Friday, 30 December 2011

Al-Ghuraba': Tersisih dan Terasing Kerana Mengamalkan Islam Yang Tulen

Assalamualaikum~


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ

Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”


1) Islam itu bermula dalam keadaan asing: Pengnut dan pengamal Islam ketika mulanya dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.

2) ... dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya: Di akhir zaman ini (sebelum kiamat) penganut dan pengamal Islam yang diwariskan Rasullah saw mengamalkan sebagaimana dalam Kitab dan Sunnahnya juga dipandang asing, berlawanan cara hidup semasa maka ditindas dan disingkirkan dari arus perdana kehidupan semasa.

Umpamanya bentuk Islam yang tidak sesuai dan dipersetujui oleh USA, dunia Barat dan negara2 sekular pasti akan tidak dibenarkan duduk semeja, akan dilebel ekstrimis dan teroris lalu disingkir-asingkan dan dijadikan pelarian lalu dikandang seperti ternak dan disembelih bila-bila masa pun pada masa lapang. Demikian asingnya Islam sebagaimana disabdakan olih Rasulullah saw. di akhir zaman ini.

3) Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’): Maka beruntunglah jika tetap berpegang kepada Qur'an dan Sunnah at whatever cost,kerana Islam itu menjamin Jannah~InsyaAllah...





Wallahu A'lam

0 ulasan:

Blogger templates

Powered By Blogger