalamualaikum...
Antara petanda Akhir Zaman~fitnah makin disebakan...


"1.Tika belayar di Teluk Cyber, saya menemui terlalu banyak karang fitnah dalam 1001 wajah. Rupanya Teluk Cyber ini tidak kurang juga bahaya berbanding di maya pada. Terbaru karang fitnah yang terbentuk ialah fitnah ke atas Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Tanpa sebarang bukti, jauh sekali menepati dari garis adab berkhilaf dan mengkritik, Al Fadhil Ustaz Azhar dibelasah secukupnya.

2. Sebahagiannya fitnah itu digerakkan oleh mereka yang berilmu jika dinilai secara zahir cara karang fitnah itu terbentuk ditengah - tengah pusaran Teluk Cyber ini.

3. Lebih menarik apabila apabila karang fitnah ini terbentuk setelah terbentuknya satu gelombang besar dalam negara kita. Gelombang yang membentuk fenomena Azhar Idrus. Khasnya anak - anak muda, kini masyarakat mula menggilai kuliah dan majlis ilmu melewati fenomena ini. Arus yang dibawa menenggelamkan populariti semua ustaz selebriti dan lainnya.

4. Apakah mereka turut dilanda mazmumah ? hasad dan dengki dengan populariti yang diraih oleh Al Fahdil Ustaz Azhar Idrus ? lalu mencipta karang fitnah ? Sewaktu dunia belum dilanda arus dan gelombang Ustaz Azhar Idrus, karang fitnah ini tidak pernah wujud.

5. Sebagai manusia, saya sendiri tidak boleh menafikan bahawa kita terdedah kepada pelbagai kelemahan dan kesilapan, ustaz Azhar juga tidak terkecuali. Namun ia boleh dibaiki dan diperbetulkan, bukan dengan membunuh karektor dan menimbulkan fitnah.

6. Al Fadhil Ustaz Azhar adalah Ikon Anak Muda yang diaugerahkan tokoh tersebut oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar DPPM tempohari. Sungguhpun penganugerahan tokoh itu tidak membawa gelaran Dato' atau Tan Sri kepada Ustaz Azhar, namun Ustaz Azhar terus hebat dengan karektornya yang tersendiri sebagai seorang Daei Sejuta Ummah.

7. Memfitnahnya bukan satu langkah yang bijak dan baik, malah tidak sedikitpun menjejaskan reputasinya sebagai seorang pendakwah luar biasa yang diminati ramai. Terbaru gelombang tercetus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena count down tahun baru. Anggaran hadhirin mencecah 70 - 75 ribu orang dan kebanyakkannya terdiri dari anak - anak muda, malah menenggelamkan juga aktiviti di Dataran I City pada malam tersebut.

8. Ustaz Azhar kini menjadi aset bernilai kepada masyarakat dengan pendekatan dakwahnya yang mampu menarik puluhan ribu hadhirin dalam satu masa. Layaknya potensi ini dimanafaatkan oleh masyarakat untuk mengembalikan semula era kegemilangan menuntut ilmu setelah seketika dulu dalam era 80an, gelombang serupa dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang berpangkalan di Masjid Rusila dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Zulkifli Kota Bharu.
ceramah kat shah Alam 31/1..terbaek!!~70000++ dtang ma!!

9. Perbuatan menabur fitnah dan menyerang peribadi Ustaz Azhar adalah perbuatan yang tidak baik dan saya menasihati semua pelayar di Teluk Cyber ini agar berhati - hati dan tidak terlanggar karang fitnah tersebut.

10. Kepada Al Fadhil Ustaz Azhar, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan tahniah buat beliau dan usahlah patah semangat dan ambil pusing terhadap fitnah murahan yang dilemparkan oleh golongan penghasad ini. Kami doakan agar beliau terus thabat dan sabar meneruskan kerja - kerja dakwah khasnya dalam mendekati anak muda agar mereka kembali bersama perjuangan Islam."

sumber~Nasrudin bin Hassan,Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia..copy aje..

Wallahu A'lam..

Thursday, 5 January 2012

Rabbaniyatud Dakwah~Dakwah Rabbani..^^

Assalamualaikum w.b.t..

"Berapa ramai yang pada kami

Tetapi dia bukan daripada kami

Dan berapa ramai yang daripada kami

Tetapi dia (sebenarnya) bukan pada kami"


Dakwah Rabbani,maksodnya ialah hanya berdakwah berpaksikan pada satu benda saje,contoh la,kite tengok iklan pasal bola..celcom ade kan bwat iklan pasal bola,coca cola ade gak kan?tapi apa yang same tentang kedua2 syarikat tu ialah BOLA..effectnye,syarikat2 ni mempengaruhi orang ramai pasal bola..sampai tido pon cite pasal bola(well,lagi2 kalo FIFA,hua3)..camtu la Dakwah Rabbani,paksinya ialah Rabb,dan secara tak langsung,kita akan rasa Allah tu ade kat mana2 jika Dakwah Rabbani terus diamalkan...

"Seperti bumi yang justeru berputar kerna mentaati titah Tuhannya, atau seperti juga matahari yang tetap terus memancarkan cahayanya dek kerana mentaati titah Tuhannya."

So, seharusnya dakwah juga begitu. Dakwah, ketika ia berlaku sebab cintanya pada perintah Tuhannya, maka itu ertinya dakwah itu sedang memiliki kuasa “rabbani”. Ia menjelma kerana cintanya pada Rabbnya. Ia terlaksana demi meninggikan kalimah Rabbnya. Dan ia tidak akan pernah berakhir, selagi pelaku-pelaku berorientasikan Rabb yang lain. Bumi, matahari, dan yang lain-lainnya, pupus dari persada alam maya, atau tamat sudah rentetan masa dan waktu..


Dakwah juga boleh diterima oleh setiap kalangan manusia.Dakwah ni meme tak pernah melanggar prinsip-prinsip manusiawi. Namun, ia akan tetap carik segala potensi yang ada pada manusia, hingga ia mampu mengubah seseorang “from zero to hero.”

Li Annahu,Dakwah yang rabbani, itulah ciri-ciri asasi sebuah gerakan dakwah Islami...

Wallahu A'lam...

Wednesday, 4 January 2012

Rabiatul Adawiyah~just hoping for Allah's love..

Assalamualaikum..
Erm,salah seorang sahabat ana mintak ana cite pasal Rabiatul Adawiyah,jadi sahabat ana ni ingatkan Rabiatul Adawaiyah ni yg cucuk mata DLL...haha,salah rupanya,nak fahamkan cite Rabiatul Adawiyah pon ana kena abeskan novel die,panjang kot,tapi ilmu die banyak Rabiatul Adawiyah merupakan wanita yang tak pernah mengahwini mana-mana lelaki,bukan sebab tak nak ikut Sunnah Rasullah,tapi cinta yang terlalu tinggi pada Allah,serta mengaharap keredhaan-Nya...so,lets start..

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
lame kot nak abeskan novel ni..tapi terbaek la!!

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok Rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya)."
[Surah al-A'raf, ayat 201]

Sumber~dari blog seseorang,hehe..edit sikit2 je isi nye..
Wallahu A'lam...

Blogger templates

Powered By Blogger