Sunday 8 January 2012

Fitnah Terhadap Daei Sejuta Ummah...T_T..

Assalamualaikum...
Antara petanda Akhir Zaman~fitnah makin disebakan...


"1.Tika belayar di Teluk Cyber, saya menemui terlalu banyak karang fitnah dalam 1001 wajah. Rupanya Teluk Cyber ini tidak kurang juga bahaya berbanding di maya pada. Terbaru karang fitnah yang terbentuk ialah fitnah ke atas Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Tanpa sebarang bukti, jauh sekali menepati dari garis adab berkhilaf dan mengkritik, Al Fadhil Ustaz Azhar dibelasah secukupnya.

2. Sebahagiannya fitnah itu digerakkan oleh mereka yang berilmu jika dinilai secara zahir cara karang fitnah itu terbentuk ditengah - tengah pusaran Teluk Cyber ini.

3. Lebih menarik apabila apabila karang fitnah ini terbentuk setelah terbentuknya satu gelombang besar dalam negara kita. Gelombang yang membentuk fenomena Azhar Idrus. Khasnya anak - anak muda, kini masyarakat mula menggilai kuliah dan majlis ilmu melewati fenomena ini. Arus yang dibawa menenggelamkan populariti semua ustaz selebriti dan lainnya.

4. Apakah mereka turut dilanda mazmumah ? hasad dan dengki dengan populariti yang diraih oleh Al Fahdil Ustaz Azhar Idrus ? lalu mencipta karang fitnah ? Sewaktu dunia belum dilanda arus dan gelombang Ustaz Azhar Idrus, karang fitnah ini tidak pernah wujud.

5. Sebagai manusia, saya sendiri tidak boleh menafikan bahawa kita terdedah kepada pelbagai kelemahan dan kesilapan, ustaz Azhar juga tidak terkecuali. Namun ia boleh dibaiki dan diperbetulkan, bukan dengan membunuh karektor dan menimbulkan fitnah.

6. Al Fadhil Ustaz Azhar adalah Ikon Anak Muda yang diaugerahkan tokoh tersebut oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sempena Muktamar DPPM tempohari. Sungguhpun penganugerahan tokoh itu tidak membawa gelaran Dato' atau Tan Sri kepada Ustaz Azhar, namun Ustaz Azhar terus hebat dengan karektornya yang tersendiri sebagai seorang Daei Sejuta Ummah.

7. Memfitnahnya bukan satu langkah yang bijak dan baik, malah tidak sedikitpun menjejaskan reputasinya sebagai seorang pendakwah luar biasa yang diminati ramai. Terbaru gelombang tercetus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena count down tahun baru. Anggaran hadhirin mencecah 70 - 75 ribu orang dan kebanyakkannya terdiri dari anak - anak muda, malah menenggelamkan juga aktiviti di Dataran I City pada malam tersebut.

8. Ustaz Azhar kini menjadi aset bernilai kepada masyarakat dengan pendekatan dakwahnya yang mampu menarik puluhan ribu hadhirin dalam satu masa. Layaknya potensi ini dimanafaatkan oleh masyarakat untuk mengembalikan semula era kegemilangan menuntut ilmu setelah seketika dulu dalam era 80an, gelombang serupa dicetuskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang berpangkalan di Masjid Rusila dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Dewan Zulkifli Kota Bharu.
ceramah kat shah Alam 31/1..terbaek!!~70000++ dtang ma!!

9. Perbuatan menabur fitnah dan menyerang peribadi Ustaz Azhar adalah perbuatan yang tidak baik dan saya menasihati semua pelayar di Teluk Cyber ini agar berhati - hati dan tidak terlanggar karang fitnah tersebut.

10. Kepada Al Fadhil Ustaz Azhar, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan tahniah buat beliau dan usahlah patah semangat dan ambil pusing terhadap fitnah murahan yang dilemparkan oleh golongan penghasad ini. Kami doakan agar beliau terus thabat dan sabar meneruskan kerja - kerja dakwah khasnya dalam mendekati anak muda agar mereka kembali bersama perjuangan Islam."

sumber~Nasrudin bin Hassan,Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia..copy aje..

Wallahu A'lam..

2 ulasan:

ukti said...

salam,ya da'ie & ikhwan seislam
dengar2 kan
sy x brape arif ttg hal2 mcm nie....
tp sy dgr ade yg mengatakn ustz berfatwa tanpa dalil..
ini bkn dr pemfitnah tp dr org yg cintakan Allah & Rasul
populariti laisa hal lakin taqlid khataq??
kaifa ?

admin said...

salam,ya ukhti..
yup,saya ade dengar jgak,hal ni mngkin berkaitan dngan politik..saya bukan nk percaya atau x,tpi berkemngkinan besar fitnah yg disebarkan ke atas Ustaz Azhar Idrus ni mngkin sbb dasar politik,bergantung kepada kita,ilmu itu elok ke tidak,kita ambil,mngkin juga sifat hasad dengki sstngah orng,tpi sejujurnya,Wallahu A'lam,saya tak tahu,sbb saya sndiri pon ade kelemahan dan x pndai menilai manusia tu...tpi yg mmbuatkan saya tertarik dngn Ustaz Azhar Idrus ni ialah beliau mmpu menrik minat masyarakat lagi2 glongan belia kmbali ke masjid,solat jemaah dan etc..itu yg seeloknya,bkan pergi lepak2,buang masa,brjogrt sana sini..skurngnye2,remaja tu sndiri tu hadir dlam majlis ilmu@taman2 syurga..dapat manfaat jgak+phala..contohnye,time Sambutan Akhir Tahun kat shah alam,berapa ramai yang hadir??80000+ dan purata kbnykan orng yg hadir dalam majlis tu,ialah golngan muda..saya bgitu trkjot sbb bukan mudah nak trik orng muda hadir dlm majlis2 sbegini,yup,itulah yg kite perlukan,paling kurang..remaja itu sndiri boleh jaga solat dan agama..inilah yg dikatakan Fenomena Ustaz Azhar Idrus..saya rasa,kbnyakan cermah beliau disertakan dalil..dan brkmngkinan,fatwa yg beliau kluarkan juga berdasakan ijtihad dan ijma' ulama..yg smpai difitnah mcm2 tu,itu Wallahu A'lam..saya mmg tak tahu sohih atau tidak,tpi yg benarnye,beliau mmpu menrik srta mmpengaruhi orng muda kmbali ke pngkalan jalan...bkn perkara mudah ukhti nk trik orng muda lagi2 yg sdah jaoh dari prsimpngan agma..^^.Wallahu A'lam...asif andai ade silap,tgorkan saya ye kalau silap..

Blogger templates

Powered By Blogger