Friday 20 April 2012

Novel?? erm,layan jugaklah,tapi...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum...

Huih,lama tak menaip nih,ilham...oh,ilham..datang la kepadaku,sungguh aku merana tanpamu,isk3,

Erm,dalam mengejar cita-cita dan impian,sebenranya ramai lagi tak tahu baca al-Quran + khatam al-Quran,bile ditanya maksud al-Quran tu,fuhh,masing2 tau jawab, Kitab Allah yang diturunkan kepada baginda etc....maklum la,belajar PAI kat sekolah en?Masya Allah..Pandai jawab tapi masalahnya en berapa ramai yang pandai membaca Al Quran?itu ana tak nak jawab...

wah,warna warni memikat hati~tapi beli tak bace,sori,anda silap besar sebnarnye,
yang tersirat itu sepatutnya dibaca dulu kemudian dizahirkan ..^^

Al Quran vs Novel & Buku Buku Am...

Pastinya pembaca novel dan buku am lebih ramai berbanding membaca kitab suci Al Quran,betul tak??Nut what I now see is,sekarang ni,tak ramai yang pandai membaca Al Quran~Baca Al Quran tergagap gagap,tajwidnya entah ke mana~Masya Allah..Akhir Zaman! Sedangkan ramai yang tahu,Al Quran antara penyelamat kita di alam kubur kelak, tak jadi masalah andai antum rajin baca novel dan buku,tapi kena rajin jugaklah membaca Al Quran.Biar seimbang...tawazun~

Kadang2,ana terfikir sejenak.Ramai kerja tinggi,belajar tinggi,gaji tinggi,cakap mat saleh pekat benor,cakap cina,india dan korea or bahasa lain2 lancar terus,pakai kereta besar,rumah besar.But apabila di minta mengaji Al Quran ramai yang mengelak.Kenapa perkara ni berlaku?Benar apa yang di katakan di dalam hadis.Dunia semakin hampir dengan kiamat! Nauzubillah,untuk peringtan diri ana juga...

Dalam al-Quran ada pelbagai cerita, sedih ada, insaf ada, gembira pun ada, seram pun ada. Kita baca novel kadang2 sebab terpengaruh dengan populariti si penulis novel. Cerita bukannya best sangat pun padahal pon watak2 dalam novel tu pula tidak ada kaitan pun dengan kita.

amacam??banyak tak?? :)

Bererti, kita sedang baca kisah orang lain. Bukan kisah kita. Hanya persis kisah kita jika kebetulannya sama dengan apa yg pernah kita lalui. Sedangkan Allah adalah Penulis Yang Maha Terbaik dan Maha Popular.sohih?? KaryaNya al-Quran. Watak2 dalam al-Quran tu kesemuanya ada kaitan dengan kita. Maksudnya, kita juga adalah watak2 utama dalam al-Quran. So, boleh fikir, mana lagi best... kih3

Kita jadi watak utama dalam 'novel' karya Allah sendiri atau kita sekadar pembaca novel yang tidak ada pun watak kita di dalamnya. Al-Quran tu kisah tentang diri kita sendiri.

Cerita tentang diri sendiri yang mencari jalan keluar dari kegelapan kepada cahaya. Lagi menarik dari novel biasa di pasaran,haha,kadang kite suke lebihkan novel,kadang2 ada jugak yang menangis bile bace novel nih,aduh,tu tak tahan tu,kawal diri tau..InsyaAllah,moga2 antum dalam dakapanNya..^^

p/s= saya peminta novel Hilal Asyraf,A Ubaidillah Alias,Hlovate,Hizburrahaman el-Sharazy,Fatimah Syarha, and semua novelist tu(andai Ustaz Azhar Idrus buat novel saye beli,hehe)..InsyaAllah,saya cuba kawal diri saya,ameen~

Wallahu A'lam..

6 ulasan:

QueAe said...

bnyknye PTS~~~~

sayainsanbiasa said...

banyaknyaa novel-novel islamik :D

Seorang Amir said...

layan~hobi ke-2,hehe..sekarang dah kureng dah,mengabehkan duit beli novel je memanjang,kne kawal diri..^^

selipar jepun said...

ehem2..

Anonymous said...

nampak Sophie Kinsella kat situ. =)

USA Blockchain said...

Difficulties in sending cryptocurrency to another wallet in Blockchain
Are you in the middle of sending cryptocurrency to another wallet in Blockchain but experiencing difficulty related to the same? If you can resolve the error completely, dial Blockchain support number 1800-665-6722 and avail all the full-fledged assistance from the specialists who will guide you in the accurate direction and deliver quality-driven solutions.visit:- http://www.cryptophonesupport.com/wallet/blockchain

Blogger templates

Powered By Blogger