Sunday, February 14, 2010

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah(bab 3)



Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang lebih sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang naqib itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang insan mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si insan tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

kesimpulanye=dakwah dan tarbiah mrpkn aspek penting dlm mnybarkan agama Islam,xde aspek ini,tiada Islam la jwbnye.oleh itu,bnykanlah berdakwah & bertarbiah kpd orng ramai supaya kmbali kpd Al-Quran & As-Sunnah,serta Allah s.w.t.

Wallaahua’lam.

0 ulasan:

Blogger templates