Thursday, 30 December 2010

Insha Allah versi Melayu..

Lagu Insha Allah~memang lagu top kat Malaysia ni..haha,gi mana-mana je,mesti masing2 taruk lagu ni,hehe...ok,ni versi melayu ek...(tak gune Google Translate tau!!)

"Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi

Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku"

Wallahu A'lam..

Wednesday, 29 December 2010

Mungkin ini ujian buat diriku....

"Hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas, ada masanya di bawah"....

Sedih betul semalam lepas kene 'wash' ngan seseorang ni..pehh,memang kite rasa bahang ape yang dia cakap tu...memang nangis kaw2 semalam,entah la,tetibe boleh nangis macam tu..takpe,mungkin itulah ujian untuk Ku..
bile dipikirkan balik..macam2 amanah kite lepaskan macam tu je...sampai satu tahap,orang tegur kite,baru kite sedar....baru ana sedar hidup ni kadang2 ana manisnye,ade pahitnye..haha,takpe2..semua tu perlukan Ikhlas dalam Iman..maybe...
bak kata orang,contohilah Si Dia.....

Wallahu A'lam...

Tuesday, 28 December 2010

Masalah lumrah kehidupan.....

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!”“15ml!”,“50ml!”“100ml!” Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”...hehe

Wallahu A'lam..

Friday, 24 December 2010

Ku Bukan Dai'e yang Perfect....

Aish~berapa ari je lagi nak sekolah ni,rase sekejap je cuti ni..ermm,takpe la,nak wat macam mana..kite sendiri je tak pandai nak uruskan mase tu,hehe...
Bile pikir sekolah ni,bermacam-macam benda ade kata kepala ana ni...MPM la,BADAR la,pehh..mesti penat kan..dah la nak SPM..isk3..
Takpe,teruskan juga perjuangan kite ni iaitu HIDUPKAN BIAH SOLIHAH KAT KUSISS..

Tapi,bile bab dakwah ni,mesti pikir bende yang terlalu Islamik sangat bagi certain2 ...
Ingat..Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u/sasaran. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil-kecilan, mereka ni adalah orang2 yang ramah, ambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.....huhu..tapi kalo kat sekolah memang susah nak carik orang macam ni.....kecuali ana,(perasan je,x elok riak2)

klah..ana pun cam rindu semacam kat sekolah ni..hehe..

Wallahu A'lam...

Sunday, 19 December 2010

My Belover~~


"Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka,
apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka,
jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!"....
(wah,suka banget~)

KEKASIHKU...rindunya padamu....^_^...

Thursday, 16 December 2010

Totally Change!!

Ermm,baru-baru terjumpa kawan time sekolah rendah,banat orangnye,huhu,rindu gak sebab dah lame tak jumpe,sembang la sebentar...hehe,sembang punye sembang,sampai la kat satu diolag yang membuat hati ana happy(happy la sangat...T_T)

"Amir,ko sekolah mana sekarang??"
"Ermm,aq??sekolah agame je..hehe"

"Sekolah agame??hahaha,ko biar betul??ape taste sekolah agame??ko tengok la aq..sekolah ***,sekarang orang pandang sekolah top-top la..baek ko pindah sekolah Sains tu dulu,rugi je ko mintak SBP,tapi tak pindah"
"Takpe la,aq ni malas nak pindah-pindah sekolah,jaoh lak tu"

"Ikut ko la mir,klah,aq nak chow la...jage diri baek-baek ek"
"Ok,jumpe lagi ye~~"

Fuhh,memang pelek benar la kawan ana sorang ni,tak sangka boleh die cakap camtu,nak kata tak sekolah agama time sekolah rendah dulu memang sekolah die ni..eish3,ape la nak jadi??Ermm,memang benarlah kata-kata pujangga itu..."zaman dulu dengan sekarang memang laen"..moga-moga mereka yang kurang ilmu itu diberi Hidayah oleh Rabb-ku ini...
Wallahu A'lam

Friday, 10 December 2010

Jangan Tempatakan Diriku Disitu...

"Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Neraka Jahannam itu
adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya
memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api."

"Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000
kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000
kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa."

Macam-macam ade kat neraka ni...sape-sape pernah buat dosa,taubat cepat-cepat tau..Sesungguhnya,Allah itu Maha Pemaaf..isk3

Saturday, 27 November 2010

Doaku Untukmu...

Ahmad dan Ali adalah dua orang sahabat baik dan mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam kemiskinan dan kesempitan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apakah doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya, Ali.
"Aku berdoa agar esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.
"Doamu?" Ali pula bertanya kepada Ahmad. Ahmad hany tersenyum tanpa berkata apa.

Keesokan harinya, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah, doaku semalam telah dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."
"Alhamdulillah, hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.
"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin." jawab Ali.
Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid lalu mengerjakan solat serta berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertany, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?".
Ahmad tersenyum, masih tidak menjawab.
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."
"Alhamdulillah... Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.
"Kenapa dengan anakmu?"
"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."
"InsyaALLAH, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.
"Bagaimana dengan anakmu?" tany Ali.
"Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sedikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau......"
"Kenapa dengan aku?"
"Mad, aku lihat Ahmad doamu tidak mustajab." Ahmad tersenyum...
Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doamu tidak mustajab."
"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada tidak ada apa-apa perubahan pada kau."
"Doaku sejak dulu hanya untukmu sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan padaNYA.

Cerita dipetik daripada Majalah Solusi Isu 22...

Hidup ini perlu banyak memberi kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada manusia yang lain. Dan tidak semestinya pemberian itu hanya dari sudut kebendaan, doa adalah pemberian yang sangat berharga, lebih-lebih lagi doa yang tidak diketahui oleh penerimanya. Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada, mungkin apa yang kita miliki sekarang adalah daripada doa orang lain kepada kita....

Wallahu A'lam...

Friday, 26 November 2010

Tak sangka la pulak...hehe

Assalamulaikum....

Rindu pula pada kerja kat sekolah ni...eish3,dok umah buat bende same aje,dah la jadi maid full time...
Sedang bosan bersama alam maya..tetibe dapat idea..
Isu Palestin iaitu....ISRAEL...hehe..ana try la carik info kat google,tulis la.."Israel is a......"....tetibe....

 Pehh..terkejot ana dibuatnya...macam-macam rupenye Israel ni,hehe..sape-sape nak cube..dipersilakan/tafaddol...

Wallahu A'lam...

Friday, 19 November 2010

Sinergi....1+1=3...macam mana tu??

Lame tak menaip ni....ermm,ana asyik sibuk je kat sekolah sampai blog pun boleh lupa...eish3..penat betul la sekolah ni..tapi nak buat macam mana,dah tanggungjawab..haha

Ok2..sambung...Setelah menghadapi musim imtihan yang...yang...susah giler(hiperbola)..akhirnya dapat jua ana melepaskan kebosanan terhadap sebuah novel..hehe,tetibe teringat lak kat novel ni,dah lame beli,cume tak ade mase nak bace...haha

Ok..ni yang nak promote ni...Tajuknye..Sinergi...Cakap je nak tau pasal ape berkait dengan kehidupan, semua ada insya Allah...

 Persahabatan, tarbiyyah, cinta, konflik dalaman, tawazun, keluarga, masalah disiplin pelajar, kepimpinan, suspen, general knowledge, humor, kahwin, dakwah, kawalan emosi, kehidupan harian, sirah dan sangat sangat banyak lagi ilmu yang boleh dapat dalam novel ni,insya Allah semua dalam satu novel...haha..mungkin ade yang dah biase dengar ape yang ana 'bold'kan tu tapi...sebeneranya isi novel tu laen dari pemikiran kita...(wah,macam ceramah la pulak)...

Bagi ana,penyampaian dakwah and tarbiyyah dalam novel ni sangat dekat di hati dan berkait rapat dengan kehidupan harian kita...hahahaha Kadang-kadang plot cite ni memang ade yang tak dijangka...

Akhirnya, mesej paling penting dalam novel ni, ‘Keimanan adalah Paksi’, Iman itulah yang penting dalam segala hal yang ana sebut kat atas tadi, dan Iman tu semua orang kena ada dan faham, barulah kehidupan menjadi luar biasa dan lebih bermakna insya Allah...sebab tu ana kata..1+1=3..bile ade 2 orang tambah pula dengan Iman yang mantap..hasilnya bukan la 2..tapi 3...hehe..

Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku......

Wallahu A'lam

Saturday, 16 October 2010

Peta Hidup Manusia...


Ni ana ambil dari....dari....rahsia la...hehe..tapi tujuan ana upload peta minda ni bukan untuk hiasan..tapi untuk dijadikan petunjuk bahawa kita hidup di dunia ni sekejap sahaja..huhu..insaf tau...

Wallahu A'lam

Wednesday, 15 September 2010

Coretan Hati....^_^

snippets of boredom...don't read...
Tarikh =Khamis 5 Ogos 2010
Tempat =Dewan Ibnu Batutah,KUSISS

Setelah berakhir Majlis Perlantikan Pengawas...petangnye pulak,Majlis Mukatamar Sanawi
sementara menunggu cikgu..ana terlihat buku program Mukatamar Sanawi...bace punya baca..huh,sampai kat muka surat ni.....

Calon-Calon Badar Sesi 2010/2011


Buka pula bahagian Lajnah..ermm..tengok Lajnah pertama iaitu Dakwah dan Kepimpinan
Nama pertama....

 Ketua lajnah
Amir Muzaffar bin Abdul Halim...

Ana dalam hati..."Hah??biar betul??biar betul aq jadi ketua Lajnah??jangan main-main....pehh..berat tu...dakwah bukan kerja senang...biar betul miqdam pilih aq..tak caye la"

Time tu..ana memang rasa bersalah...sebabnye...private..hehe...
tapi ana rasa kerja dakwah bukan perkara yang boleh diambil mudah..dalam resah tu,tetibe ana teringat pasal semua dosa yang pernah ana lakukan..
"Boleh ke aq jadi pemimpin yang baik atau sekadar hipokrit di mata orang??..huhu..macam mana  la ye...
Tapi..disebabkan kita ni tak boleh menolak jawatan(kite ni khalifah yang dipilih oleh Allah)..ana pun redha dan akan try my best untuk membangunkan banin & banat KUSISS menjadi....???hehe..biarlah rahsia(nk tiru S. Nurhaliza je,xde class la)
Nah amik ko mir...dush3....

MENGENALI DAKWAH
Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh(boleh ke ana buat kat sekolah??sob3) Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai(ana contoh terbaik??huh..susah sikit kut). Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.(InsyaAllah)

Wallahu A'lam

Thursday, 9 September 2010

Maybe the last??

Allahu Akbar..

Al-yaum..hari yang paling menyedihkan lil hazihis sanah..
 Malam ni , solat maghrib sampai isya' , terawih , qiam dan iktikaf yg terakhir untuk ramadan kali ini..
Tahzan jiddan jiddan...ingatlah ye mir..mujahadah nafsi belum berakhir..masih jauh perjalanan untuk mendapatkan cinta-Nya..insyaALLAH.. .isk3

"Sesayu Ramadhan yang ku tinggal menyambut syawal di pintu lebaran..tirai Ramadhan smakin melabuh,fajar syawal mula terbit..di kala itu...umat manusia ada yang menangisi pemergian ramadan,tak kurang pula yang gembira kedatangan syawal"

~tarbiah ramadhan?kemeriahan syawal?seiring dalam penantian dan ketaatan..semoga Ramadhan tahun ini memberi pengertian kepada kita....peace..^_^,hehe

~selamat menyambut syawal & smoga kita dsampaikan kepada Ramdan akan datang..

Wallahu A'lam ..

Sunday, 29 August 2010

Feeling Guilty??Why??

"Rasa bersalah masih menyulubungi diri ana....kenapa??
adakah ini satu dugaan sebagai seorang dai'e...??
Mungkin juga sebab ana pernah buat dosa...
namun...sampai bila ana perlu merasa ujian sebegini....
Diriku masih bergolak dengan pelbagai fitnah...huhu....asal ek??"
(tenangkan hati ye mir...kata pemimpin,rilekla,haha...)


"Oh Tuhanku Kau Pimpinlah Diri Ini
Yang MenDamba CintaMu (jiwang pulak)
aku Lemah aku Jahil
Tanpa Pimpinan DariMu

ku Sering Berjanji DepanMu
Sering Jua ku Memungkiri
ku Pernah Menangis KeranaMu
Kemudian Ketawa Semula

Tuhanku Ampunkanlah Segala Dosaku
Tuhanku Maafkanlah Kejahilan HambaMu

ku Sering Melanggar LaranganMu
Dalam Sedar Ataupun Tidak
 ku Sering Meninggalkan SuruhanMu
Walau Sedar aku MilikMu"

Wallahu Alam ..

Friday, 27 August 2010

Minta Jawatan??Kalau Dapat.....Boleh ke Buat???....

Ermm....boleh ke minta jawatan ni???ada yang kata boleh....ade yang kata tak...tapi yang mana betul ek??...Setelah KL(ketua lajnah,) menjalankan penyelidikan.(ayat poyo je).....akhirnya,ana berjaya menjumpai bukti yang menunjukkan jika kita meminta jawatan....nescaya menyesal time kiamat  kelak....eish-eish...ni ade hadis sikit ni...

عن أبي موسى رَضِيَ اللهُ عنه : دَخَلْتُ عَلى النَّبي أناَ وَرُجُلانِ مِنْ قَوْمي فَقَالَ أحَدُ الرُّجُلَيْنِ أمِّرنَا يا رَسُوْلَ اللهِ وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَهُ، فقاَلَ : إنَّا لا نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ وَلا مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

Dari Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Hadis ni menceritakan kaedah yang penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu jangan sesekali kita beri kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya.Pasal ape ek?? sebabnya.... 
  Jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.....ingat tu ye kawan- kawan....lagi satu......Jangan jadi gipang kat sekolah...(macam ana tak pulak)....hehe

Wallahu A'lam

Saturday, 21 August 2010

Rasa ke tak ye??

               "Kita buka majlis kita dengan umul-kitab Al-fatihah".....
Itulah bacaan yang sering kali ana baca sebelum memulakan tadarus Al-Quran usrah tingkatan 3(cehh,dapat usrah junior) di musolla SMKA....
Huh,penat...ngantuk...,layan kerenah anak usrah,lumrah la tu.....hehe
Namun...setiap ujian ada hikmahnya...
Tetapi....mengapa ana masih tak merasa kemanisan Ramdan itu...???
                  
"Sudah 11 hari dlm bulan ramadan telah berlalu..banyaknya perkara yang ana leka ya ALLAH !! 
Sedangkan orang-orang yang lalai ialah orang yang mendustakan agama.. T_T 
Na'uzdubillah..
Kenapalah bertangguh untuk melakukan kebaikan ?? yakinkah dirimu bahwa engkau masih mmpunyai hari esok ?? T_T 
Amir,Amir....pahitnya perjuangan kerana manisnya syurga...
YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH !! ♥ yassiru wala tu'assiru !!"

Saturday, 31 July 2010

Senyum aje.....

Tahukah kamu bahwa senyum itu semakin menular??
Menerimanya seperti jangkitan H1N1

Hari ini seseorang tersenyum pada ana,
dan ana balas senyumannya juga....(perasan je mir)

Di sudut ruangan, seseorang melihatku tersenyum dan ia juga mulai tersenyum pula.....
Jadi,ana sedar bahawa senyum dapat dapat disebarkan....

Lalu ana memikirkan dan mengukur senyumku ini...
Hehe,senyum yang unik, seperti senyumku (he...he....poyo je) ,
dapat menyebarkan ke seluruh dunia...InsyaAllah...

Jadi, kalau kamu merasa ingin tersenyum,
janganlah berusaha menghentikannya.
Marilah kita mulakan penyebaran wabak senyum sekarang juga...
hingga mempengaruhi seluruh dunia!
Tetaplah tersenyum kerana senyum itu ibadah@sedekah...

Tapi ingat jangan disalahgunakan pula ya.....
Lagi pun, bukankah setiap orang memerlukan senyum?!!!

Sudahkah anda tersenyum hari ini ?
Senyum tau...hehe

Wallahu A'lam..

Sunday, 18 July 2010

Jatuh??

Jatuhlah Islam....!!!
Andai nafsu yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahap keimanan yang ada dalam diri semua umat Islam...
Jatuh bangun sesebuah negara itu bergantung kepada pemuda-pemudanya....
Oleh itu...semua pemuda Islam yakni khalifah di muka bumi ini seharusnya meninggalkan perkara yang sia-sia....kerana..
ALLAH MATLAMAT KITA!!!

Sesungguhnya orang yang paling mulia adalah umat Rasulullah S.A.W. ...Bagi umat Rasullah yang tidak pernah melihat wajah baginda tetapi mengamalkan ajarannya
Maka....seharusnya..kita mencintai Rasulullah..yakni kekasih Allah. 
Dan dalam kesibukan menuntut ilmu duniawi..jangan lupa menuntut ilmu ukhrawi..
agar dapat kita mendekatkan diri denganNya lagi....InsyaAllah..

Wallahu A'lam

Sunday, 27 June 2010

Konspirasi Piala Dunia 2010....

World Cup 2010 pujaan dunia telah bermula 11 Jun lalu. Ana sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, ana ingin mengingatkan diri ana dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana ana bimbang ada agenda ‘turning point’ musuh-musuh Allah khususnya 'Secret Societies' dan 'The Committee of 300' ketika dunia menumpu pada South Africa.

Cuba la tngk gambar yang ana dapat....renung betul-betul ye...
 Jabulon ni tuhan freemason.....
  Horus kononya tuhan mesir ni

Lagi satu,pasal sukan olimpik 2012 di London...huhu,cuba la tngk gambar nya pula...


2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL

 Cuba teka benda ape yang ada mata satu??huhu,jangan terpengaruh ye....

Wallahu A'lam

Bisikan Dunia.....

Bermula dengan sekadar mengorat..
Lalu bertemu di satu tempat..
Maka tangan pun mula melarat..
Lawan peluk..wah..Hebat!!!
Bila peluk mau sama rapat..... Lihat seterusnya..
Nafas pun tersekat..
Lekat la cop merata tempat..
Lupalah Allah dan Malaikat..
Kerana nafsu maka lahirlah anak tak cukup sifat..
Lalu dibuang merata tempat..

Astaghfirullahalazim..

Mintak simpang malaikat 44..
Ingtlah wahai sahabat sebagai nasihat..
Sesungguhnya dunia tunggu masa untuk kiamat..
Beringatlah wahai umat..
Dunia ini hanya sementara..
Hanya akhirat yg kekal abadi..
Jangan terlalu mengejar duniawi,
Ingatlah bahawa semua itu tak boleh dibawa mati..

Syukran kepada mereka yang telah menegur diriku ini yang mudah terpengaruh dengan bisikan dunia...huhu

Wallhu A'lam

Friday, 18 June 2010

Life of this wold is nothing but a test!...

The Noble Quran....Surah Al Ankabut(29/2-3).....
"Do people think that they will be left alone because they say: “We believe,” and will not be tested."

"And We indeed tested those who were before them. And Allâh will certainly make (it) known (the truth of) those who are true, and will certainly make (it) known (the falsehood of) those who are liars, (although Allâh knows all that before putting them to test)."

Hadith – Al-Tirmidhi 1562, Narrated Sa’d......
"When the Prophet (peace be upon him) was asked which people suffered the greatest affliction, he replied, “The prophets, then those who come next to them, then those who come next to them. A man is afflicted in keeping his religion. If he is firm in his religion his trial is severe, but if there is weakness in his religion it is made light for him, and it continues like that till he walks on the earth having no sin.”

Dah lame tak 'speaking' ni,  Mafhumnya.... orang Islam hidup kat muka bumi ni kalau tak kene dugaan,memang tak sah,takde dugaan,bukan orang la tu. Dalam mentiti titian kehidupan,manusia ni akan diuji dengan pelbagai onak dan liku,namun jika manusia berjaya melepasi rintangan tersebut,disediakan untuknya pelbagai makrifat,jika sebaliknya,mereka hanyalah manusia yang hanya tahu membuat dosa...eish2

Wallahu A'lam

Thursday, 17 June 2010

Desawarsa...

Kita selalu memperlekeh orang dalam berdakwah........

Kita selalu memperlekeh orang yang 'ekstrimis' dalam berdakwah........

Kita selalu memperlekeh orang yang takde lah baik sangat, tapi nak berdakwah......

Hei  kawan, sedarlah!!!......

Nak tunggu jadi baik baru nak berdakwah?? berapa orang je yang boleh berdakwah kat dunia ni....
Sesungguhnya dakwah itu mematangkan diri...

Sekadar peringatan bersama buat diri dan semua sahabat.....hehe..

Wallahu A'lam...

Kalam Hati....

Assalamualaikum...

Perancangan manusia,
Terlalu banyak yang ingin dirancang,
Terlalu banyak yang ingin dilaksanakan,
Terlalu banyak yang ingin dicapai...

Tapi sejauh mana kita mampu lakukan,
Pohon padaNYA,
Agar diberi kekuatan dan terus berusaha,
Untuk terus berjuang dijalanNYA...

Moga apa yang dirancang, dapat membawa kita lebih dekat padaNYA dan mendapat keredhaanNYA...

Dan setiap perancangan itu, hanyalah daripada hamba yang pada hakikatnya lemah dan banyak kekurangannya... Dan perancanganNYA jualah yang terbaik buat kita semua...

Kepada semua sahabat, terima kasih atas segalaanya dan maaf atas kesalahan yang pernah menimbulkan sakit di hati....

Wallahu A'lam

Sunday, 13 June 2010

Niat Tak Menghalalkan Cara.....

Ana betul-betul sedih la dengan masyarakat sekarang....semalam ana jalan-jalan dengan sahabat ana kat KL,(nak ikut ke?)pastu ana balik la sorang-sorang,Tiba-tiba,ada seorang 'insan' bersama sahabat die ni beri sedekah kat peminta sedekah ni,ana rase bagus gak orang ni, Kemudian,ana pun duduk la,pastu 'insan' tadi pun duduk sebelah ana,tibe-tiba,die cakap kat sahabat die tu 'Aku sebenarnye  kasi duit tadi bukan nak buat baik pun,aq nak suruh awek-awek  pandang kat aq je' ada ke patut...eish2...tak patut...tak ikhlas betul 'insan' ni

Ana memang tak puas hati la,ingat nak tegur, tapi apa kan daya,ana cuma budak sekolah yang bertaraf 'Low Student'..Yela,sekarang ni,orang mana pandang dah budak sekolah agama ni,katanye nanti kerja tak banyak duit la,low class la..tapi apa tujuan kita sebagai khalifah Allah hidup di muka bumi Allah???mesti antum/antunna tau kan...sebenarnya manifestasi manusia hidup di muka bumi Allah adalah....mengabdikan diri pada Allah..betul tak?cuba hayati hadis pertama dalam Kitab Hadis 40,karangan Imam Nawawi yang bertajuk...
'Segala Amalan Bermula Dengan Niat...'


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ 
صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : (إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - "Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."

Wallahu A'lam...

Thursday, 10 June 2010

Cerita Hati....

Untung tak kalau dapat yang suka mengambil berat??mesti seronok kan...hehe. Kelmarin ana ade kenakan salah seorang sahabat ana (jangan terasa ye)...best betul, sahabat ana tu dah caye abis kat cite ana tapi ana buat tak tau je...hehe,nak tau sama ada die ambil berat ke tak,(minta maf ye)...tapi ana ade satu kisah tentang sikap sahabat pada zaman sekarang ni...

Hayatilah......

Ada empat sahabat yang bernama Gila, Otak,Bodoh dan Gaduh.

Pada suatu hari,mereka berempat pun pergi ke hutan untuk berkhemah.
Tiba2,ada seekor harimau serang mereka. Mereka pun lari bertempiaran.Gaduh lari ke dalam hutan,manakalapula Gila,Otak dan Bodoh melarikan diri ke pekan.
Setelah Gila,Otak dan Bodoh sampai di pekan,mereka sedar bahawa Gaduh telah hilang. Dengan pantas nya,mereka pun pergi ke balai polis untuk menyatakan kpd pegawai polis yang kawan mereka tu hilang.
Kemudian Gila masuk ke dalam balai polis.Gila pun ckp kpd polis itu.


Gila: Polis....kawan saya telah hilang semasa saya dan kawan saya berkhemah....

Polis: oooo....kalau mcm itu,,,..sapa nama dia?

Gila: Nama dia Gaduh...

Polis: Eh....awk ni tak ada gila ke?..... Angry

Gila: Memang pun saya Gila...sbb nama saya Gila....

Polis: Aiyoyo.....kamu ni memang buat saya marah....awk ni ada otak ke?

Gila: Otak ada tunggu kat luar...Nak saya panggilkan dia..?

Polis:bodoh...!

Gila:Bodoh ada dengan Otak...kat luar...

Polis;Awk ni memang nak cari gaduh dengan saya kan?.... Angry

Gila: Kan saya dah kata...Gaduh kan dah hilang....

(*Ingat lain kali jgn letak nama anak anda Bodoh,Gila,Otak dan Gaduh...Ingat pesanan ini*)


Aduyai,tu la yang ana maksudkan,zaman sekarang ni orang suka panggil macam-macam kat kite,anjing la,beruk la,apa-apa la namanya,tapi tak elok la panggil kawan-kawan kita dengan nama tu...nama yang diberi kan sedap,nape nak ubah-ubah??eish-eish,kalau ada sapa ade buat,hentikan tau,Allah tak suka...Kita suka tak kalau orang panggil kite nama pelik-pelik? mesti tak suka kan,ana pun tak suka...

Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(macam pernah dengar je ayat ni),hehe

Wallahu A'lam

Wednesday, 9 June 2010

Jangan Diikutkan Sangat........

Hati sangat sedih.
Hati saya menangis.
Ya Allah aku mohon Kau kurniakan kekuatan pada jiwa yang lemah ini wahai Tuhan.
Jadikanlah aku hambaMu yang mempunyai jiwa yang tahan pada ujian.
Agar hambaMu ini tidak merasa berat atas apa yg telah Kau tentukan.


 Sekarang ni ana tengah berjihad. Jangan terkejut sebab ana bukannya berjihad membawa senapang, tetapi berjihad hati atau pun dalam bahasa arabnyer ‘Jihad bil-Nafs’. Sebenarnya jihad ni ada banyak.. Kebanyakan ulama’ membahagikan jihad kepada lima bahagian iaitu:-

1. Jihad menentang hawa nafsu.
2. Jihad menentang hasutan syaitan.
3. Jihad menentang golongan kafir.
4. Jihad terhadap golongan munafik (sifat-sifat kaum munafik dan
cara-cara tindakan menentang mereka menurut al-Quran).
5. Jihad terhadap orang-orang zalim dan fasik (jihad menentang ahlul
mungkar menurut prinsip al-amru bil ma’aruf wan nahyu anil mungkar).

Jihad ana adalah jihad yang pertama dalam senarai.. Bukannya apa.. ana sedang menentang keinginan hati ana dari....ana sendiri pun tak nak tulis....malu....T_T....... Terseksa rasanya hati ni bila tak ...T_T., huhu.. Jadi ana harus kuatkan semangat untuk melawan nafsu ana. Memang hidup perlu ada jihad. Dalam hadis Rasullah juga ada menyatakan pasal jihad...

“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)"

Doakan ana supaya ana akan menang dalam peperangan ni..Doakan tau....hehe

Wallahu A'lam....

Sunday, 6 June 2010

Memang benar pokok BERKATA-KATA....hehe

Laungan takbir,Allahu Akbar bergema di bumi Bangi(area ana la tu),disambung pula dengan laungan....

HANCUR!!!! HANCUR!!! HANCUR ISRAEL!!!!,HANCUR AMERIKA!!!!

Alhamdulillah,program Perarakan Anti-Israel berjalan dengar lancar tadi,dah abis ucapan ana pun pulang ke rumah,tetibe teringat satu kisah ni,yang di mana,Ada sebuah pokok berkata kata di Ramllah,Palestin...ikutilah kisahnya....

Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yasin, dimana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel.

Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan diantara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut.

Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut.

Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital.

Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan.

Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut.

Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital. Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut.

Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat dan ini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah SWT yang makin hampir.

Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie-pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan: "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamat akan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang ditinggalkan.

Dalam hadis Rasullah SAW juga ada menyatakan..

""Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: " Siapakah mereka Wahai Rasulullah? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis""


Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT.

Wallahu A'lam...

Saturday, 29 May 2010

Dugaan seorang hamba.....

Sebenarnye dalam hidup ni memang tak sah kalau tak ade dugaan....kalo tak ade dugaan@masalah,memang pelik la...nak cite pasal dugaan kat sekolah ni...macam-macam dugaan kena kat sekolah ni....gossip la,imtihan la,tapi yang best time persembahan hari guru,ana jadi solo...wow..cuak...tapi ana cuba hadapi dengan tenang & sabar...namun bicara hati siapa yang tahu, hanya Rabb ku yang tahu,...tanggungjawab ana pun dah mula lari....kenapa mesti ana yang tanggung???....orang selalu cakap "camni ke BADAR ??"..sedih betul...T_T...

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah.

Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam, hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?Ingaaat(ayat cikgu Bibod, gurau je),setiap dugaan mesti ada hikmah die....jangan mudah kecewa,patah hati....sebab pasti ade nikmat yang lain disediakan untuk kita...kalau bukan di dunia maka akhirat la jawabnye.....huhu

Wallahu A'lam

Wednesday, 5 May 2010

Good Luck......^_^

 Pesan Imam As-syahid Hasan Al-Banna : Sesungguhnya amanah yang ada itu lebih banyak dari waktu yang tersedia , untuk itu bantulah saudaramu dalam menyelesaikannya serta sederhanakanlah ape yangg bisa disederhanakan..


Esok bermulalah pertambahan amanah@tanggungjawabjwab buat diriku....T_T


Periksa makin dekat, laporan fotografi tak siap lagi....macam mana la nanti.....hidup memang penuh sarat pesona dusta.....(3 minggu baru balik...huhu)


La Tahzan...Wallahu A'lam

Sunday, 2 May 2010

Tak Baik Kutuk Orang!!!!

Alhamdulillah,baru menang kiosk kerjaya,dapat no 2,(asyik no 2 jew....huhu).. ni nak cite ni pasal balik,ari jumaat aritu,ingat nak balik sebelum,tapi....tak boleh,kene siapakan  kerja Badar sikit....ingat boleh balik sebelum,rupanya...dah kul 1.15...tak dapat ana naik bas sekolah,tapi memang ana tak nak naik pun.....ana balik dari sekolah....pehhhh,bas nye ramai banget!!!ana rasa ana masuk pun tak muat...hehe..ana pun balik selepas jumaat...pastu terus pergi Bandar KS....tunggu punye tunggu...1 jam menunggunye....


Nasib  baik  ada  membe,Nur Arif(Soy)...kelakar  namanye...die baru balik kem KRS..dapat no 2 daerah..ana pun terkejut gak...tengok-tengok dah kul 4...lame betul ana tunggu bas...sabar je la...pastu ana amik  KTM gi UKM,dalam kereta api,ana asyik kene kutuk je ngan 4 orang insan ni(banat)....sabar je dengan masyarakat kini....ana ada satu info...

Menurut Imam Al-Ghazali banyak sebab mendorong seseorang itu suka
mengumpat antaranya:
1- Menghilangkan kemarahan, apabila seseorang itu marah pada seseorang,maka disebut kejahatan dan kelemahan orang itu.Lebih teruk jika dicampur-
kan dengan hasat dan dengki.
2- Menjaga hati kawan yg mengumpat.Ketika seseorang kawan marah dan mengumpat orang lain,orang yang mendengar itu turut serta menambahkan
cerita yg ia tahu mengenai kejahatan dan kelemahan orang yg diumpat.
3- Melepaskan diri apabila sesuatu kepincangan dlm mayarakat, lantas dia mengumpat dan menyalahkan orang untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawabterhadap kemungkaran itu.
4- Menunjukan kebaikan diri sendiri yg ingin membuktikan kebaikannya dia
memuji diri sendiri dan membandingkan dengan orang lain.
5- Dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan rahmat dari ALLAH,dia
berasa dengki lalu menceritakan keburukan orang lain.Kadang2 dia mendakwa,
dialah yg lebih berhak mendapat anugerah itu.
6- Menghina orang.Cara yang paling mudah untuk menjatuhkan orang lain ialah
dengan dengan menceritakan keaiban orang itu.
7- Tujuan bergurau,bagi membolehkan senda gurau lawak jenakanya diberi
perhatian oleh orang ramai, ia mengumpat orang lain agar ditertawakan oleh
pendengar.

Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

Saturday, 17 April 2010

Ketawa...penawar sedih

Eish-eish...nak tulis ape ye kt blog ni,tak ada idea la nak tulis ni,nak tulis pasal dakwah je,ermm,orang bosan lak nanti....ana ambil maklumat ni dari seseorang...Tajuknye.....PEMBOHONG



Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...

Sunday, 4 April 2010

Pantang Dicabar!!!

(maaf,tiada gambar untuk dipaparkan)


Eish,memang pantang kalau cite pasal Pertandinagn Kerjaya ni,orang tu(ehem2) tulis pasal Folio Kerjaya(ape brand),ni ana tulis pasal Kiosk Kerjaya,baru best,tak de la mengadap buku je,tak pun kertas,(jangan marah ye),kumpulan ana pun tiru orang tu,copy tahun lepas punye,ingatkan nak buat pasal doktor bedah ke,scientist ke,ni kne ikut taon lepas,bosan betul,pastu yang tak tahannya,suara latar yang digunakan dalam kerja kami,memang kelakar la,hahaha

Antum/antunna nak tahu apa kerjaya yang dipilih oleh kami,ermm,nak tau,tanye lah sendiri,kitaorang ni malas sikit nak cari maklumat,tapi kitorang rajin guna photoshop,cakap je ape,crop gambar,edit,power point,itu memang kesukaan kami,convert video,cakap je ape pasal technology ni,small matter je,tapi satu je masalah,malas nak menaip makluma......tak tau nape

Ni ahli kumpulan kitorng
1)Faris...kerja die,edit je,balik-balik edit,ape arr
2)Fateh@Pakteh....suka menaip,nasib baek ade die,kalau tak....Zzz
3)Farhan....cari maklumat tak silap ana,tapi bab ICT ni,malas nak cite,hebat!!
4)Amir Muzaffar...mamat mana lak ni,kerja die,bagi penerangan time pertandingan nanti,(jangan bagi hadis time pertandingan udah),hahaha

Tu je la luahan hati kitorang kat pelajar KUSISS ni,ermm,antum/antunn jangan sokong peserta Folio Kerjaya tau(terutama yang tulis kat Blog die tu),tak de lah,gurau je,moga-moga,kita diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menempuh sebarang dugaan semasa pertandingan nanti...Amiin,doakan ye,moga-moga diberikan kejayaan semasa pertandingan nanti(asyik dapat no 2 je)

Wallahu A'lam

Saturday, 3 April 2010

Sahabat....Dengarlah Rintihan Hatiku

Cuba anda bayangkan kalau anda mendapat seorang kawan yang baik,suka berkongsi masalah, & yang terpenting suka berkongsi ilmu agama,bagi anda,dialah sudut meluahkan masalah tetapi pada masa yang sama dia...........ana pun tak sanggup nak cakap benda ni,tapi ana sanagt berharap dan berdoa semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh......Amiin......

Tapi,memang tanggungjawab seorang pemimpin ni memang berat,kita mesti menerima tanggungjawab yang diterima dengan ikhlas,tapi pada masa yang sama anda menerima kritikan,celaan dari orang ramai.Memang secara hakikatnya itulah pemimipin,sanggup meredah onak dan liku semata-mata mahu anak buahnya berjaya mencapai destinasi masing-masing...

Ana ni harap je BADAR, masalah kawan sendiri pun tak boleh tahu...ape punye kawan la,eish-eish, tapi ana nasihatkan jangan terlalu menganggap diri ni terlalu hina,sementara masih ada masa kita taubatlah,moga-moga mendapat hidayah daripadanya,Insyallah...Amiin....

Wallahu A'lam

Friday, 2 April 2010

15 + 1 Sifat Ego Dalam Diri Pemimpin

Alhamdulillah,dapat juga ana abiskan buku
'Tip-Tip Pemimpin' ni(beli kat Pesta Buku)....lame tu nk habiskan,ni koleksi dari Kitab Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi(yg bwat Kitab Hadis 40 tu),tiba-tiba ana teringat buku tazkirah yang ana tulis time kursus Nuqaba ari tu.Huh,nasib baik ade, kalau tak,memang sia-sia la usaha ana,huhu,antara ego sifat pemimpin ni.....

1) Diberi jawatan terasa terhibur
2) Tidak dilantik,rasa tidak tenang
3) Kalau dia seorang pemimpin,arahannya selalu kasar
4) Kalau dia pengikut,payah mahu taat 'Emosional' dan mudah tersinggung
5) Suka berkawan dengan orang bawahan supaya dirinya nampak
6) Lebih tertonjol daripada orang lain
7) Mudah marah,cepat melenting
8) Payah menerima pandangan orang lain
9) Dalam majlis,idak senang bila orang lain memberi pandangan
10) Dalam majlis,mudah memotong cakap orang lain
11) Suka memperkenalkan diri sendiri daripada memperkenalkan pemimpin & jemaah
12) Suka pandangannya sahaja diterima
13) Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada anggota jemaah agar  terserlah kesempurnaan dirinya
14)Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain
15)Bercakap selalu dengan suara tinggi dan tidak boleh dicabar pasti tercabar
16)Ada sesetengahnya bersikap 'HIPOKRIT' ,hanya tahu bermadah tetapi diri sendiri melakukan perkara yang sama....

Yang mana satukah di antara 15 tanda ego ini yang terkena pada kita...Cuba-cubalah selidik.....Kalau tak paham tanya la ye,mungkin selepas ini,ana akan menulis sesuatu berkaitan persahabatan ngan 'hipokrit' .Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana  menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

Friday, 26 March 2010

Ilmu Feqah......Solat Dalam Kapal Terbang


Salam ukhwah,baru balik UK,penatnye.....2 hari perjalananya,duduk dalam kapal je,nasib baik ade TV(touch screen tu),tiba-tiba, masuk waktu zohor,nak solat,alang-alang jamak taqdim la jawabnya,tapi satu je masalah,macam mana nak solat dalam kapal terbang,lagi satu,ana tak tau kiblat nye,jadi nak hadap mana............T_T sdyhnye,huhuhu,apalah nasib......

Nasib baik ayah ana ade,kalau tak de,berdosa ana,kui3,setelah diajar oleh sifu(ayah ana),dapatlah ana solat dengan senang,macam-macam stail ade solat ni,tapi ana tuliskan yang mudah sedikit bagi yang tak tahu ye,ana tulisakan pasal nak tahu kiblatnye dulu ye,macam ni.....

Di dalam kenderaan sekiranya dalam keadaan darurat sehingga tidak dapat berdiri atau tiada disediakan tempat khas untuk solat maka berkiblat setakat mana yang boleh.Bagi penumpang kenderaan lain misalnya keretapi atau kapal laut maka hendaklah menghadap kiblat semasa takbirratulihram, kemudian bolehlah menghadap ke arah lain mengikut peralihan kenderaan.Faham tak???nak tahu lagi,jap ye ana kasi satu dialog contoh=


Macam mana nak solat kalau kita berada dalam kapal terbang nanti ek?”


“Ala..buat jamak dan qasar je la”Jawab.


“Waktu lain boleh la,tapi kalau waktu subuh macam mana?”


Dialog ini selalu kita dengar,namun tidak ramai yang mengambil berat
akan hal ini.Kebiasaannya jawapan yang muncul ialah “Kita Qada’ je solat
tu”.Jawapan itu kadangkala bukan hanya muncul dari orang biasa,tetapi ia juga
keluar dari mereka yang di anggap alim oleh masyarakat awam.Sepatutnya hal ini
tidak boleh terjadi dewasa ini.Membicarakan hal ehwal agama bukanlah semudah
membiacarakannya di warung-warung kopi. Tetapi ia memerlukan
ilmu,penelitian,pertimbangan dan keperhatinan.

Tegok ape cer??? Kite jangan ambik mudah dalam soal agama, bagi yang tak tau nak solat, ni ana kasi sedikit maklumat dari Blog Yussamir Yussof......Kemapuan melaksanakan solat mengikut kemampuan,hal ini sering terjadi kepada mereka yang berada di dalam pesawat.Dengan keadaan pesawat yang sempit(Kecualilah kapal terbang yang bersaiz besar seperti Airbus A380),anak-anak kapal yang sibuk menjalankan tugas dan pelbagai lagi tidak memungkinkan seseorang itu untuk mendapat ruang untuk solat.Apa yang boleh dilakukan adalah hanya duduk dikerusi.

Dr Ahmad As-Syarbaasi iaitu Tokoh Feqh dari Universiti Al-Azhar menegaskan bahawa seseorang itu wajib berusaha untuk solat sesempurna yang mungkin(iaitu,berdiri,ruku’ dan sujud dilakukan secara sempurna). Malahan kata beliau,jika pesawat itu bergerak ke arah lain maka orang yang bersolat itu juga perlu menukar arah kiblatnya. Namun jika tidak diketahui kearah mana pesawat bergerak maka dibolehkan untuk tetap pada arah asal.

Antum/antunna faham?ana pun kurang 20% tak faham apa yang ditulis oleh Shiekh Yussamir Yusof ni,bahasa 'compact' katakan, oklah,tu je kut ana nak tulis,kalau tak paham tanye la ye,Jika terdapat pemahaman yang silap, maka tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, ana  menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku....(ayat tak tahan),ok,

Wallahu A'lam

Thursday, 18 March 2010

Dakwah di Bumi Europa,UK(England)


امر معروف،نهي منكر
(kepada mereka yang tak sabar menerima souvenier,bacalah blog ana ye)

Huh,akhirnya dapat jua ana menulis blog,bukan selalu nk tulis blog ni(busy katakan,ha3). Nak cari maklumat lagi untuk majalah Al-Mukarrmah(edisi UK kata KU) atas permintaan guru penasihat, Ustazah Siti Sarah dan yang penting sekali Ustazah Mahani>_<.... Insyallah ana akan ceritakan sedikit tentang perkembangan dakwah di bumi Europa,Birmingham di UK.

Di Birmingham, dari dulu sampai sekarang,penganut agama Islam sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, tapi satu je masalahnya, orang membenci agama Islam juga semakin menigkat oleh orang yang hatinya tidak diberikan hidayah(bukan Hidayah Said ye),moga-moga mereka diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam dengan mudah, hu3, sedihnya tengok kat TV ada Perarakan Anti-Islam la, takot tengok diaorang buat macam tu, nasib baik boleh dikawal, kalau tidak,nahas jawabnya, hu3.

Berbalik kepada peningkatan penganut Islam, antum/antunna nak tahu ke macam mana masyarakat Islam sentiasa meningkat? Betul nak tahu? ....................Macam ni, masyarakat Islam ni digerakkan oleh satu organisasi yang dinamakan 'Birmingham Islam Society' yang berpusat di Muath Centre,Birmingham.Muath Centre ni merupakan pusat komuniti (boleh kata macam Balai Interaksi,kui3) di mana seluruh umat Islam mengadakan jamuan ke,konsert Islam ke tapi yang best time Sambutan Hari Raya, huh,ramainya tak terkata. Sebab tu, orang bukan Islam tertarik dengan Bi'ah Solihah yang diamalkan oleh orang Islam.

Lagi satu, sebab kenapa kt Allah menjadikan Bumi England ni sejuk,supaya masyarakat UK menutup aurat dan tidak memakai baju yang menampakkan susuk tubuh badan,yang menampakkan aurat tu ada lah, tapi sangat sedikit berbanding mereka yang memakai baju yang tebal-tebal, hu3, tapi yang kurangnya,iklan arak di mana-mana(kata negara bukan Islam, nak buat macam mana)

Oklah, sampai sini jelah blog ana, kalau ade pape,insyallah ana akan tuliskan di blog ana, lagi satu,batch ana selalu mintak souvenier,wahai kawan-kawanku, sesungguhnya kesabaran itu menjana keperibadian muslim & mukmin, hu3,jadi sabarlah la ye, hu3

Wallahu A'lam

Monday, 8 March 2010

Kursus Induksi Nuqaba dan Badar 2010 SMKAKS


5-7 Mac 2010

Huh,penatnya kursus nuqaba ni,fasilatornye dari DQ(Darul Quran),semuanya hafiz ngan hafizah.Ingatkan tak best,rupenye,....... MANTOP.Ana sebagai unit fotografi kenalah ambik gambar sana sini,penatnya,pehhh.Kursusnye 3 hari,startnye pukul 5 petang.Sebelum tu,ada Sambutan Maulidur Rasul.Ana kenelah berjalan jauh semata-mata untuk memenuhkan hajat USTAZAH MAHANI iaitu mengambil gambar,kenelah bertawaf 1 sekolah.Sambung cerita kursus,ceramah sana,ceramah sini,tapi yang bestnya,ceramah ni penuh dengan isi dan ilmu yang bermanfaat kepada semua ahli BADAR dan Badan Pengawas.

Waktu malam,ceramah mula-mula tajuknya 'Akhlak Islamiyah',memang best la,tak boleh kata ape,mengantuk tu ade la gak,tapi tak boleh lawan semangat yang membara kat diri ana ni.Semangat jeee!!!.Esoknya,ade Qiamulail,bangun pukul 4.30,bagi ana 4.30 petang,ehhhh,silap,4.30 pagi tu dah jadi lumrah bagi pemimpin sebabnya mase ni la amal ibadat kita mudah diterima oleh Allah SWT.

Kemudian,ada riadah sikit.Masa tu hujan,semua warga sekolah ade aktiviti gotong-royong perdana kecuali kitorang.Tengah syok buat aktiviti kat padang,tiba-tiba menjelmalah sebuah kereta Saga berwarna putih kat depan padang.Ingatkan Cikgu Salleh,rupanye SIR MOSTAM,sedih betul masa tu,kitorang bersama fasi pun dihalau dari padang.Rupa-rupanya sir Mostam tak tahu kiorang ade kursus,huhuhu,sedhnya.Lepas tu ade ceramah.........Antara tajuk-tajuk ceramah yang ana ingat je,'Nuqaba Cemerlang,Usrah Gemilang',pastu...........tak ingat dah.Kemudian modul sikit,bestnye.Kalau boleh nak ada lagi,tapi tahun depan la jawabnya,huhuhu.

Tapi klimaksnya time perpisahan,boleh kata semua muslimah menangis kerana sedih rasanya,apa pun,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,harap semua peserta akan menjadi pemimpin yang berwibawa di masa hadapan,Insyallah.

Wallahu a'lam

Tuesday, 16 February 2010

Muslimah Sejati-Are Buddy( tiada kaitan dngn kepimpinan ye)

Ternampak la lagu ni kt youtube,bile aq dngr jew,teteibe teringat kt KU,jngn pikir benda laen lak ye,personaliti die boleh kata sama ngan lirik ni...~huhuhu


Muslimah sejati bagaikan bunga
Harum di taman mekar di jambangan
Wangi ditangan, wangi ditangan..

Muslimah sejati seorang serikandi
Bagaikan Fatimah Az-Zahra'
Yang mejadi lambang cinta suaminya
Mejadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran...

Muslimah sejati bagaikan mariam
Yang suci dari segala sentuhan
Yang bersih dari kesilapan
Lantasku hirup kesegaran iman
Yang di dambakan setiap insan..

Muslimah sejati..
Seorang teman..
Seorang isteri..
Seorang serikandi..
Setianya pada suami..
Dan jua pada Ilahi..

Monday, 15 February 2010

Kepimpinan: Antara Kuasa dan Pengaruh(bab 4)

CHIN PENG , TUN MAHATHIR, SITI NURHALIZA, ASHAARI MUHAMMAD, HIDEO NOMO, MAWI, HASAN AL-BANNA, TIGER WOODS, BILL GATES, SAID HAWWA, SIMON COWELL, ABU HAMID AL-GHAZZALI, IBN TAIMIYAH, STEPHEN COVEY, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ, CALVIN COOLIDGE

Jika saya tanya, apakah yang menjadi asas saya mengumpulkan nama-nama di atas di dalam satu himpunan, tentu ada yang berubah wajah. Mungkin ada yang merah padam wajahnya apabila nama seorang alim, saya kumpulkan sekali dengan nama seorang artis.

Mungkin ada di antara mereka ini yang anda tidak pernah mendengar namanya. Ada juga yang diketahui semua. Tetapi kembali kepada soalan saya tadi, apakah yang anda nampak di sebalik semua nama ini?

Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH.

Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan pengaruh.

Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam konteks kehidupan yang luas ini.

kesimpulanye:ntah,pndai2 arr faham,tp ini pasal kepimpinan,ana pun x phm lagi psl konteks ni,huhuhu

Wallahu a'lam

Sunday, 14 February 2010

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah(bab 3)



Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang lebih sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang naqib itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang insan mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si insan tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?

kesimpulanye=dakwah dan tarbiah mrpkn aspek penting dlm mnybarkan agama Islam,xde aspek ini,tiada Islam la jwbnye.oleh itu,bnykanlah berdakwah & bertarbiah kpd orng ramai supaya kmbali kpd Al-Quran & As-Sunnah,serta Allah s.w.t.

Wallaahua’lam.

Blogger templates

Powered By Blogger