Friday 20 April 2012

Novel?? erm,layan jugaklah,tapi...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum...

Huih,lama tak menaip nih,ilham...oh,ilham..datang la kepadaku,sungguh aku merana tanpamu,isk3,

Erm,dalam mengejar cita-cita dan impian,sebenranya ramai lagi tak tahu baca al-Quran + khatam al-Quran,bile ditanya maksud al-Quran tu,fuhh,masing2 tau jawab, Kitab Allah yang diturunkan kepada baginda etc....maklum la,belajar PAI kat sekolah en?Masya Allah..Pandai jawab tapi masalahnya en berapa ramai yang pandai membaca Al Quran?itu ana tak nak jawab...

wah,warna warni memikat hati~tapi beli tak bace,sori,anda silap besar sebnarnye,
yang tersirat itu sepatutnya dibaca dulu kemudian dizahirkan ..^^

Al Quran vs Novel & Buku Buku Am...

Pastinya pembaca novel dan buku am lebih ramai berbanding membaca kitab suci Al Quran,betul tak??Nut what I now see is,sekarang ni,tak ramai yang pandai membaca Al Quran~Baca Al Quran tergagap gagap,tajwidnya entah ke mana~Masya Allah..Akhir Zaman! Sedangkan ramai yang tahu,Al Quran antara penyelamat kita di alam kubur kelak, tak jadi masalah andai antum rajin baca novel dan buku,tapi kena rajin jugaklah membaca Al Quran.Biar seimbang...tawazun~

Kadang2,ana terfikir sejenak.Ramai kerja tinggi,belajar tinggi,gaji tinggi,cakap mat saleh pekat benor,cakap cina,india dan korea or bahasa lain2 lancar terus,pakai kereta besar,rumah besar.But apabila di minta mengaji Al Quran ramai yang mengelak.Kenapa perkara ni berlaku?Benar apa yang di katakan di dalam hadis.Dunia semakin hampir dengan kiamat! Nauzubillah,untuk peringtan diri ana juga...

Dalam al-Quran ada pelbagai cerita, sedih ada, insaf ada, gembira pun ada, seram pun ada. Kita baca novel kadang2 sebab terpengaruh dengan populariti si penulis novel. Cerita bukannya best sangat pun padahal pon watak2 dalam novel tu pula tidak ada kaitan pun dengan kita.

amacam??banyak tak?? :)

Bererti, kita sedang baca kisah orang lain. Bukan kisah kita. Hanya persis kisah kita jika kebetulannya sama dengan apa yg pernah kita lalui. Sedangkan Allah adalah Penulis Yang Maha Terbaik dan Maha Popular.sohih?? KaryaNya al-Quran. Watak2 dalam al-Quran tu kesemuanya ada kaitan dengan kita. Maksudnya, kita juga adalah watak2 utama dalam al-Quran. So, boleh fikir, mana lagi best... kih3

Kita jadi watak utama dalam 'novel' karya Allah sendiri atau kita sekadar pembaca novel yang tidak ada pun watak kita di dalamnya. Al-Quran tu kisah tentang diri kita sendiri.

Cerita tentang diri sendiri yang mencari jalan keluar dari kegelapan kepada cahaya. Lagi menarik dari novel biasa di pasaran,haha,kadang kite suke lebihkan novel,kadang2 ada jugak yang menangis bile bace novel nih,aduh,tu tak tahan tu,kawal diri tau..InsyaAllah,moga2 antum dalam dakapanNya..^^

p/s= saya peminta novel Hilal Asyraf,A Ubaidillah Alias,Hlovate,Hizburrahaman el-Sharazy,Fatimah Syarha, and semua novelist tu(andai Ustaz Azhar Idrus buat novel saye beli,hehe)..InsyaAllah,saya cuba kawal diri saya,ameen~

Wallahu A'lam..

Friday 6 April 2012

Hadiah paling bermakna...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Okeyh, awek I nak kasi..

..baju melayu sepasang siap sampin lagi...
..sebotol minyak wangi Ralph Lauren *woot woott,kaye benor aweks nih...
..topup 5 hengget...

Ok fine. Tau tak, tengah baca surat cinta Kekasih Pertama, saya dapat offer lagi best. Memang infinity la excitement time tu.

Eh jangan risau,jangan jealous. Sebenarnya offer tu untuk kita semua :)

 'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa,' [3: 133]


Luaaaaaasss.

Langit + Bumi. Weh tell me, mana nak dapat lagi? Siapa lagi yang mampu bagi. Setakat topup minyak wangi, baju melayu tu, alahai macam kuman je kot. Kan?

Tapi untuk dapat reward besar macam tu, effort pun kena la the best that we can kan?

Allah dah listkan dah, hah siapa yang nak, buat macam ni macam ni macam ni. Kira macam nak exam, lecturer bagi soalan ramalan, masuk chapter ni chapter ni chapter ni.

Agak agak kita terlebih rajin tak nak study chapter lain dan tak pedulikan chapter ramalan yang lecturer bagi tu?

Tapi ni Allah yang janji weh. Subhanallah.

 ~infak waktu lapang atau sempit
 ~tahan marah
~maafkan kesalahan orang lain

Senang tak?
Tacing gak la bila baca baca ayat ni. Sebab masa tu saya tengah diuji untuk 'tahan marah, maafkan orang lain'.

Ya Allah. Bukan senang. Tapi bila kita dapat buat apa yang Allah suruh tu, Subhanallah, tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Indah.

Imagine la kalau korang dapat trip percuma ke Europe untuk sebulan. Waaa~ melompat-lompat la korang en??

Tapi ni bukan setakat Europe, nah amik langit dan bumi. Bukan hanya untuk beberapa bulan atau tahun tapi selama-lamanya.

 Dalam ukhwah, yang sana tersentuh, yang sini terasa.

 'Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah,' [74:7]

 Sebelum terasa, kita perlu menjaga :)

 INNALLAHA MA'ANA

*pehh,kene ade Ilham,baru boleh taip la belog nih~huhu..oke,ana takde aweks2 nih ye,rekaan Syabab semata2..^^

Wallahu A'lam..

Blogger templates

Powered By Blogger