Showing posts with label Makan je tau.... Show all posts
Showing posts with label Makan je tau.... Show all posts

Friday, 9 March 2012

Mesir~Bumi Anbiya' yang 'mendidik'-ku...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Perkongsian eksklusif bagi sesiapa yang baca ni! Terlalu banyak yang ingin dikongsi dan ingin diceritakan..
*masjid al-azhar,jerebu la

Malaysia..Mesir.. dua tanah yang luas yang tak banyak beza..namun berbeda! Haha..faham? Sangkaan ana sebelum tiba di bumi ini (mesir)..banyak yang tepat.. hampir 80% lah! Menyedari bahawa mesir adalah bumi anbiya dan firaun menjadikan langkahku di sana berhati-hati dan menjadikan dua belah kakiku ini ‘memerhati’..*jadi dak baru dan pendiam di sana,jahil la katakan..^^

tinggal kat sini,duduk ngan dak2 selangor..

So,for me~kisah di bumi mesti dikongsikan.. adalah realiti masyarakat dan biah di tanah arab ini.. cerita ini (insyaAllah) bermanfaat bagi sesiapa yang membaca..tulus dari hati yang mudah dibolak balikkan ini dan iman yang rapuh ini..*ya muqallibal qulub.sabit kulu bana ala deenik wala thoa'tik,hurmm..wallahualam..


Masyarakat Arab dan masyarakat melayu berbeza! Dari budaya..tingkah laku..adab..bahasa & etc menjadikan suasana itu berbeza dari bumi Malaysia yang majoritinya masyarakat melayu-islam.. majoriti mereka juga Muslim..sengaja Allah tentukan begitu…

sedap dan murah,mai mesir..^^
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Al Hujuraat ayat 13)

 shai bi la nanak=teh tanpa pudina..^^

Namun, nak rasa kesan kat bumi mesir itu hanyalah dapat diketahui dengan ‘mencelah-celah’ dalam masyarakat Arab,kalau tak,yang zahirnya..tidak menggambarkan bahawa masyarakat Islam yang mendiami bumi itu.. persepsi yang buruk bagi pelancong2 yang bukan Islam.. keadaan jalan yang kotor..individu2 arab yang panas baran..gopoh gapah dalam urusan..dan sebagainya..belum cerita trafik lagi,tak sanggup bawa kereta kat sana,asyik main hon-hon je..

aritu try amek gambar kat dalam U,pastu kena marah ngan pengawal,huhu
ni pon curik2 amik gambar,itupon kat luar :(

Bangsa Arab sangat berbeza namun kebanyakan mereka sangat menghormati masyarakat Malaysia sehinggakan digelar ‘AHSAN NAS’ (manusia terbaik)..subhanallah..penghormatan yang tinggi namun adakah kita layak dengan gelaran itu? fikir-fikirkan..

Bila nak balik nih?huhu~result ma..
Wallahu A'lam...

Thursday, 9 February 2012

That's why Al-Amin is always healthy...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..^^
Erm,arini tak keje la,takpe la,blogging ape2 pon jadi la,asyik masak je kat umah,jadi montel baru tau,hehe,so,kali ini ana nak kongsikan cara hidup Baginda, Bukan bermakna nabi terhindar daripada macam2 penyakit, but Baginda sebenarnya pernah sakit beberapa kali je...Baginda selalu berada dalam keadaan sihat walaupun terpaksa menghadapi onak duri tika berdakwah..satu je sakit yang Rasullah takleh hadapi yakni~MATI..huhu


Wallahu A'lam..

Saturday, 4 June 2011

Chef~my 2nd ambition...

Salamun Alaik...
Kali ni,Chef Amir Muzaffar bawakan satu lagi masakan oleh ulung..iaitu..
Nasi Goreng Pattaya
Hehe,mula-mula cam fobia gak wat nasi goreng ni...sebabnya,ermm..malu la nak cakap,ade la sebabnya..(geseng..T_T)
Then,pada suatu ari ni..tetibe terhasrat lak nak masak Nasi Goreng Pattaya ni,fuhh..dalam setengah jam gak nak buat ni..tetibe..jeng..jeng....

Sebijik tak?hehe...
Ingat muka ana takleh masak ke?sebijik lak macam kat restoran,hehe...
Wallahu A'lam

Monday, 2 May 2011

Hah...My favourite...Karamel...

Assalamualailkum.....
Wah..sejak kebekelangan ni...ana suka sangat tengok cite masak-masak kat TV,cite kat Astro 703,AFC(Asian Food Channel),entahla...tetibe dalam hati ana ni ade tepasang niat@cita-cita nak jadi seorng Chef,hehe...
Berbekalkan ilmu yang ada(macam realiti TV lak)...ana cuba la try masak desert yang takleh dilupakan kesedapan nye...hehe....ni antaranya gambar2 nye...

Terliur tak antum?hehe...kalo nk,
leh la tempah,sedap!!!

Wednesday, 9 June 2010

Jangan Diikutkan Sangat........

Hati sangat sedih.
Hati saya menangis.
Ya Allah aku mohon Kau kurniakan kekuatan pada jiwa yang lemah ini wahai Tuhan.
Jadikanlah aku hambaMu yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.
Agar hambaMu ini tidak merasa berat atas apa yg telah Kau tentukan.


 Sekarang ni ana tengah berjihad. Jangan terkejut sebab ana bukannya berjihad membawa senapang, tetapi berjihad hati atau pun dalam bahasa arabnyer ‘Jihad bil-Nafs’. Sebenarnya jihad ni ada banyak.. Kebanyakan ulama’ membahagikan jihad kepada lima bahagian iaitu:-

1. Jihad menentang hawa nafsu.
2. Jihad menentang hasutan syaitan.
3. Jihad menentang golongan kafir.
4. Jihad terhadap golongan munafik (sifat-sifat kaum munafik dan
cara-cara tindakan menentang mereka menurut al-Quran).
5. Jihad terhadap orang-orang zalim dan fasik (jihad menentang ahlul
mungkar menurut prinsip al-amru bil ma’aruf wan nahyu anil mungkar).

Jihad ana adalah jihad yang pertama dalam senarai.. Bukannya apa.. ana sedang menentang keinginan hati ana dari....ana sendiri pun tak nak tulis....malu....T_T....... Terseksa rasanya hati ni bila tak ...T_T., huhu.. Jadi ana harus kuatkan semangat untuk melawan nafsu ana. Memang hidup perlu ada jihad. Dalam hadis Rasullah juga ada menyatakan pasal jihad...

“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)"

Doakan ana supaya ana akan menang dalam peperangan ni..Doakan tau....hehe

Wallahu A'lam....

Blogger templates

Powered By Blogger