
Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawabterhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.
Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,
Wallahu A'lam
1 ulasan:
aahhaha, sian gila kau kene kuttukk, asal deorg kutuk kau? kau but ape je?
-zirwa-
Post a Comment