Ana betul-betul sedih la dengan masyarakat sekarang....semalam ana jalan-jalan dengan sahabat ana kat KL,(nak ikut ke?)pastu ana balik la sorang-sorang,Tiba-tiba,ada seorang 'insan' bersama sahabat die ni beri sedekah kat peminta sedekah ni,ana rase bagus gak orang ni, Kemudian,ana pun duduk la,pastu 'insan' tadi pun duduk sebelah ana,tibe-tiba,die cakap kat sahabat die tu 'Aku sebenarnye kasi duit tadi bukan nak buat baik pun,aq nak suruh awek-awek pandang kat aq je' ada ke patut...eish2...tak patut...tak ikhlas betul 'insan' ni
Ana memang tak puas hati la,ingat nak tegur, tapi apa kan daya,ana cuma budak sekolah yang bertaraf 'Low Student'..Yela,sekarang ni,orang mana pandang dah budak sekolah agama ni,katanye nanti kerja tak banyak duit la,low class la..tapi apa tujuan kita sebagai khalifah Allah hidup di muka bumi Allah???mesti antum/antunna tau kan...sebenarnya manifestasi manusia hidup di muka bumi Allah adalah....mengabdikan diri pada Allah..betul tak?cuba hayati hadis pertama dalam Kitab Hadis 40,karangan Imam Nawawi yang bertajuk...
'Segala Amalan Bermula Dengan Niat...'
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ
صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : (إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
Wallahu A'lam...
Me and medical posting and 2019 ending soon?
-
Assalamualaikum wbt
Hm .. nampaknya memang seorang Faziera ni akan update blog bila end of
posting je ke ? Hahahaha k ..
2019 is ending real soon.
What's...
4 years ago
0 ulasan:
Post a Comment