Saturday, 4 February 2012

Cantik Aturan dan Didikan Rasullah itu..^^

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan.


Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.

Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaihi)



Hmm. Menangis sedih tak mengapa if tangisan itu mengingatkan kita pada Pencipta... Kita sure menangis tak ingat dunia dah kalo anak or ahli keluarga kita meninggal. Tapi Nabi SAW tabah dalam tangisan, ingat Tuhan dalam tangisan...Jadikan la tangisan kita itu tangisan yang membawa kta ke syurga..dan bukan tangisan yang sia-sia. Pada ALLAH kita dtg dan pada ALLAH kita kembali..^^


Wallahu A'lam..

1 ulasan:

Hamba Allah said...

Ringkas tp menyentuh. Keep it up ^_^

Blogger templates