Friday, 20 January 2012

Rabb lebih Mengetahui semuanya...^^

Assalamualaikum..
Di suatu maghrib yang hening..lepas ajar mengaji nih..tertimbul satu persoalan kawan kat ana,dah besar dah pon kawan ana ni,masok U dah pon..ana ni pon ngah tunggu result SPM..isk3,lame betul la..

Kawan: "Stress aku macam ni! Sedih pun ada..isk3"

Ana: "Nape ni? What happen bro?"

Kawan: "Awek yang aku nak wat bini tu dia rejek aku. Hari tu elok-elok kata nak kahwin, sekarang kata taknak plak. Dia bagi syarat macam-macam; nak yang pakai kopiah la, nak yg ala-ala ustaz la. Aku kata la OK la aku boleh je..insyaAllah aku boleh berubah jadi soleh..aku mintak dia percaya kat aku. Tapi bila aku tgh berubah nak jadi baik sama macam citarasa dia, dia rejek aku. Apa salah aku? Memilih betul la awek tu! Tahulah solehah, tahula ada rupa!"

Ana: "Biar je lah dia. Ko pun tahu kan, wanita tu boleh memilih satu suami dan kalau boleh, suami yang satu itu lah utk sepanjang hayatnya. Sedangkan kita boleh pilih 4 kali atau lebih kalau nikah-cerai-nikah-cerai. Biarlah dia pilih betul-betul lelaki yang macam mana dia nak. Fitrah wanita, cintanya kalau boleh hanya untuk satu hati. Kalau dia nikah dengan ko pun, kalo dia tak tenang..tak puas hati..ko jugak yg sakit hati nanti bila dia buat perangai lepas kahwin."

Kawan: "Em..apa aku ni tak baik lagi ke? :( "

Ana: "Bukan ko tak baik, tapi mungkin tahap kesolehahannya tak tinggi jadi dia tak nampak kualiti boleh berubah yg ada pada ko skang. Padahal bagi aku la, kalau dia pilih yg DAH BAIK belum tentu org tu akan SELALU BAIK. Tapi kalau pilih yang betul2 berubah kerana Allah dan konsisten upgrade soleh tiap masa, insyaAllah itulah yang terbaik sebab Allah cinta org2 yg memperbaiki diri. Bukan yang hanya selesa dengan berWATAK BAIK. Ko berubah kerana apa? sebab banat tu ke?"

Kawan: "Aku berubah kerana Dia (Allah) dan untuk hidup mawaddah(rasa cinta yg ada rasa syahwah normal sesama manusia di dalamnya) dan rahmah (yakni cinta murni yg bukan atas dasar ini tetapi adalah demi mencari keredhaan Allah semata-mata) bersama si dia. Salah ke niat ni?"

Ana: "(senyum)..Jangan risau ya, insyaAllah sekarang ni atau di hari depan ada yang menghitung2 utk memilih ko. Cuma ko je tak tau. Percaya kata aku, kita biasa nampak apa yg hanya terbaik di depan mata, tapi Allah dah lama nampak mana yang lagi terbaik. Cuma Dia nak tengok ko sabar ke tak."*evil laugh..hik3..

Kawan: "Betul ni? ^_^"

ana 30 juzuk??hurm,dalam istikharoh lagi..huhu
Ana: "Dah tu~yeeea(sejak bile lak aq pndai betazkirah kat orang besar nih,huih,pape je la,=.=')"


Hurm,khulasahnya,tak salah jika kita nak jadi soleh kerana semata2 nak dapat pasangan yang soleh/solehah. Ia kerana itukan Sunnahtullah yang telah ditetapkan dalam al-Quran.. jika kita ikut segala peraturan Sunnnahtullah ni, tidak menjadi satu kesalahan kerana ia satu suruhan Allah. Sama gak jika kita solat kerana nak masuk syurga, kita solat kerana nak murah rezeki, kita solat hajat nak SPM result gempak, kita sedekah kerana nak panjang umur,sembuh penyakit dan bertambah rezeki... semua ini sudah Allah tetapkan sebagai sunnahNya.... ikut je..... plus,tak mau condem kawan2 yang nak berubah..

Biase la tu,memula dia berubah jadi baik adalah kerana nakkan someone, tapi jangan halang niat baiknya utk berubah tu, cuma kena tegur dia sikit.."sambil2 berubah tu, betulkan niat dgn perlahan2 kerana Allah.." Sebab permulaan nak berubah mmg niat tu agak tersasar sikit, tapi tu kan masa dia baru2 nak berubah. Bila dah berubah baik, insyaAllah niat juga akan berubah kerana Allah..*hopefully..sebab ana pon pernah mengalaminya..

Lagi satu,ALLAH nak bagi hadiah yang paling bermakna buat dia atas perubahan yg dia lakukan..jadi jangan bersedih tapi bergembiralah kerana Allah sedang mengujinya sedikit untuk sesuatu yang sangat bernilai..nama pon ujian,hehe,innallah hama 'ana....dan Allah juga sentiasa bersama2 org yg sabar*man shabara zhafira..^^

Wallahualam...bace ayat 26,surah An-Nur..ana suke ayat nih..

3 ulasan:

Unknown said...

wah, amir brckp pasal kawen :D

admin said...

hurm,kadang2 kne luah gak bnde nih,hahaha..^^

sayainsanbiasa said...

:)
*terdiam...x tau nak cakp ap...hahahaha

Blogger templates

Powered By Blogger