Monday, 23 January 2012

Dialah Permata Yang Dicari(1)..^^

Assalamualaikum
Sekadar berkongsi video yang comel ni..hehe~Subhanallah..nak cubit je pipi die nih..


Wallahu A'lam..

Friday, 20 January 2012

Rabb lebih Mengetahui semuanya...^^

Assalamualaikum..
Di suatu maghrib yang hening..lepas ajar mengaji nih..tertimbul satu persoalan kawan kat ana,dah besar dah pon kawan ana ni,masok U dah pon..ana ni pon ngah tunggu result SPM..isk3,lame betul la..

Kawan: "Stress aku macam ni! Sedih pun ada..isk3"

Ana: "Nape ni? What happen bro?"

Kawan: "Awek yang aku nak wat bini tu dia rejek aku. Hari tu elok-elok kata nak kahwin, sekarang kata taknak plak. Dia bagi syarat macam-macam; nak yang pakai kopiah la, nak yg ala-ala ustaz la. Aku kata la OK la aku boleh je..insyaAllah aku boleh berubah jadi soleh..aku mintak dia percaya kat aku. Tapi bila aku tgh berubah nak jadi baik sama macam citarasa dia, dia rejek aku. Apa salah aku? Memilih betul la awek tu! Tahulah solehah, tahula ada rupa!"

Ana: "Biar je lah dia. Ko pun tahu kan, wanita tu boleh memilih satu suami dan kalau boleh, suami yang satu itu lah utk sepanjang hayatnya. Sedangkan kita boleh pilih 4 kali atau lebih kalau nikah-cerai-nikah-cerai. Biarlah dia pilih betul-betul lelaki yang macam mana dia nak. Fitrah wanita, cintanya kalau boleh hanya untuk satu hati. Kalau dia nikah dengan ko pun, kalo dia tak tenang..tak puas hati..ko jugak yg sakit hati nanti bila dia buat perangai lepas kahwin."

Kawan: "Em..apa aku ni tak baik lagi ke? :( "

Ana: "Bukan ko tak baik, tapi mungkin tahap kesolehahannya tak tinggi jadi dia tak nampak kualiti boleh berubah yg ada pada ko skang. Padahal bagi aku la, kalau dia pilih yg DAH BAIK belum tentu org tu akan SELALU BAIK. Tapi kalau pilih yang betul2 berubah kerana Allah dan konsisten upgrade soleh tiap masa, insyaAllah itulah yang terbaik sebab Allah cinta org2 yg memperbaiki diri. Bukan yang hanya selesa dengan berWATAK BAIK. Ko berubah kerana apa? sebab banat tu ke?"

Kawan: "Aku berubah kerana Dia (Allah) dan untuk hidup mawaddah(rasa cinta yg ada rasa syahwah normal sesama manusia di dalamnya) dan rahmah (yakni cinta murni yg bukan atas dasar ini tetapi adalah demi mencari keredhaan Allah semata-mata) bersama si dia. Salah ke niat ni?"

Ana: "(senyum)..Jangan risau ya, insyaAllah sekarang ni atau di hari depan ada yang menghitung2 utk memilih ko. Cuma ko je tak tau. Percaya kata aku, kita biasa nampak apa yg hanya terbaik di depan mata, tapi Allah dah lama nampak mana yang lagi terbaik. Cuma Dia nak tengok ko sabar ke tak."*evil laugh..hik3..

Kawan: "Betul ni? ^_^"

ana 30 juzuk??hurm,dalam istikharoh lagi..huhu
Ana: "Dah tu~yeeea(sejak bile lak aq pndai betazkirah kat orang besar nih,huih,pape je la,=.=')"


Hurm,khulasahnya,tak salah jika kita nak jadi soleh kerana semata2 nak dapat pasangan yang soleh/solehah. Ia kerana itukan Sunnahtullah yang telah ditetapkan dalam al-Quran.. jika kita ikut segala peraturan Sunnnahtullah ni, tidak menjadi satu kesalahan kerana ia satu suruhan Allah. Sama gak jika kita solat kerana nak masuk syurga, kita solat kerana nak murah rezeki, kita solat hajat nak SPM result gempak, kita sedekah kerana nak panjang umur,sembuh penyakit dan bertambah rezeki... semua ini sudah Allah tetapkan sebagai sunnahNya.... ikut je..... plus,tak mau condem kawan2 yang nak berubah..

Biase la tu,memula dia berubah jadi baik adalah kerana nakkan someone, tapi jangan halang niat baiknya utk berubah tu, cuma kena tegur dia sikit.."sambil2 berubah tu, betulkan niat dgn perlahan2 kerana Allah.." Sebab permulaan nak berubah mmg niat tu agak tersasar sikit, tapi tu kan masa dia baru2 nak berubah. Bila dah berubah baik, insyaAllah niat juga akan berubah kerana Allah..*hopefully..sebab ana pon pernah mengalaminya..

Lagi satu,ALLAH nak bagi hadiah yang paling bermakna buat dia atas perubahan yg dia lakukan..jadi jangan bersedih tapi bergembiralah kerana Allah sedang mengujinya sedikit untuk sesuatu yang sangat bernilai..nama pon ujian,hehe,innallah hama 'ana....dan Allah juga sentiasa bersama2 org yg sabar*man shabara zhafira..^^

Wallahualam...bace ayat 26,surah An-Nur..ana suke ayat nih..

Wednesday, 18 January 2012

Man Jada Wajada...

Assalamualaikum..
Huah,arini ana rase seronok sangat,sebabnya..novel yang jadi pembakar semangat ana ni,akhirnya dijadikan filem,haha..ala,cam Ombak Rindu gak la..ade novel,ade filem die..ni trailernye..tunggu yaww!!



Alif Fikri dan sahabat..
Lagi manfaat tengok cite ni,ade jugak maslahatnya...MAN JADA WAJADA!!,ayuh pak..lepas ni Ranah 3 Warna lak,"Man Shabara Zhafira"....^^
Wallahu A'lam...



Hurm,pakai balik la nampaknya..

Assalamualaikum..
Setiap insan yang Allah cipta tu akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup di dunia yang fana ni.Tipu jika sorang tu berkata yang dia tidak pernah kena musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya semua sama. Allah menguji seseorang itu because there are always secret that we never knew before, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita*hehe,bermadah nampak...


Jadi,diri ini pon ada musibahnya,enta/enti nak tau?betul nak tau ni??
Sebelum tu,ana cite la sikit nostalgia ana ek,sebenarnya,ana dah lama pakai benda ni,start tadika lagi dah pakai,tujuannye nak cure musibah ni..sampai darjah 6,dah tak pakai,kononya dah hilang la musibah ni..F1 sampai f3 pakai jugak benda tu..tapi time studi je pakai,*mungkin ramai tak perasan,senyap2 je....f4 ngan f5 nape tak pakai??mesti tertanya-tanya kan??..erm,sebab nak elak fitnah,tu tak nak pakai,tapi..kesannya,musibah kena balik,dulu time ana f4 awal taon,tika ana buat appoinment ngan doktor,die recommend suruh ana pakai benda tu sampai bile2,tapi sebab nak elak fitnah punya pasal..hurm,well,berkorban je la..hehe,bak kata pujangga.."mencegah itu lebih baik dari merawat"..lebih baik elak fitnah dari terima kesannya sampai bila2..takpe,itu yang lebih baik kan??..mungkin ana kena musibah ni sebagai kifarah sebab melakukan dosa..yang penting ade hikmahnya*ana pon tak tau ape hikmahnya,have to wait... wallahu A'lam..


Ana nak buat ape lepas ni? hurm,muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan tolong ana..^^

1)Muhasabah ni maksudnya menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita sendiri tak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tak akan  rasa apa2 pon perubahan di dalam diri kita....
2)Muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan sama juga apabila kita susah.Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah pon kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia....
3)Last,Tawakkal yakni kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya..InsyaAllah..
pakai balik la,isk3..

Jap2,ape musibah ana ek?ana kena pakai cermin mata la,hua3,senyap2 je ek....jangan gelakkan ek,malu..

Wallahu A'lam...

Monday, 16 January 2012

"Muka enta hensem la,tapi sayang....."

Assalamualaikum...
Kamu pasti akan mengalirkan air matamu jika
kamu dapat mendengar doa dari seorang sahabatmu
yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu selepas dia solat..T_T
Tugasan: Sila sambung petikan ini..:"Muka enta hensem la,tapi sayang..."..Masa dan panjang tugasan adalah ifinite..hehe,siapkan ye...(macam buat karangan lak,wokeyh,no hal la)

Assalamulaikum...
Kejadian ni berlaku tika ana ngah amek lesen pada sabtu yang lepas,memang ramai,sebab cuti,jadi nak tunggu orang laen punye pasal+ ramai!!,kena la bersabar sikit,*Man shabara zhafira kan??..so,ana solat zohor la dulu..hurm,tapi tak ramai pon yang solat dalam surau tu..jarang nak nampak budak2 muda...after the prayer,ana beranikan je la diri tegor kawan yang tak solat lagi..

"Bro,dah solat lom?"
"La,lek la dulu beb..banyak lagi masa,bagi aq naek kete dulu,ala,solat tu,bile2 boleh buat ma..kita kan muda lagi,betul tak?"

Hurm,oke,time tu memang ana tak berani dah nak tegor lagi,silap ari,boleh kena ana*muka ganas semacam je..haha,tapi Mr Sahabat,ana kesal la,Muka enta hensem la,tapi sayang solat tak dijaga,saya jamin,wanita2 yang diluar sana menantikan suami2 yang soleh,ala..paling kurang,boleh jaga solat tau...sebab nya,zaujah enta tu nak anak2 nanti,faham tentang Islam tu,tapi kalo enta sendiri tak start dari sekarang,nak tunggu musibah baru nak sedar? solat je pon,ingat enta,amalan pertama dihisab ialah?..SOLAT,jangan menyesal kelak ek,kalo enta solat tak jaga,apetah lagi amalan2 laen enta nak buat selain solat,ingat enta!perkara wajib tak menunggu keihklasan,tak kesah la ikhlas ke,riak ke,janji buat!!...nanti bile enta dah kahwin,macam mana enta nak jadi contoh kat anak??hurm,kan dah pelek tu..bile enta dah meninggal,sape yang nak doakan kebahagiaan kat alam lagi satu nanti?

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim)

Sejujurnya,ana tak tau nak salahkan sape,tapi ana mohon la..SOLATLAH!!...

"Apakah perkara yang TERPANTAS di dunia?

~ Pengkaji cuaca : "Angin taufan atau tornado."
~ Doktor : "Panahan Sesuatu."
~ Jurutera: "Peluru."
~ Saintis : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."

SALAH !!

*perasan..^^
~ Petani menjawab: "SEMBAHYANG..ia sampai kepada Allah walaupun SEBELUM kamu berkata.."                                      "

Wallahu A'lam...
.

Blogger templates

Powered By Blogger