Friday, 26 March 2010

Ilmu Feqah......Solat Dalam Kapal Terbang


Salam ukhwah,baru balik UK,penatnye.....2 hari perjalananya,duduk dalam kapal je,nasib baik ade TV(touch screen tu),tiba-tiba, masuk waktu zohor,nak solat,alang-alang jamak taqdim la jawabnya,tapi satu je masalah,macam mana nak solat dalam kapal terbang,lagi satu,ana tak tau kiblat nye,jadi nak hadap mana............T_T sdyhnye,huhuhu,apalah nasib......

Nasib baik ayah ana ade,kalau tak de,berdosa ana,kui3,setelah diajar oleh sifu(ayah ana),dapatlah ana solat dengan senang,macam-macam stail ade solat ni,tapi ana tuliskan yang mudah sedikit bagi yang tak tahu ye,ana tulisakan pasal nak tahu kiblatnye dulu ye,macam ni.....

Di dalam kenderaan sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat berdiri atau tiada disediakan tempat khas untuk solat maka berkiblat setakat mana yang boleh.Bagi penumpang kenderaan lain misalnya keretapi atau kapal laut maka hendaklah menghadap kiblat semasa takbirratulihram, kemudian bolehlah menghadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan.Faham tak???nak tahu lagi,jap ye ana kasi satu dialog contoh=


Macam mana nak solat kalau kita berada dalam kapal terbang nanti ek?”


“Ala..buat jamak dan qasar je la”Jawab.


“Waktu lain boleh la,tapi kalau waktu subuh macam mana?”


Dialog ini selalu kita dengar,namun tidak ramai yang mengambil berat
akan hal ini.Kebiasaannya jawapan yang muncul ialah “Kita Qada’ je solat
tu”.Jawapan itu kadangkala bukan hanya muncul dari orang biasa,tetapi ia juga
keluar dari mereka yang di anggap alim oleh masyarakat awam.Sepatutnya hal ini
tidak boleh terjadi dewasa ini.Membicarakan hal ehwal agama bukanlah semudah
membiacarakannya di warung-warung kopi. Tetapi ia memerlukan
ilmu,penelitian,pertimbangan dan keperhatinan.

Tegok ape cer??? Kite jangan ambik mudah dalam soal agama, bagi yang tak tau nak solat, ni ana kasi sedikit maklumat dari Blog Yussamir Yussof......Kemapuan melaksanakan solat mengikut kemampuan,hal ini sering terjadi kepada mereka yang berada di dalam pesawat.Dengan keadaan pesawat yang sempit(Kecualilah kapal terbang yang bersaiz besar seperti Airbus A380),anak-anak kapal yang sibuk menjalankan tugas dan pelbagai lagi tidak memungkinkan seseorang itu untuk mendapat ruang untuk solat.Apa yang boleh dilakukan adalah hanya duduk dikerusi.

Dr Ahmad As-Syarbaasi iaitu Tokoh Feqh dari Universiti Al-Azhar menegaskan bahawa seseorang itu wajib berusaha untuk solat sesempurna yang mungkin(iaitu,berdiri,ruku’ dan sujud dilakukan secara sempurna). Malahan kata beliau,jika pesawat itu bergerak ke arah lain maka orang yang bersolat itu juga perlu menukar arah kiblatnya. Namun jika tidak diketahui kearah mana pesawat bergerak maka dibolehkan untuk tetap pada arah asal.

Antum/antunna faham?ana pun kurang 20% tak faham apa yang ditulis oleh Shiekh Yussamir Yusof ni,bahasa 'compact' katakan, oklah,tu je kut ana nak tulis,kalau tak paham tanye la ye,Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana  menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

Thursday, 18 March 2010

Dakwah di Bumi Europa,UK(England)


امر معروف،نهي منكر
(kepada mereka yang tak sabar menerima souvenier,bacalah blog ana ye)

Huh,akhirnya dapat jua ana menulis blog,bukan selalu nk tulis blog ni(busy katakan,ha3). Nak cari maklumat lagi untuk majalah Al-Mukarrmah(edisi UK kata KU) atas permintaan guru penasihat, Ustazah Siti Sarah dan yang penting sekali Ustazah Mahani>_<.... Insyallah ana akan ceritakan sedikit tentang perkembangan dakwah di bumi Europa,Birmingham di UK.

Di Birmingham, dari dulu sampai sekarang,penganut agama Islam sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, tapi satu je masalahnya, orang membenci agama Islam juga semakin menigkat oleh orang yang hatinya tidak diberikan hidayah(bukan Hidayah Said ye),moga-moga mereka diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam dengan mudah, hu3, sedihnya tengok kat TV ada Perarakan Anti-Islam la, takot tengok diaorang buat macam tu, nasib baik boleh dikawal, kalau tidak,nahas jawabnya, hu3.

Berbalik kepada peningkatan penganut Islam, antum/antunna nak tahu ke macam mana masyarakat Islam sentiasa meningkat? Betul nak tahu? ....................Macam ni, masyarakat Islam ni digerakkan oleh satu organisasi yang dinamakan 'Birmingham Islam Society' yang berpusat di Muath Centre,Birmingham.Muath Centre ni merupakan pusat komuniti (boleh kata macam Balai Interaksi,kui3) di mana seluruh umat Islam mengadakan jamuan ke,konsert Islam ke tapi yang best time Sambutan Hari Raya, huh,ramainya tak terkata. Sebab tu, orang bukan Islam tertarik dengan Bi'ah Solihah yang diamalkan oleh orang Islam.

Lagi satu, sebab kenapa kt Allah menjadikan Bumi England ni sejuk,supaya masyarakat UK menutup aurat dan tidak memakai baju yang menampakkan susuk tubuh badan,yang menampakkan aurat tu ada lah, tapi sangat sedikit berbanding mereka yang memakai baju yang tebal-tebal, hu3, tapi yang kurangnya,iklan arak di mana-mana(kata negara bukan Islam, nak buat macam mana)

Oklah, sampai sini jelah blog ana, kalau ade pape,insyallah ana akan tuliskan di blog ana, lagi satu,batch ana selalu mintak souvenier,wahai kawan-kawanku, sesungguhnya kesabaran itu menjana keperibadian muslim & mukmin, hu3,jadi sabarlah la ye, hu3

Wallahu A'lam

Monday, 8 March 2010

Kursus Induksi Nuqaba dan Badar 2010 SMKAKS


5-7 Mac 2010

Huh,penatnya kursus nuqaba ni,fasilatornye dari DQ(Darul Quran),semuanya hafiz ngan hafizah.Ingatkan tak best,rupenye,....... MANTOP.Ana sebagai unit fotografi kenalah ambik gambar sana sini,penatnya,pehhh.Kursusnye 3 hari,startnye pukul 5 petang.Sebelum tu,ada Sambutan Maulidur Rasul.Ana kenelah berjalan jauh semata-mata untuk memenuhkan hajat USTAZAH MAHANI iaitu mengambil gambar,kenelah bertawaf 1 sekolah.Sambung cerita kursus,ceramah sana,ceramah sini,tapi yang bestnya,ceramah ni penuh dengan isi dan ilmu yang bermanfaat kepada semua ahli BADAR dan Badan Pengawas.

Waktu malam,ceramah mula-mula tajuknya 'Akhlak Islamiyah',memang best la,tak boleh kata ape,mengantuk tu ade la gak,tapi tak boleh lawan semangat yang membara kat diri ana ni.Semangat jeee!!!.Esoknya,ade Qiamulail,bangun pukul 4.30,bagi ana 4.30 petang,ehhhh,silap,4.30 pagi tu dah jadi lumrah bagi pemimpin sebabnya mase ni la amal ibadat kita mudah diterima oleh Allah SWT.

Kemudian,ada riadah sikit.Masa tu hujan,semua warga sekolah ade aktiviti gotong-royong perdana kecuali kitorang.Tengah syok buat aktiviti kat padang,tiba-tiba menjelmalah sebuah kereta Saga berwarna putih kat depan padang.Ingatkan Cikgu Salleh,rupanye SIR MOSTAM,sedih betul masa tu,kitorang bersama fasi pun dihalau dari padang.Rupa-rupanya sir Mostam tak tahu kiorang ade kursus,huhuhu,sedhnya.Lepas tu ade ceramah.........Antara tajuk-tajuk ceramah yang ana ingat je,'Nuqaba Cemerlang,Usrah Gemilang',pastu...........tak ingat dah.Kemudian modul sikit,bestnye.Kalau boleh nak ada lagi,tapi tahun depan la jawabnya,huhuhu.

Tapi klimaksnya time perpisahan,boleh kata semua muslimah menangis kerana sedih rasanya,apa pun,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,harap semua peserta akan menjadi pemimpin yang berwibawa di masa hadapan,Insyallah.

Wallahu a'lam

Blogger templates

Powered By Blogger