Friday, 30 December 2011

Al-Ghuraba': Tersisih dan Terasing Kerana Mengamalkan Islam Yang Tulen

Assalamualaikum~


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”


1) Islam itu bermula dalam keadaan asing: Pengnut dan pengamal Islam ketika mulanya dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.

2) ... dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya: Di akhir zaman ini (sebelum kiamat) penganut dan pengamal Islam yang diwariskan Rasullah saw mengamalkan sebagaimana dalam Kitab dan Sunnahnya juga dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.

Umpamanya bentuk Islam yang tidak sesuai dan dipersetujui oleh USA, dunia Barat dan negara2 sekular pasti akan tidak dibenarkan duduk semeja, akan dilebel ekstrimis dan teroris lalu disingkir-asingkan dan dijadikan pelarian lalu dikandang seperti ternak dan disembelih bila-bila masa pun pada masa lapang. Demikian asingnya Islam sebagaimana disabdakan olih Rasulullah saw. di akhir zaman ini.

3) Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’): Maka beruntunglah jika tetap berpegang kepada Qur'an dan Sunnah at whatever cost,kerana Islam itu menjamin Jannah~InsyaAllah...





Wallahu A'lam

Monday, 26 December 2011

Pondok Madani..^^

Assalamualaikum..
Last thursday, I attended the 2nd International Conference on Islamic Education 2011 (ICIEd2011) at Hotel Equatorial Bangi, this is my first experience to attend this conference, normally, I would watch on TV Al-Hijrah only, but the conference was held in Bandar Baru Bangi,so i took he opurtinity to see international Islamic teachers from overseas,hehe..well~i was kindda wierd when I met them,but,thoutfully,they were very friendly..haha,then,I met someone that I really never thought that I will met him,

It was Cik Hamid,a teacher from Pondok Gontor,Indonesia~well,we had a talk,then I asked him,"cik Hamid,have you ever hear A. Fuadi?the novelist of 5 Menara and Ranah 3 Warna?",the he answered,"A. Fuadi??haha,he is my student for a couple of years ago",I was so shocked and didn't expect that I will met his teacher,hahaha..I was so exited~now,I know that Pondok Madani is Pondok Gontor~hua3...well,its an honour to meet A. Fuadi's teacher,Cik Hamid,he told me the same thing like in the novel 5 Menara,haha~what a memory..I hope I can also be like him~speaking in 3 langauges,BM,English plus Arabic(well,kindda hard)...InsyaAllah..
well~ni la cik hamid(yg pkai tag tu!)

Wallahu A'lam..

Wednesday, 21 December 2011

Jangan lupakan mereka tau!!~lajnah kite~

Assalamualaikum..
Bile sebut pasal lajnah ni,mesti teringat time jadi BADAR dulu2(walaupun sbnranya ana tak layak,isk3),tapi bila ana dengar pasal hadis dalam buku PQS(my feveret subjek!,^__^),tajoknya,Tanggungjawab Individu Muslim,(tajuk Pengajian Hadis),baru ana sedar,bahawa semua orang adalah pemimpin dan mempunyai tanggungjawab masing2..(rajin2,bukak la buku teks tu nanti ye)

Rasullulah bersabda:

" Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya. Imam (ketua negara ) adalah pemimpin, dia akan ditanya tentang rakyatnya . Seorang lelaki itu pemimpin kepada ahli keluarganya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang perempuan itu pemimpin di dalam urusan rumah suaminya dan dia di tanya tentang rakyatnya. Seorang khadam itu menjadi pemimpin tentang urusan harta tuannya dan ditanya tentang rakyatnya Seorang anak menjadi pemimpin tentang harta ayahnya dan ditanya tentang rakyatnya.Maka kamu semua adalah pemimpin dan ditanya tentang rakyatnya." (Bukhari Dan Muslim)

Jadi,ana ni pon ade gak la tanggungjawab,iaitu mengurus sebuah lajnah,hebat gak la lajnah ni,(yeke??),Lajnah Dakwah Dan Kepimpinan,nama yang tak asing bagi semua badarians di seluruh negara,hahahaha(tak elok riak,dose tau)...jadi Lajnah Dakwah merupkan aset utama BADAR ni,eh,lupe lak,Lajnah Usrah sekali(credits to Pijol and Maryam,hehe)..bile dak KUSISS dengar nama Dakwah tu,masing2 dah rase bersalah~mungkin sesetengah budak2 pikir dakwah tu susah la,berat la (espcially Unit Skuad Solat),tapi ia akan jadi mudah kalo kita bersatu,betul tak Lajnah Dakwah??hehe,pelik tapi benor..tapi semua tu is just memory di KUSISS,nak kata munaqosyah kami hebat,taklah jugak,kata orang,"Lajnah Dakwah taon ni lajnah yang happy go lucky la"(tengok KL la,senyum aje,gurau je ye ajk)..tapi kitaorang biase2 je,then..KL kene belanja makan AJK la,jamuan la(makan je tau ye),anugerah AJK berkaliber la...hehe,kelakar betul,tapi yang penting,apa yang kami rancang dan laksanakan mesti kerana Allah,bukan mengharapkan balasan atau pujian dari sesiapa pon(Sessungguhnya pujian itu adalah racun yang berbisa!)..

tak nampak?tekan la gambar ni,dah lame dh buat bnde ni,tulisan ana burok sikit,hee~

Jadi,sebenarnya,memang berat nak tinggalkan korang semua,especially penolng ana(baek kot,muahaha),ingtlah jasa orang yang membantu,ana rasa,kalo lajnah ana takde dalam hidup ni,huh,entahla,ana boleh jadi mamat kering je kot,syukran jazilan@thanks banyak2 lajnahku..InsyaAllah kita bertemu lagi,hehe..lepas ni,nama lajnah ni dah berubah,namanya,Lajnah Dakwah dan Tarbiah,Gudluck to Naqi dan Hanisah,(KL & PKL baru),korang boleh!!

Wallahu A'lam..

Tuesday, 20 December 2011

Dan diri ini tewas juga padanya...

Allahu akbar~ya Allah,
 bagilah ana dapat pi ke sana sebelum umur 40 tahun,isk3..
Assalamualaikum
Jadi,erm,semalam,diri ini sungguh berasa hina terhadap-Mu Ya Allah,entah kenape,bile ana dengar lagu nih,tetibe ana boleh nangis,lagi2 kalo ade cite Jemputan Umrah kat Astro Oasis,tu lagi sedih,bak kata orang putih."I really love the Hajj chanting verse. It makes me feel alive from inside out! Like an ancient echo came through me! ",

Syukran kat enti ngan sahabat sebab pasang lagu ni petang2 time sekolah dulu ganti ana and astro oasis sekali,lagunya ialah"Waiting for the Call"~Irfan Makki,lagu ni cite pasal ibadat Haji,bile lirik ni dihayati,baru la ade kesan kat hati ni..InsyaAllah..


Miles away, oceans apart
never in my sight but always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine

standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
that they remember you in everything they say

standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall


Wallahu A'lam

Sunday, 18 December 2011

Aku bukan pemimpin yang sempurna..

Assalamualaikum...
Hah,mungkin terkejot kot tengok tajuknya,jadi...masa last sekolah(18/11/2011),ade la beberapa insan yang tak puas hati ngan ana dan diorang kata ana macam2 la(fitnah pon join the club),haih,ana pon naek pelik,tetiba carik ana time last sekolah,....huh?pelik btol kan?tapi ana suke orang yang berterus-terang dengan ana,sebab ana suka menerima pndapat orang,biarpun baek@salah,tujuan intuk membetulkan diri,(ceh,poyo lak)

Namun dalam ramai2 tu,ade sorang ni,jumpe ana then condem macam la..ana jahat la,hipokrit,tak layak jadi tokoh la(time tu ana rasa nak kasi kaki size 9 kat die ni),tapi takpe la,ana terima la nasihat die(wlaupun agak kurang ajar),ana tak marah,ana siap kasi senyuman lagi biar hati orang tu tenang beb,ye,ana tau ana bukan pemimpin sehebat Salahuddin Al-Ayubbi yang rajin dengan Qiamulail,ana pon taklah sehebat pemimpin2 KUSISS dulu macam Amir Syahid,ana rase menyesal gak sebab nape la ade orang hasad2 zaman sekarang ni,mungkin silap ana dalam tarbiah korang,ana pon teringin nak jadi orang biase,tapi semua tu dah berlalu~kenangan je la...isk3

"Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya~pemimpin la tu maksodnya",ni antara prinsip yang kena ada pada seorang pemimpin(ana xde kot sifat2 ni,hik3)

Jadi~muahasabah diri la beb-beb sekalian,pemimpin yang berani ialah mereka yang bersikap al-Furqan,membezakan Hak dengan yang Batil,InsyaAllah...Wallahu A'lam...

Saturday, 17 December 2011

Akhirnya~isk3...

Assalamualaikum..
Setelah mengharungi imtihan SPM yang mencabar,akhirnya...tamat juga perjuangan kami,syukur alhamdulillah..namun,ana masih rasa sdyh,T_T...isk3,sedih nye tinggalkan sahabat2 ana,lepas ni jadi alumni...dulu,kalo ana kat sekolah,suke buat qiam pagi2,bangon kol 5.00(ye kot??)...ni kat umah tak tau la boleh ke tak...solat Dhuha sama2..tapi takpe,itu semua kenangan,InsyaAllah..jadi,ramai yang bertanya kat ana,"nak buat ape lepas ni Mir sementara menunggu result??"haha,soalan yang bagos...ni list perancangan ana:~

1)amek lesen kereta ngan moto la,nnti boleh jln2 gi mne2,cramah ke..
2)ala,kne jadi fasi untuk daurah kat masjid..xpe,bak kata enti,"ilmu perlu dikongsi!keh3"
3)blaja bhasa Arab!!pnting sbb nak amek kos Dakwah,kne la pndai dlm bab2 bahase ni..hik3(nk gi jordan!)
4)beli enset ngan kasut baru,InsyaAllah...
5)buat majlis ilmu untuk tarik orng muda kmbali ke jalan Allah....
6)kluar jalan2 ngan asdiqa',gi jalan2 KL kot...
7)menghadiri Ijtima' Tarbawi,paling tak sabar!!(mir,ingt!man shabara zhafira,hehe)
8)Beljar memasak,nanti boleh masak untuk zaujah,kui3...
9)Dan lain2 lagi yg sptotnye ditulis dlm blog ni....

nak suruh ana masak sebiji mcm ni?InsyaAllah..
InsyaAllah ana cube laksanakan,man jada wajada,dah2,ckop ana mengarut ni,smentara menunggu result,kne la isi ngan perkara berfaedah..memetik hadis Rasullah SAW(ceh,macam forum lak)..


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ‏:‏ الصِحَّةُ وَالفَرَاغُ‏
(رواه البخاري ومسلم والترمذي ابن ماجه عن ابن عباس

Mafhumnya,”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”.

Wallahu A'lam...

Tuesday, 8 November 2011

Medan Berjuang..

Tanggal keramat 14 Nov-14 Dis mrupakan detik2 cemas bagi ana..sebabnya ana bakal hadapi imtihan yang akan menentukan ana kat mana nanti...SPM ma..i'll try my best,ok,ana cuak ni sebab takot lupe mcm2..kat umah pon mne studi sngt...banyak sangat pengaruh kat umah,nak belaja pon susah..klah,doakan untuk ana..skali lagi..ana mohon maaf..asif jiddan ye...kne rehat 6 minggu blog ana ni(FB skali)..
InsyaAllah ana cube yang sebaik mungkin...ana akan pegang pada mantera 'Man Jada Wajada"..hehe

aq nak result cmni!!



Doakan saya calon SPM SMKAKS,
Amir Muzaffar Abdul Halim,
BC045A090,
11A+,InsyaAllah!!

Wallahu A'lam...

2 weeks left to be with them...

Assalamualaikum...erm,rasa sedih lak bile ana nak tinggalkan adik2 Kusiss ni,tinggal 2 minggu je lagi boleh lepak2 ngan antum,buat usrah,sesi tazkirah,belanja makan..huh,kenangan semua tu,ni tak tau la ana camne kat luar nanti...rasa bersalah ade gak sebab gagal didik adik2 ngan betul...ana pon nak mintak maaf kalo ade sakitkan ati ke,terngumpat ke...yang pernah kutok2 ana,xpe2,ana maafkan,x kesah pon(macam la diorang bce)..erm,Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini...ni lagu untuk antum ye...Tinggal Kenangan oleh Saleem...

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....
Wallahu A'lam...

Saturday, 27 August 2011

Kau pergi~isk3..

Assalamualaikum~
'Mir,nanti BM cikgu tak masok kan??"
"Yup,cikgu Bibod ade mesyuarat la...."
Bile tibe waktu BM..kitaorng pon lenggang je la...tiba-tiba..datang seorang cikgu ni....erm,ensem gak la..stylo lak,ngan bawak buku addmath nye...

Rupa-rupanya..cikgu Mukhair,hehe....cikgu Mukhair ni,GPK1 kat SMKA Kuala Selangor...cikgu ni ade satu habit,yakni..suke masok kelas f5 yang takde cikgu..fuhh,kitaorng memang dah paham pon ngan sir ni..sebabnya..tiap2 kali takde cikgu..mesti sir masok..ntah2,memang hobi sir kut...masok kelas pastu ajar addmath.....walaupun cam berat nak belaja,tapi entah..tetibe dalam hati ni,die ajar senang je,minat lak subjek ni kalo sir masok..macam ade kuasa masok...
Tapi memang besar sumbangan die..eish3...ana tak nak kehilangan die.. T_T

Wallahu A'lam

Saturday, 13 August 2011

Eidul Millad..

Assalamualaikum~
Fuhh,dengan ini..diumumkan bahawa pelajar ini....pada tarikh keramat 12 Ogos...

Nama= Amir Muzaffar Abdul Halim,
Angka Giliran SPM= BC045A090
 dengan penuh takzimnya sudah mencapai umur...
17 Tahun!!!
Sanah Helwa!!! 

Syukran rakan-rakan ku...adik-adikku...dan semua la(senang kata)...sebab wish untuk diriku ini..ana hargai sangat2...isk3...
Wallahu A'lam... 





Sunday, 31 July 2011

Yes!...Letak Jawatan Akhirnya....

Assalamualaikum~
Akhirnya..penantian yang ditunggu selama setahun tiba jua...dengan ini...saya...Amir Muzaffar Abdul Halim..meletak jawatan sebagai..jeng3..

BENDAHARI KEHORMAT MAJLIS PERWAKILAN MURID 
SESI 2010/2011

Rase sedih lak bile letak jawatan BK ni...lepas ni,takde la nak kene kutip duit,kene marah ngan cikgu...rindu gile keje2 camni...jadi,ana nak mintak maaf kat semua orang..termasok penolong ana..mungkin ana dah banyak menyusahkan die..tapi,ana bersyukur sebab dapat penolong macam die,maafkan ana,syukran banyak2...rasa bersalah lak..isk3...
Wallahu A'lam...

Tuesday, 7 June 2011

Mula Dari Diri Anda!!

Dakwah...tugas setiap mukmin~
Bagi ana,dakwah prinsipnya satu je...

"Ya’muru bil ma’ruf wa yanhauna anilmunkar,"......
"Balighu anni walau ayatan.".....

Jadi nak berdakwah pon tak semestinya kita pandai atau khatam Qur’an @ Hadis dulu.....

Tahu satu ayat pun kita dah berkewajiban untuk bagitau yang lain. ...

Yang penting.....apa yang kita sampaikan benar-benar berdasarkan firman Allah dan sabda Nabi..........

Tapi sekarang~entahla..masing-masing pentingkan diri sendiri je...


Bagaimana menurut antum?Adakah anda sudah menjadi Dai'e?Pikirlah sendiri ye~
Wallahu A'lam....

Saturday, 4 June 2011

Chef~my 2nd ambition...

Salamun Alaik...
Kali ni,Chef Amir Muzaffar bawakan satu lagi masakan oleh ulung..iaitu..
Nasi Goreng Pattaya
Hehe,mula-mula cam fobia gak wat nasi goreng ni...sebabnya,ermm..malu la nak cakap,ade la sebabnya..(geseng..T_T)
Then,pada suatu ari ni..tetibe terhasrat lak nak masak Nasi Goreng Pattaya ni,fuhh..dalam setengah jam gak nak buat ni..tetibe..jeng..jeng....

Sebijik tak?hehe...
Ingat muka ana takleh masak ke?sebijik lak macam kat restoran,hehe...
Wallahu A'lam

Kelantan~Destinasiku..

Kelantan,Negeri Cik Siti Wan Kembang~

Assalamualaikum pembuka bicara(macam forum lak).....3 hari yang lalu,ana gi jalan2 kat kelate ni hah,fuhh,yela..musim cuti mid year,setelah 3 tahun tak melawat negeri kesayangan den ni~hehe...
Macam biasa..tempat yang tidak asing lagi bagi den kat kelate ni...RANTAU PANJANG!!!macam-macam jersey ade kat sini...haha,bagi dak banin KUSISS,kalo korang datang sini...paling kurang,antum kan beli satu bende kat tempat ni~
Banyak tak?
Bersama Keluarga Bahagia,hehe...

Kuih Kegemaranku!!!
Sekarng kat Selantan ade Sistem Dinar & Dirham,fuhh,teringat lak waktu sejarah Islam dulu,pakai dinar ngan dirham,satu dirham=RM30.00...satu dinar=x ingat la..

Pasar Siti Khadijah
Ingtkan I-City kat S. Alam,rupenye ni umi slalu ckp tu,hik3..  



Tuesday, 31 May 2011

Master Of Ceremony@M.C.....hehe

"Assalamualaikum....
 Fuhh..lame benor tak update blog ni hah...exam week pun dah berlalu,syukur...tapi yang tercuak-cuak ni...result la,sape tak cuak kalo dapat result,ermm,ntah la..ana dah la selalu tak masok kelas,ngan tak sempat nak studi nye..tengok je la hasilnya nanti....OK mahupun KO result ana..huhu

Selepas tamatnya Paper Science (favourite subject!!)...ape lagi,happy tak happy la diri ku ini...tapi terlupe lak,ade paper KKQ lepas tu,hehe...nasib baek la leh jawab,keh3....dan timbul satu bende yang memeng ditunggu bagi ana..iaitu HARI GURU!!

Dan seperti kebiasaannye...setiap F5 ade tugas masing-masing,dan diriku,huhu..kene jadi M.C.(Master of Ceremony) bersama Muin,diberi gelaran AMIN,hehe...kitaorang ade video khas lak,gempak lak tu,nanti ana upload la ye,lepas tu,masok bukan maen gempak lagi,hehe..macam superstar lak(bak kata orang tu)...

 "Den Somangat ni hah!!"
"Ko Jangan Nak Bongak!!"..hik3..

Hehe..Mesti antum teringat kata-kata ni kan??hehe..mungkin ramai rasa pelik camna ana leh pakai bahasa Minang kan?tol tak?hehe..semuanya bermula pabila den suke benar tengok Maharaja Lawak ni,lagi-lagi Nabil ni hah...fuhh,akibat terlalu taksub ngan die,ape lagi..terikut-ikut la ana dibuatnya..hehe....

Tapi memang puas hati la time Hari Guru yang kitaorang buat...seronok tak terkata cikgu-cikgu kitaorang,hehe..(itu yang membuatkan hati ana senaaaang je,^_^,keh3),sebabnye,tahun ni lah tahun last kitaorang kat sekolah ni,isk3...sedih la pulak,huhu....

Jadi,batch KUSISS seterusnye..korang buatlah lagi gempak ye untuk menggembirakan hati guru-guru korang,hehe....

Wallahu A'lam....

Monday, 2 May 2011

Hah...My favourite...Karamel...

Assalamualailkum.....
Wah..sejak kebekelangan ni...ana suka sangat tengok cite masak-masak kat TV,cite kat Astro 703,AFC(Asian Food Channel),entahla...tetibe dalam hati ana ni ade tepasang niat@cita-cita nak jadi seorng Chef,hehe...
Berbekalkan ilmu yang ada(macam realiti TV lak)...ana cuba la try masak desert yang takleh dilupakan kesedapan nye...hehe....ni antaranya gambar2 nye...

Terliur tak antum?hehe...kalo nk,
leh la tempah,sedap!!!

Friday, 29 April 2011

What A Busy Month....

Assamualaikum....
Fuhh,ana rasa dah lame gilerr tak update blog ni,berhabuk kut,ermm,entahla..bizi ngan macam-macam hal....ermm...banyak sangat ana nak cite ni,tapi nanti cam karangan pulak,nanti dapat A+ baru tau,hehe(amiin)...
Sebut pasal bizi ni..rasa-rasa dah enam minggu ni hah tak bukak blog....ngan MTQ nye...alhamdulillah,dapat no 2,target negeri ni,tapi tak de rezeki,nak buat macam mana....(walaupun ade orang perli suara ana macam katak)....Bola Sepak MSSD...(asyik kalah je...T_T).....tapi dah berlalu..redha je la..

Dah lepas-lepas semua tu,masok la kite ke 'Minggu UKM'(untungla umah dekat),mula ana pergi yang F3 punye..kah3,teregelak ana kat belakang tengok diorang buat "Surat Cinta",keh3..pastu kene baca dpn orang ramai lak...kemudian,start la muhasabah diri untuk diorang....

Minggu setersunya kitaorang lak,lagi best...ngan cikgu Add Math yang terkenal dengan ayat...
Kekal Abbadi!!....YEYEYE..

tanyelah F5 mana-mana,mesti diorang akan gelak punye,keh3....
walauun beliau ajar EasyMath(yang dimana takleh pakai time pekse),tapi beliau sudah membakar semangat ana nak dapat A+ ni,azam ni..InsyaAllah...
Apa-pun..semua benda yang kita buat..mesti akan ade "effect" untuk kita...tak caya,cube la ye...
Wallahu A'lam...

Saturday, 19 February 2011

10 Muwasafat Tarbiyah~ buat para da’ie....


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8 ) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

article copy from iluvislam.com….

Sunday, 6 February 2011

Orientasi...BADAR..haha

Orientasi..nama yang tak asing ladi bila awal persekolahan kat KUSISS..hehe..tapi,kali ni...bukan exco je yang buat...BADAR pun nak buat jugak(penat tau x??)...sambung cite..sebagai KL Dakwah & Kepimpinan yang g-pang~hehe(gelaran oleh mereka)...dapat la tema yang nak kata best,ermm..entahla,den sendiri tak tau...temanya...Tabiyyah dan Sentuhan Rohani....
cehh...dapat tema ni macam jadi KM la pulak,kui3.....

Cehh,susah nak dapat ni,cume terhad kepada
lima orang je..hahaha....
Alhamdulillah,Syukur...lajnah ana dapat buat program waktu cuti,iaitu..wakutu cuti Thaipusam,haha...ermm,namun,bile dipikirkan balik,boleh ke program yang kitaorang buat ni berjalan??takpe,rancang je dulu...belum cuba,belum tahu.....fuhh,ade 3 program yang kitorang nak buat...
1) Ujian Tulisan Jawi
2)Sayembara Tarbiyyah
3) Sentuhan Rohani@Muhasabah Diri..(ana paling suka!!)

Ujian Tulisan Jawi....
Ermm,camne ye,pada pagi Khamis yang diingin,seruan.."Semua pelajar F1 dikehndaki pergi ke dewan,janagn lupa bawa alat tulis dan kertas Kajang"..tetibe ade prob lak,pengetua lak naik asrama banin,isk3..memang lambat la jawabnya....lagi satu hal,LCD yang dak Badar selalu pakai,tersimpan secara rapi kat Bilik Gerakan,time tu,semua dak banat dah pergi dewan...susun meja semua...fuhh,kesian tau tak..Disebabkan LCd tersimpan dalam tu,kene la pindah tempat...iaitu kat Musolla,hehe...asalnya kul 8 start,tapi KA punye hal,kul 9 mulanya...redha je la ye...lalu,ujian pun dimulakan....hehe,setengah jam je pun(tak pernah buat ujian setengah jam??plek~)..hehe,syukur...

Sayembara Tarbiyyah...
Yang ni...Cam perbentangan je...yang banat kene buat pembentangan,banin buat lakonan..boleh tahan gak la yang ni..cume dak banin,buat lakonan cam bosan sikit......tapi ade jugak kumpulan banat yang sedih,sebab tak dapat buat pembentangan,kene la sambung malam program ni..takpe2,ana suke je pembentangan korang..pandai carik idea,hehe..niat kerana Allah..


Sentuhan Rohani@Muhasabah Diri.....
Wah...ni yang paling suka!!ermm..yang ni waktu malam,tetibe macam-dugaan menimpa,serius benda tu kuat,tapi Allah lagi berkuasa,hehe..mula-mula tayangan sikit,hehe..macam bosan gak,tapi...yang best waktu nangis la,..haha,ade orang bet ngan ana,"kalo anta boleh buat ni nangis,ana tabik sprint la"..jadi,hasilnya,ana berjaya buat diorang nangis melalui sentuhan ajaib,iaitu..Sentuhan Rohani..hehe...

Nasib baek semua program yang berjalan dengan lancar,syukran kepada Lajnah Dakwah & Kepimpinan,semua akhi,akhwat Badar sekalian,hehe...p/s...pagi yang sejuk,hee~..

Wallahu A'lam....

Saturday, 5 February 2011

Tiket Perjalanan Percuma...

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi
Maklumat tentang perjalanan
Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah
Syarat-syarat perjalanan
Di tuju kepada semua penumpang.
Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.
Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan
1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :
• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat
Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.
Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas
Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.
Diulang…
Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Wallahu A'lam...

Blogger templates