Wednesday 9 June 2010

Jangan Diikutkan Sangat........

Hati sangat sedih.
Hati saya menangis.
Ya Allah aku mohon Kau kurniakan kekuatan pada jiwa yang lemah ini wahai Tuhan.
Jadikanlah aku hambaMu yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.
Agar hambaMu ini tidak merasa berat atas apa yg telah Kau tentukan.


 Sekarang ni ana tengah berjihad. Jangan terkejut sebab ana bukannya berjihad membawa senapang, tetapi berjihad hati atau pun dalam bahasa arabnyer ‘Jihad bil-Nafs’. Sebenarnya jihad ni ada banyak.. Kebanyakan ulama’ membahagikan jihad kepada lima bahagian iaitu:-

1. Jihad menentang hawa nafsu.
2. Jihad menentang hasutan syaitan.
3. Jihad menentang golongan kafir.
4. Jihad terhadap golongan munafik (sifat-sifat kaum munafik dan
cara-cara tindakan menentang mereka menurut al-Quran).
5. Jihad terhadap orang-orang zalim dan fasik (jihad menentang ahlul
mungkar menurut prinsip al-amru bil ma’aruf wan nahyu anil mungkar).

Jihad ana adalah jihad yang pertama dalam senarai.. Bukannya apa.. ana sedang menentang keinginan hati ana dari....ana sendiri pun tak nak tulis....malu....T_T....... Terseksa rasanya hati ni bila tak ...T_T., huhu.. Jadi ana harus kuatkan semangat untuk melawan nafsu ana. Memang hidup perlu ada jihad. Dalam hadis Rasullah juga ada menyatakan pasal jihad...

“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)"

Doakan ana supaya ana akan menang dalam peperangan ni..Doakan tau....hehe

Wallahu A'lam....

1 ulasan:

hukama said...

bagus

Blogger templates

Powered By Blogger