Friday, 2 April 2010

15 + 1 Sifat Ego Dalam Diri Pemimpin

Alhamdulillah,dapat juga ana abiskan buku
'Tip-Tip Pemimpin' ni(beli kat Pesta Buku)....lame tu nk habiskan,ni koleksi dari Kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi(yg bwat Kitab Hadis 40 tu),tiba-tiba ana teringat buku tazkirah yang ana tulis time kursus Nuqaba ari tu.Huh,nasib baik ade, kalau tak,memang sia-sia la usaha ana,huhu,antara ego sifat pemimpin ni.....

1) Diberi jawatan terasa terhibur
2) Tidak dilantik,rasa tidak tenang
3) Kalau dia seorang pemimpin,arahannya selalu kasar
4) Kalau dia pengikut,payah mahu taat 'Emosional' dan mudah tersinggung
5) Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak
6) Lebih tertonjol daripada orang lain
7) Mudah marah,cepat melenting
8) Payah menerima pandangan orang lain
9) Dalam majlis,idak senang bila orang lain memberi pandangan
10) Dalam majlis,mudah memotong cakap orang lain
11) Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin & jemaah
12) Suka pandangannya sahaja diterima
13) Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar  terserlah kesempurnaan dirinya
14)Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15)Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar
16)Ada sesetengahnya bersikap 'HIPOKRIT' ,hanya tahu bermadah tetapi diri sendiri melakukan perkara yang sama....

Yang mana satukah di antara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik.....Kalau tak paham tanya la ye,mungkin selepas ini,ana akan menulis sesuatu berkaitan persahabatan ngan 'hipokrit' .Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana  menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

0 ulasan:

Blogger templates

Powered By Blogger