Thursday, 30 December 2010

Insha Allah versi Melayu..

Lagu Insha Allah~memang lagu top kat Malaysia ni..haha,gi mana-mana je,mesti masing2 taruk lagu ni,hehe...ok,ni versi melayu ek...(tak gune Google Translate tau!!)

"Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi

Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku"

Wallahu A'lam..

Wednesday, 29 December 2010

Mungkin ini ujian buat diriku....

"Hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas, ada masanya di bawah"....

Sedih betul semalam lepas kene 'wash' ngan seseorang ni..pehh,memang kite rasa bahang ape yang dia cakap tu...memang nangis kaw2 semalam,entah la,tetibe boleh nangis macam tu..takpe,mungkin itulah ujian untuk Ku..
bile dipikirkan balik..macam2 amanah kite lepaskan macam tu je...sampai satu tahap,orang tegur kite,baru kite sedar....baru ana sedar hidup ni kadang2 ana manisnye,ade pahitnye..haha,takpe2..semua tu perlukan Ikhlas dalam Iman..maybe...
bak kata orang,contohilah Si Dia.....

Wallahu A'lam...

Tuesday, 28 December 2010

Masalah lumrah kehidupan.....

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!”“15ml!”,“50ml!”“100ml!” Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”...hehe

Wallahu A'lam..

Friday, 24 December 2010

Ku Bukan Dai'e yang Perfect....

Aish~berapa ari je lagi nak sekolah ni,rase sekejap je cuti ni..ermm,takpe la,nak wat macam mana..kite sendiri je tak pandai nak uruskan mase tu,hehe...
Bile pikir sekolah ni,bermacam-macam benda ade kata kepala ana ni...MPM la,BADAR la,pehh..mesti penat kan..dah la nak SPM..isk3..
Takpe,teruskan juga perjuangan kite ni iaitu HIDUPKAN BIAH SOLIHAH KAT KUSISS..

Tapi,bile bab dakwah ni,mesti pikir bende yang terlalu Islamik sangat bagi certain2 ...
Ingat..Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u/sasaran. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil-kecilan, mereka ni adalah orang2 yang ramah, ambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.....huhu..tapi kalo kat sekolah memang susah nak carik orang macam ni.....kecuali ana,(perasan je,x elok riak2)

klah..ana pun cam rindu semacam kat sekolah ni..hehe..

Wallahu A'lam...

Sunday, 19 December 2010

My Belover~~


"Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka,
apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka,
jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!"....
(wah,suka banget~)

KEKASIHKU...rindunya padamu....^_^...

Thursday, 16 December 2010

Totally Change!!

Ermm,baru-baru terjumpa kawan time sekolah rendah,banat orangnye,huhu,rindu gak sebab dah lame tak jumpe,sembang la sebentar...hehe,sembang punye sembang,sampai la kat satu diolag yang membuat hati ana happy(happy la sangat...T_T)

"Amir,ko sekolah mana sekarang??"
"Ermm,aq??sekolah agame je..hehe"

"Sekolah agame??hahaha,ko biar betul??ape taste sekolah agame??ko tengok la aq..sekolah ***,sekarang orang pandang sekolah top-top la..baek ko pindah sekolah Sains tu dulu,rugi je ko mintak SBP,tapi tak pindah"
"Takpe la,aq ni malas nak pindah-pindah sekolah,jaoh lak tu"

"Ikut ko la mir,klah,aq nak chow la...jage diri baek-baek ek"
"Ok,jumpe lagi ye~~"

Fuhh,memang pelek benar la kawan ana sorang ni,tak sangka boleh die cakap camtu,nak kata tak sekolah agama time sekolah rendah dulu memang sekolah die ni..eish3,ape la nak jadi??Ermm,memang benarlah kata-kata pujangga itu..."zaman dulu dengan sekarang memang laen"..moga-moga mereka yang kurang ilmu itu diberi Hidayah oleh Rabb-ku ini...
Wallahu A'lam

Friday, 10 December 2010

Jangan Tempatakan Diriku Disitu...

"Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Neraka Jahannam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya
memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api."

"Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000
kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000
kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa."

Macam-macam ade kat neraka ni...sape-sape pernah buat dosa,taubat cepat-cepat tau..Sesungguhnya,Allah itu Maha Pemaaf..isk3

Blogger templates

Powered By Blogger