Wednesday, 12 September 2012

Baitullah~destinasi impian setiap hamba-Nya

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤ 
Assalamualaikum w.b.t.

 Setelah sekian lama gile rasanya ana tak update blog ni,memaaaang lama,bersawang!!


Hari ni ana nak kongsi pula pengalaman yang ana tak tersangka akan pergi juga ke luar negara yang selama ni cek teringin nak ke luar negara dari Malaysia, tak kesah lah negara mana sekali pun dan alhamdulillah, dengan kurniaan Allah, rezeki yang Allah berikan ana berada di tanah haram selama 2 minggu baru-baru ni. (baru??haha,dah lame la). ana nak bebel pun dah tak reti nak susun ayat macam mana untuk share pengalaman ni, pasal kat sana macam-macam yang kita tak pernah nampak, situlah tempatnya, yang kita tak sangka ada benda tu akan jadi tapi tak pernah nampak, situlah tempatnya.

 alhamdulillah,11 Hari ana ada kat Mekah dan 4 hari dekat Madinah, banyak kenangan-kenangan yang tak mungkin ana akan lupa sampai ke mati sekali pun. Bukannya mudah nak ke tanah haram, tanah suci bagi segala tanah kat bumi ni. Jadi ana tak berapa tahu macam mana nak share ceritanya, pasal banyak sangat terlintas dalam pandangan mata kasar ni. So ana cerita ikut gambar yang ana sediakan lah dari awal perjalanan sampai la akhir insyaAllah.



 Umrah ni bermaksud mengunjungi baitullah al-haram dalam keadaan beribadat dengan mengerjakan tawaf, sai'e dan bergunting. Umrah ni ada rukun-rukun dan wajib dia pulak. Antara rukun dia :

Rukun Umrah: 
Berniat Ihram Umrah.
Tawaf Kaabah 7 kali keliling.
Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 ka­li.
Bergunting (Tahallul).
Tertib.

Wajib umrah pulak terdiri daripada Wajib Umrah: 
Niat Ihram di Miqat.
Meninggalkan Larangan Ihram.

 So, mula-mulanya pun ana tak lah berapa tahu sangat macam mana nak buat umrah, salah ke buat macam ni, salah ke buat macam tu. *walaupun dah lupe sebenarnya Tapi tak perlu risau sangat, kalau kita dah join under pakej mana-mana agent, dorang akan sediakan mutawwif atau lebih dikenali sebagai ustaz untuk membimbing kita. So alhamdulilah, ustaz yang bimbing group ana mengerjakan umrah ni sangatlah sporting habis, tak boring menjawab soalan yang kitorang tujukan.

 So, berniat ihram umrah ni start bila kita dah sampai satu tempat tu di panggil miqat dan bila kita dah berniat ihram tu, kita disunatkan pulak bertalbiah sepanjang masa sehingga sebelum kita lakukan tawaf.


 Apa tu talbiah?

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك 

 Bacaan yang biasa kita dengar dalam tv bila tiba waktu haji tu. Kadang rasa sedih jugak bila dengar. Apatah lagi kita sendiri yang sedang dalam niat ihram tengah melafazkan bacaan tu.

 Sampai ke masjidil haram, kita perlu lakukan rukun umrah yang pertama iaitu tawaf tujuh pusingan. Badan kita ni bahu mesti mengirikan kaabah. So kadang2 ada jugak persoalan ana macam mana kalau orang langgar kita, macam mana kalau family tertinggal ke belakang, macam mana pulak kalau terlupa sekarang pusingan ke berapa? Setiap pengalaman, yang akan mengajar kita. Jangan risau.

 Nabel start berniat ihram dalam kapal terbang bila kapten kapal terbang tu bagi pengumuman yang dah lalui kawasan miqat, jadi boleh pasang niat. Okay lupa nak bagitau, selalunya orang pergi umrah ni, akan ke madinah dulu destinasi pertama, dan kemudian baru ke mekah. Tak kesah mana-mana dulu pun, umrah juga nama dia.

 So bila dah sampai kawasan niat tu, pasang lah niat umrah, kalau tak tau mai cek kongsi

 "sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala"

 Suggestion ana la bila kita nak pohon doa ke nak berniat ke, lebih baik kita berniat dalam bahasa melayu which is kita lebih faham apa yang kita niatkan kalau nak bandingkan kita berniat dalam bahasa arab, apa benda makna kita tak faham. Sama lah dengan doa, ana baca doa dalam bahasa arab, tak faham maksud, so tak rasa macam feel doa tu. bila kita berdoa dalam bahasa kita biasa, bahasa melayu, air mata ni banjir macam tsunami. hehe sebab feeling tu, *part banjir tu tipu sunat :)


 Time tu memang terasa macam, apa dosa ku Ya Allah, ampun kan aku ya Allah. sumpah tak tipu. Meleleh air mata jugaklah bila kena adengan macam tu. Start dari tu, mulalah nak buat ibadah gegila bila sampai sana, memang pasang hajat terus. Pasal waktu kat rumah, tak tau apa nak buat. hehe

 So first time bila sampai kat masjidil haram tu, rasa macam sebak pun ada, tak terfikir mampu pergi ke sana, jadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Allah izinkan jadi tetamu Dia. sebak beb...yelah,kita tempat2 overseas laen boleh pergi,ni umrah takleh pergi*kene perli dengan ustaz ghazali Omar aritu :p

Kadang ada juga dengar kisah orang-orang lain tentang yang pernah buat dosa dosa kat dunia bila sampai kat tanah haram ni, macam-macam akan berlaku kat dia. So ana pun rasa macam takut juga, mana tau ada benda yang kita tak perasaan, buat benda tak elok datang sana, kena la segala balasan. Alhamdulillah, tak ada sangat lah. Tapi rasanya macam ada. haha


 Okay back to umrah, masuk je pintu masjidil haram, terus kita buat tawaf. Tujuh pusingan dengan YAKIN. Waktu tu memang orang penuh tak tersangka you.

 Sebelum tawaf tu, memang sunat la kita berniat dulu. Kedudukan kita nak berniat betul-betul berada dekat lampu hijau. Lampu hijau tu ada kat bahagian kanan kita, akan nampak punya, orang yang bermata 2 pun boleh, apa lagi yang 4 ye dak? So kita berdiri kat situ, terus berniat dan kemudian lambaikan tangan kanan ke arah hajarul aswad

 Niat tawaf
 " YA ALLAH YA TUHANKU, AKU HENDAK TAWAF DI BAITULLAHIL HARAM SEBAGAI TAWAF UMRAH KERANA ALLAH TA'ALA"


 bacaan bila melambaikan tangan ke arah hajarul aswad pula *buat la setiap kali sampai ke penjuru lampu hijau tu. 7 kali pusing, so 7 kali lambai
"BISMILLAHI ALLAHU AKBAR WALILLAH HIL HAMD"

 Waktu tawaf tu kita sunat lah berzikir munajat baca doa apa-apa ke. kalau duk diam pusing keliling kaabah tu pun boleh. Tawaf tak ada bacaan khusus, cuma ibadah fizikal.

 Bila dah tawaf tu, terus la ana pun ke belakang makam Ibrahim kata orang tempat mustajab untuk berdoa, sambil solat sunat tawaf, panjatkan lah doa, mohon la apa-apa. Kot ada kawan-kawan kirimkan doa-doa dorang, bacakan lah sekali. InsyaAllah, sampai punya doa tu.

 Dah lepas solat tu, terus tubik ke ruang saie pulak, ana ingat time tu, saie ni jauh jauh, meaning tempat kita dari safa ke marwah jauh, dari marwah ke safa pun jauh. Padahal tepi tepi je jalan dia. Jarak antara safa ke marwah tu, kira boleh tahan la. Tak lah jauh mana, kira macam 350 meter cam tu je. Kali la ngan 7 kali pusing, hehehe. Pusing tu pun jangan silap faham, dia kira macam ni,

 safa - marwah = 1 kali
marwah - safa = 1 kali.

 so kalau buat 1 pusingan lengkap, kira 2 dah la ? faham kan? faham faham kan je la. hehe

 Sebelum buat saie tu, memang wajib la kita berniat saie dulu

 " YA ALLAH YA TUHANKU , AKU HENDAK SAI'E ANTARA SAFA DAN MARWAH TUJUH KALI SEBAGAI SAIE UMRAH KERANA ALLAH TA'ALA"

 So waktu buat saie tu pun, sama juga macam tawaf, tak ada bacaan khusus macam dalam solat. kita sunat untuk baca doa-doa, aku zikir munajat. Kalau yang ada join ikut agensi masing-masing insyaAllah ada lah disediakan buku.

 Kalau ana kirakan masa ibadat mana lebih cepat selesai, nabel rasa tawaf lagi cepat selesai kalau berbanding dengan sai'e, tapi apa pun, nak buat apa berkejar masa kat sana? bukannya ada kerja nak kena kejar punch card apa semua. haha So kita buat ibadah rilek-rilek je kat sana.


 Habis sai'e kita bertahalul lah pulak @ bercukur. Helaian rambut tu mesti la lebih dari 3 helai rambut kalau tak silap. ana first-first gunting tu, tak buat botak lagi, pasal niat ingat nak buat lagi umrah. Umrah ni boleh di buat berulang kali. ana pun tak terlintas ingat boleh buat berulang kali. Dalam fikiran bila dah habis buat tu, that's it lah. The end of ibadat umrah. Siapa kata ! haha , boleh je ulang-ulang umrah tu. *sebenarnya nak bela rambut macam akhil Hayy :D

then,ana terus pergi madinah,lagi macam-macam,dan yang tak sangka boleh jumpa kawan kusiss kat madinah nih,especiallly akmal,huhu,terharu  sebab meme lama tak jumpa :')

*tu la,jumpa kat malaysia taknak pulak :p

Wallahu A'lam

2 ulasan:

Anonymous said...

salam. saya ada persoalan sedikit. emak saya ajak pergi umrah bersama tetapi saya tak reti baca al quran. saya nak buat macam mana ye? boleh ke tidak saya saya buat umrah tapi tak reti baca al quran/jawi? berdosa ke kalau x reti baca al quran tapi nak pergi umrah?

USA Blockchain said...

Unfit to setup 2fa for your Blockchain account.
Would you like to setup 2fa in your Blockchain account? 2fa is required as it gives security to your Blockchain account. In the event that you need to get to the most effortless strides to setup 2fa verification in Blockchain, you can take help from the accomplished officials by dialing Blockchain support number 1800-665-6722 which is working all day, every day with no break. You can accomplish various goals and dispose of the question right away however for that, you have to contact Blockchain master's group. visit:- http://www.cryptophonesupport.com/wallet/blockchain

Blogger templates

Powered By Blogger