Saturday 19 February 2011

10 Muwasafat Tarbiyah~ buat para da’ie....


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8 ) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

article copy from iluvislam.com….

Sunday 6 February 2011

Orientasi...BADAR..haha

Orientasi..nama yang tak asing ladi bila awal persekolahan kat KUSISS..hehe..tapi,kali ni...bukan exco je yang buat...BADAR pun nak buat jugak(penat tau x??)...sambung cite..sebagai KL Dakwah & Kepimpinan yang g-pang~hehe(gelaran oleh mereka)...dapat la tema yang nak kata best,ermm..entahla,den sendiri tak tau...temanya...Tabiyyah dan Sentuhan Rohani....
cehh...dapat tema ni macam jadi KM la pulak,kui3.....

Cehh,susah nak dapat ni,cume terhad kepada
lima orang je..hahaha....
Alhamdulillah,Syukur...lajnah ana dapat buat program waktu cuti,iaitu..wakutu cuti Thaipusam,haha...ermm,namun,bile dipikirkan balik,boleh ke program yang kitaorang buat ni berjalan??takpe,rancang je dulu...belum cuba,belum tahu.....fuhh,ade 3 program yang kitorang nak buat...
1) Ujian Tulisan Jawi
2)Sayembara Tarbiyyah
3) Sentuhan Rohani@Muhasabah Diri..(ana paling suka!!)

Ujian Tulisan Jawi....
Ermm,camne ye,pada pagi Khamis yang diingin,seruan.."Semua pelajar F1 dikehndaki pergi ke dewan,janagn lupa bawa alat tulis dan kertas Kajang"..tetibe ade prob lak,pengetua lak naik asrama banin,isk3..memang lambat la jawabnya....lagi satu hal,LCD yang dak Badar selalu pakai,tersimpan secara rapi kat Bilik Gerakan,time tu,semua dak banat dah pergi dewan...susun meja semua...fuhh,kesian tau tak..Disebabkan LCd tersimpan dalam tu,kene la pindah tempat...iaitu kat Musolla,hehe...asalnya kul 8 start,tapi KA punye hal,kul 9 mulanya...redha je la ye...lalu,ujian pun dimulakan....hehe,setengah jam je pun(tak pernah buat ujian setengah jam??plek~)..hehe,syukur...

Sayembara Tarbiyyah...
Yang ni...Cam perbentangan je...yang banat kene buat pembentangan,banin buat lakonan..boleh tahan gak la yang ni..cume dak banin,buat lakonan cam bosan sikit......tapi ade jugak kumpulan banat yang sedih,sebab tak dapat buat pembentangan,kene la sambung malam program ni..takpe2,ana suke je pembentangan korang..pandai carik idea,hehe..niat kerana Allah..


Sentuhan Rohani@Muhasabah Diri.....
Wah...ni yang paling suka!!ermm..yang ni waktu malam,tetibe macam-dugaan menimpa,serius benda tu kuat,tapi Allah lagi berkuasa,hehe..mula-mula tayangan sikit,hehe..macam bosan gak,tapi...yang best waktu nangis la,..haha,ade orang bet ngan ana,"kalo anta boleh buat ni nangis,ana tabik sprint la"..jadi,hasilnya,ana berjaya buat diorang nangis melalui sentuhan ajaib,iaitu..Sentuhan Rohani..hehe...

Nasib baek semua program yang berjalan dengan lancar,syukran kepada Lajnah Dakwah & Kepimpinan,semua akhi,akhwat Badar sekalian,hehe...p/s...pagi yang sejuk,hee~..

Wallahu A'lam....

Saturday 5 February 2011

Tiket Perjalanan Percuma...

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang…
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Wallahu A'lam...

Blogger templates

Powered By Blogger