Saturday 17 April 2010

Ketawa...penawar sedih

Eish-eish...nak tulis ape ye kt blog ni,tak ada idea la nak tulis ni,nak tulis pasal dakwah je,ermm,orang bosan lak nanti....ana ambil maklumat ni dari seseorang...Tajuknye.....PEMBOHONG



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

Sunday 4 April 2010

Pantang Dicabar!!!

(maaf,tiada gambar untuk dipaparkan)


Eish,memang pantang kalau cite pasal Pertandinagn Kerjaya ni,orang tu(ehem2) tulis pasal Folio Kerjaya(ape brand),ni ana tulis pasal Kiosk Kerjaya,baru best,tak de la mengadap buku je,tak pun kertas,(jangan marah ye),kumpulan ana pun tiru orang tu,copy tahun lepas punye,ingatkan nak buat pasal doktor bedah ke,scientist ke,ni kne ikut taon lepas,bosan betul,pastu yang tak tahannya,suara latar yang digunakan dalam kerja kami,memang kelakar la,hahaha

Antum/antunna nak tahu apa kerjaya yang dipilih oleh kami,ermm,nak tau,tanye lah sendiri,kitaorang ni malas sikit nak cari maklumat,tapi kitorang rajin guna photoshop,cakap je ape,crop gambar,edit,power point,itu memang kesukaan kami,convert video,cakap je ape pasal technology ni,small matter je,tapi satu je masalah,malas nak menaip makluma......tak tau nape

Ni ahli kumpulan kitorng
1)Faris...kerja die,edit je,balik-balik edit,ape arr
2)Fateh@Pakteh....suka menaip,nasib baek ade die,kalau tak....Zzz
3)Farhan....cari maklumat tak silap ana,tapi bab ICT ni,malas nak cite,hebat!!
4)Amir Muzaffar...mamat mana lak ni,kerja die,bagi penerangan time pertandingan nanti,(jangan bagi hadis time pertandingan udah),hahaha

Tu je la luahan hati kitorang kat pelajar KUSISS ni,ermm,antum/antunn jangan sokong peserta Folio Kerjaya tau(terutama yang tulis kat Blog die tu),tak de lah,gurau je,moga-moga,kita diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuh sebarang dugaan semasa pertandingan nanti...Amiin,doakan ye,moga-moga diberikan kejayaan semasa pertandingan nanti(asyik dapat no 2 je)

Wallahu A'lam

Saturday 3 April 2010

Sahabat....Dengarlah Rintihan Hatiku

Cuba anda bayangkan kalau anda mendapat seorang kawan yang baik,suka berkongsi masalah, & yang terpenting suka berkongsi ilmu agama,bagi anda,dialah sudut meluahkan masalah tetapi pada masa yang sama dia...........ana pun tak sanggup nak cakap benda ni,tapi ana sanagt berharap dan berdoa semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh......Amiin......

Tapi,memang tanggungjawab seorang pemimpin ni memang berat,kita mesti menerima tanggungjawab yang diterima dengan ikhlas,tapi pada masa yang sama anda menerima kritikan,celaan dari orang ramai.Memang secara hakikatnya itulah pemimipin,sanggup meredah onak dan liku semata-mata mahu anak buahnya berjaya mencapai destinasi masing-masing...

Ana ni harap je BADAR, masalah kawan sendiri pun tak boleh tahu...ape punye kawan la,eish-eish, tapi ana nasihatkan jangan terlalu menganggap diri ni terlalu hina,sementara masih ada masa kita taubatlah,moga-moga mendapat hidayah daripadanya,Insyallah...Amiin....

Wallahu A'lam

Friday 2 April 2010

15 + 1 Sifat Ego Dalam Diri Pemimpin

Alhamdulillah,dapat juga ana abiskan buku
'Tip-Tip Pemimpin' ni(beli kat Pesta Buku)....lame tu nk habiskan,ni koleksi dari Kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi(yg bwat Kitab Hadis 40 tu),tiba-tiba ana teringat buku tazkirah yang ana tulis time kursus Nuqaba ari tu.Huh,nasib baik ade, kalau tak,memang sia-sia la usaha ana,huhu,antara ego sifat pemimpin ni.....

1) Diberi jawatan terasa terhibur
2) Tidak dilantik,rasa tidak tenang
3) Kalau dia seorang pemimpin,arahannya selalu kasar
4) Kalau dia pengikut,payah mahu taat 'Emosional' dan mudah tersinggung
5) Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak
6) Lebih tertonjol daripada orang lain
7) Mudah marah,cepat melenting
8) Payah menerima pandangan orang lain
9) Dalam majlis,idak senang bila orang lain memberi pandangan
10) Dalam majlis,mudah memotong cakap orang lain
11) Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin & jemaah
12) Suka pandangannya sahaja diterima
13) Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar  terserlah kesempurnaan dirinya
14)Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15)Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar
16)Ada sesetengahnya bersikap 'HIPOKRIT' ,hanya tahu bermadah tetapi diri sendiri melakukan perkara yang sama....

Yang mana satukah di antara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik.....Kalau tak paham tanya la ye,mungkin selepas ini,ana akan menulis sesuatu berkaitan persahabatan ngan 'hipokrit' .Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana  menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

Blogger templates

Powered By Blogger