Saturday, 13 February 2010

Baru kita cite pasal kepimpinan!!!!(bab 1)

Bab 1

KONSEP PIMPINAN DALAM ISLAM

Pimpinan Islam mestilah digerakkan oleh iman dan amal soleh!

1)Satu perjuangan yang diberi nama "perjuangan Islam" hanya dapat diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal soleh oleh para pemimpinnya samada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, warna kulit, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan perjuangan Islam sekalipun diberi nama yang berbentuk keislaman.

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya.

Maka hadith ini menjalankan bahawa suatu perjuangaan sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal soleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya.

Kesimpulan:Oleh itu,kalau nk jadi pemimpin,mestilah kerana Allah dan Rasullah!bkn kerana nk semua perkara duniawi,kalau nk seimbangkan konsep kepimpinan,mestilah aspek duniawi dan ukhrawi dijalankan dengan sebaiknye,

Wallahu' Alam

0 ulasan:

Blogger templates

Powered By Blogger