عن أبي موسى رَضِيَ اللهُ عنه : دَخَلْتُ عَلى النَّبي أناَ وَرُجُلانِ مِنْ قَوْمي فَقَالَ أحَدُ الرُّجُلَيْنِ أمِّرنَا يا رَسُوْلَ اللهِ وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَهُ، فقاَلَ : إنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ
Dari Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ni menceritakan kaedah yang penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu jangan sesekali kita beri kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya.Pasal ape ek?? sebabnya....
Jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.....ingat tu ye kawan- kawan....lagi satu......Jangan jadi gipang kat sekolah...(macam ana tak pulak)....heheWallahu A'lam
3 ulasan:
that's rigth..rmai tol yg gpang..plik2..ok fhm..dri form1 x prnh pgg amnh..so tyme nih bru nk rse pgg jwtn..nk rse?amik btu beso ltk kt ats bdn..bru feel en..
persoalan... andai kita takut hendak memegang jawatan kerana AMANAHnya yang berat dan menolaknya sedangkan KITA MAMPU dan antara yang LAYAK, apakah akibatnya kpd sesuatu organisasi??
jawapan...cuba kita fikirkan kembali...andaikata tiada orng yang layak dlm suatu organisasi itu..bolehkah ia maju tanpa pemimpin selain kita..pemimpin merupkn pencorak dlm satu masyarakat...walaupun seorang shaja..pemimpin yg mempunyai ilmu yg cukup,akan berjaya mencorak bangsa yg sejahtera serta mampu menrik rmai orang menjadi seorng pemimpin seterusnya membantu pemimpinn itu tdi dlm semua bidng......psl amanah tu,kalo dh xde orng yg layak....mmng kita la yg wajib jdi sbbnye kita dh ada bnyk ilmu..kalo mlz sngt pun..ajar seseorn itu dri kecil tntng ilmu kepimpinan..nescaya die boleh bwk..hehe(contoh,sultan muhammad al-fateh,ayahnya dh tau yg die xleh pgng tampuk kepimpinan..oleh itu,die memeinta kps semua ulama ajar semua ilmu kpd sultan muhammad al-fateh yg akan menjadi pemimpin di masa hadapan...hasilnya,btol la ckp ayah die..akhirnya die jdi pemimpin pada usia 23 tahun)...ok2...ade kmusykilan,tnye la ye...
Post a Comment