Wednesday, 12 September 2012

Baitullah~destinasi impian setiap hamba-Nya

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤ 
Assalamualaikum w.b.t.

 Setelah sekian lama gile rasanya ana tak update blog ni,memaaaang lama,bersawang!!


Hari ni ana nak kongsi pula pengalaman yang ana tak tersangka akan pergi juga ke luar negara yang selama ni cek teringin nak ke luar negara dari Malaysia, tak kesah lah negara mana sekali pun dan alhamdulillah, dengan kurniaan Allah, rezeki yang Allah berikan ana berada di tanah haram selama 2 minggu baru-baru ni. (baru??haha,dah lame la). ana nak bebel pun dah tak reti nak susun ayat macam mana untuk share pengalaman ni, pasal kat sana macam-macam yang kita tak pernah nampak, situlah tempatnya, yang kita tak sangka ada benda tu akan jadi tapi tak pernah nampak, situlah tempatnya.

 alhamdulillah,11 Hari ana ada kat Mekah dan 4 hari dekat Madinah, banyak kenangan-kenangan yang tak mungkin ana akan lupa sampai ke mati sekali pun. Bukannya mudah nak ke tanah haram, tanah suci bagi segala tanah kat bumi ni. Jadi ana tak berapa tahu macam mana nak share ceritanya, pasal banyak sangat terlintas dalam pandangan mata kasar ni. So ana cerita ikut gambar yang ana sediakan lah dari awal perjalanan sampai la akhir insyaAllah.



 Umrah ni bermaksud mengunjungi baitullah al-haram dalam keadaan beribadat dengan mengerjakan tawaf, sai'e dan bergunting. Umrah ni ada rukun-rukun dan wajib dia pulak. Antara rukun dia :

Rukun Umrah: 
Berniat Ihram Umrah.
Tawaf Kaabah 7 kali keliling.
Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 ka­li.
Bergunting (Tahallul).
Tertib.

Wajib umrah pulak terdiri daripada Wajib Umrah: 
Niat Ihram di Miqat.
Meninggalkan Larangan Ihram.

 So, mula-mulanya pun ana tak lah berapa tahu sangat macam mana nak buat umrah, salah ke buat macam ni, salah ke buat macam tu. *walaupun dah lupe sebenarnya Tapi tak perlu risau sangat, kalau kita dah join under pakej mana-mana agent, dorang akan sediakan mutawwif atau lebih dikenali sebagai ustaz untuk membimbing kita. So alhamdulilah, ustaz yang bimbing group ana mengerjakan umrah ni sangatlah sporting habis, tak boring menjawab soalan yang kitorang tujukan.

 So, berniat ihram umrah ni start bila kita dah sampai satu tempat tu di panggil miqat dan bila kita dah berniat ihram tu, kita disunatkan pulak bertalbiah sepanjang masa sehingga sebelum kita lakukan tawaf.


 Apa tu talbiah?

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك 

 Bacaan yang biasa kita dengar dalam tv bila tiba waktu haji tu. Kadang rasa sedih jugak bila dengar. Apatah lagi kita sendiri yang sedang dalam niat ihram tengah melafazkan bacaan tu.

 Sampai ke masjidil haram, kita perlu lakukan rukun umrah yang pertama iaitu tawaf tujuh pusingan. Badan kita ni bahu mesti mengirikan kaabah. So kadang2 ada jugak persoalan ana macam mana kalau orang langgar kita, macam mana kalau family tertinggal ke belakang, macam mana pulak kalau terlupa sekarang pusingan ke berapa? Setiap pengalaman, yang akan mengajar kita. Jangan risau.

 Nabel start berniat ihram dalam kapal terbang bila kapten kapal terbang tu bagi pengumuman yang dah lalui kawasan miqat, jadi boleh pasang niat. Okay lupa nak bagitau, selalunya orang pergi umrah ni, akan ke madinah dulu destinasi pertama, dan kemudian baru ke mekah. Tak kesah mana-mana dulu pun, umrah juga nama dia.

 So bila dah sampai kawasan niat tu, pasang lah niat umrah, kalau tak tau mai cek kongsi

 "sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala"

 Suggestion ana la bila kita nak pohon doa ke nak berniat ke, lebih baik kita berniat dalam bahasa melayu which is kita lebih faham apa yang kita niatkan kalau nak bandingkan kita berniat dalam bahasa arab, apa benda makna kita tak faham. Sama lah dengan doa, ana baca doa dalam bahasa arab, tak faham maksud, so tak rasa macam feel doa tu. bila kita berdoa dalam bahasa kita biasa, bahasa melayu, air mata ni banjir macam tsunami. hehe sebab feeling tu, *part banjir tu tipu sunat :)


 Time tu memang terasa macam, apa dosa ku Ya Allah, ampun kan aku ya Allah. sumpah tak tipu. Meleleh air mata jugaklah bila kena adengan macam tu. Start dari tu, mulalah nak buat ibadah gegila bila sampai sana, memang pasang hajat terus. Pasal waktu kat rumah, tak tau apa nak buat. hehe

 So first time bila sampai kat masjidil haram tu, rasa macam sebak pun ada, tak terfikir mampu pergi ke sana, jadi tetamu Allah. Alhamdulillah. Allah izinkan jadi tetamu Dia. sebak beb...yelah,kita tempat2 overseas laen boleh pergi,ni umrah takleh pergi*kene perli dengan ustaz ghazali Omar aritu :p

Kadang ada juga dengar kisah orang-orang lain tentang yang pernah buat dosa dosa kat dunia bila sampai kat tanah haram ni, macam-macam akan berlaku kat dia. So ana pun rasa macam takut juga, mana tau ada benda yang kita tak perasaan, buat benda tak elok datang sana, kena la segala balasan. Alhamdulillah, tak ada sangat lah. Tapi rasanya macam ada. haha


 Okay back to umrah, masuk je pintu masjidil haram, terus kita buat tawaf. Tujuh pusingan dengan YAKIN. Waktu tu memang orang penuh tak tersangka you.

 Sebelum tawaf tu, memang sunat la kita berniat dulu. Kedudukan kita nak berniat betul-betul berada dekat lampu hijau. Lampu hijau tu ada kat bahagian kanan kita, akan nampak punya, orang yang bermata 2 pun boleh, apa lagi yang 4 ye dak? So kita berdiri kat situ, terus berniat dan kemudian lambaikan tangan kanan ke arah hajarul aswad

 Niat tawaf
 " YA ALLAH YA TUHANKU, AKU HENDAK TAWAF DI BAITULLAHIL HARAM SEBAGAI TAWAF UMRAH KERANA ALLAH TA'ALA"


 bacaan bila melambaikan tangan ke arah hajarul aswad pula *buat la setiap kali sampai ke penjuru lampu hijau tu. 7 kali pusing, so 7 kali lambai
"BISMILLAHI ALLAHU AKBAR WALILLAH HIL HAMD"

 Waktu tawaf tu kita sunat lah berzikir munajat baca doa apa-apa ke. kalau duk diam pusing keliling kaabah tu pun boleh. Tawaf tak ada bacaan khusus, cuma ibadah fizikal.

 Bila dah tawaf tu, terus la ana pun ke belakang makam Ibrahim kata orang tempat mustajab untuk berdoa, sambil solat sunat tawaf, panjatkan lah doa, mohon la apa-apa. Kot ada kawan-kawan kirimkan doa-doa dorang, bacakan lah sekali. InsyaAllah, sampai punya doa tu.

 Dah lepas solat tu, terus tubik ke ruang saie pulak, ana ingat time tu, saie ni jauh jauh, meaning tempat kita dari safa ke marwah jauh, dari marwah ke safa pun jauh. Padahal tepi tepi je jalan dia. Jarak antara safa ke marwah tu, kira boleh tahan la. Tak lah jauh mana, kira macam 350 meter cam tu je. Kali la ngan 7 kali pusing, hehehe. Pusing tu pun jangan silap faham, dia kira macam ni,

 safa - marwah = 1 kali
marwah - safa = 1 kali.

 so kalau buat 1 pusingan lengkap, kira 2 dah la ? faham kan? faham faham kan je la. hehe

 Sebelum buat saie tu, memang wajib la kita berniat saie dulu

 " YA ALLAH YA TUHANKU , AKU HENDAK SAI'E ANTARA SAFA DAN MARWAH TUJUH KALI SEBAGAI SAIE UMRAH KERANA ALLAH TA'ALA"

 So waktu buat saie tu pun, sama juga macam tawaf, tak ada bacaan khusus macam dalam solat. kita sunat untuk baca doa-doa, aku zikir munajat. Kalau yang ada join ikut agensi masing-masing insyaAllah ada lah disediakan buku.

 Kalau ana kirakan masa ibadat mana lebih cepat selesai, nabel rasa tawaf lagi cepat selesai kalau berbanding dengan sai'e, tapi apa pun, nak buat apa berkejar masa kat sana? bukannya ada kerja nak kena kejar punch card apa semua. haha So kita buat ibadah rilek-rilek je kat sana.


 Habis sai'e kita bertahalul lah pulak @ bercukur. Helaian rambut tu mesti la lebih dari 3 helai rambut kalau tak silap. ana first-first gunting tu, tak buat botak lagi, pasal niat ingat nak buat lagi umrah. Umrah ni boleh di buat berulang kali. ana pun tak terlintas ingat boleh buat berulang kali. Dalam fikiran bila dah habis buat tu, that's it lah. The end of ibadat umrah. Siapa kata ! haha , boleh je ulang-ulang umrah tu. *sebenarnya nak bela rambut macam akhil Hayy :D

then,ana terus pergi madinah,lagi macam-macam,dan yang tak sangka boleh jumpa kawan kusiss kat madinah nih,especiallly akmal,huhu,terharu  sebab meme lama tak jumpa :')

*tu la,jumpa kat malaysia taknak pulak :p

Wallahu A'lam

Friday, 20 April 2012

Novel?? erm,layan jugaklah,tapi...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum...

Huih,lama tak menaip nih,ilham...oh,ilham..datang la kepadaku,sungguh aku merana tanpamu,isk3,

Erm,dalam mengejar cita-cita dan impian,sebenranya ramai lagi tak tahu baca al-Quran + khatam al-Quran,bile ditanya maksud al-Quran tu,fuhh,masing2 tau jawab, Kitab Allah yang diturunkan kepada baginda etc....maklum la,belajar PAI kat sekolah en?Masya Allah..Pandai jawab tapi masalahnya en berapa ramai yang pandai membaca Al Quran?itu ana tak nak jawab...

wah,warna warni memikat hati~tapi beli tak bace,sori,anda silap besar sebnarnye,
yang tersirat itu sepatutnya dibaca dulu kemudian dizahirkan ..^^

Al Quran vs Novel & Buku Buku Am...

Pastinya pembaca novel dan buku am lebih ramai berbanding membaca kitab suci Al Quran,betul tak??Nut what I now see is,sekarang ni,tak ramai yang pandai membaca Al Quran~Baca Al Quran tergagap gagap,tajwidnya entah ke mana~Masya Allah..Akhir Zaman! Sedangkan ramai yang tahu,Al Quran antara penyelamat kita di alam kubur kelak, tak jadi masalah andai antum rajin baca novel dan buku,tapi kena rajin jugaklah membaca Al Quran.Biar seimbang...tawazun~

Kadang2,ana terfikir sejenak.Ramai kerja tinggi,belajar tinggi,gaji tinggi,cakap mat saleh pekat benor,cakap cina,india dan korea or bahasa lain2 lancar terus,pakai kereta besar,rumah besar.But apabila di minta mengaji Al Quran ramai yang mengelak.Kenapa perkara ni berlaku?Benar apa yang di katakan di dalam hadis.Dunia semakin hampir dengan kiamat! Nauzubillah,untuk peringtan diri ana juga...

Dalam al-Quran ada pelbagai cerita, sedih ada, insaf ada, gembira pun ada, seram pun ada. Kita baca novel kadang2 sebab terpengaruh dengan populariti si penulis novel. Cerita bukannya best sangat pun padahal pon watak2 dalam novel tu pula tidak ada kaitan pun dengan kita.

amacam??banyak tak?? :)

Bererti, kita sedang baca kisah orang lain. Bukan kisah kita. Hanya persis kisah kita jika kebetulannya sama dengan apa yg pernah kita lalui. Sedangkan Allah adalah Penulis Yang Maha Terbaik dan Maha Popular.sohih?? KaryaNya al-Quran. Watak2 dalam al-Quran tu kesemuanya ada kaitan dengan kita. Maksudnya, kita juga adalah watak2 utama dalam al-Quran. So, boleh fikir, mana lagi best... kih3

Kita jadi watak utama dalam 'novel' karya Allah sendiri atau kita sekadar pembaca novel yang tidak ada pun watak kita di dalamnya. Al-Quran tu kisah tentang diri kita sendiri.

Cerita tentang diri sendiri yang mencari jalan keluar dari kegelapan kepada cahaya. Lagi menarik dari novel biasa di pasaran,haha,kadang kite suke lebihkan novel,kadang2 ada jugak yang menangis bile bace novel nih,aduh,tu tak tahan tu,kawal diri tau..InsyaAllah,moga2 antum dalam dakapanNya..^^

p/s= saya peminta novel Hilal Asyraf,A Ubaidillah Alias,Hlovate,Hizburrahaman el-Sharazy,Fatimah Syarha, and semua novelist tu(andai Ustaz Azhar Idrus buat novel saye beli,hehe)..InsyaAllah,saya cuba kawal diri saya,ameen~

Wallahu A'lam..

Friday, 6 April 2012

Hadiah paling bermakna...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Okeyh, awek I nak kasi..

..baju melayu sepasang siap sampin lagi...
..sebotol minyak wangi Ralph Lauren *woot woott,kaye benor aweks nih...
..topup 5 hengget...

Ok fine. Tau tak, tengah baca surat cinta Kekasih Pertama, saya dapat offer lagi best. Memang infinity la excitement time tu.

Eh jangan risau,jangan jealous. Sebenarnya offer tu untuk kita semua :)

 'Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang orang yang bertaqwa,' [3: 133]


Luaaaaaasss.

Langit + Bumi. Weh tell me, mana nak dapat lagi? Siapa lagi yang mampu bagi. Setakat topup minyak wangi, baju melayu tu, alahai macam kuman je kot. Kan?

Tapi untuk dapat reward besar macam tu, effort pun kena la the best that we can kan?

Allah dah listkan dah, hah siapa yang nak, buat macam ni macam ni macam ni. Kira macam nak exam, lecturer bagi soalan ramalan, masuk chapter ni chapter ni chapter ni.

Agak agak kita terlebih rajin tak nak study chapter lain dan tak pedulikan chapter ramalan yang lecturer bagi tu?

Tapi ni Allah yang janji weh. Subhanallah.

 ~infak waktu lapang atau sempit
 ~tahan marah
~maafkan kesalahan orang lain

Senang tak?
Tacing gak la bila baca baca ayat ni. Sebab masa tu saya tengah diuji untuk 'tahan marah, maafkan orang lain'.

Ya Allah. Bukan senang. Tapi bila kita dapat buat apa yang Allah suruh tu, Subhanallah, tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Indah.

Imagine la kalau korang dapat trip percuma ke Europe untuk sebulan. Waaa~ melompat-lompat la korang en??

Tapi ni bukan setakat Europe, nah amik langit dan bumi. Bukan hanya untuk beberapa bulan atau tahun tapi selama-lamanya.

 Dalam ukhwah, yang sana tersentuh, yang sini terasa.

 'Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah,' [74:7]

 Sebelum terasa, kita perlu menjaga :)

 INNALLAHA MA'ANA

*pehh,kene ade Ilham,baru boleh taip la belog nih~huhu..oke,ana takde aweks2 nih ye,rekaan Syabab semata2..^^

Wallahu A'lam..

Thursday, 29 March 2012

Aku tunduk syukur pada yang Satu :)

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum~
Pehh,berhabuk kot blog ni,dengan komen dari unkown+unwisely guys kat chatbox,john la,lisa la,tak kenal pon,eish3,tak patut*baru sekarang nak tulis kat belog mir??alhamdulillah,result ana taklah sebagus pelajar di MRSM Tun Ghafar Baba tu,straight A plus kaw2 punya,tapi alhamdulillah,ana dikurniakan kudrat untuk mengambil result,akhirnya,berjaya ku ungkapkan kalimah ini...

sesibuk mana pon kite dengan persatuan~academic is still No 1..

Entah kapan sampai bila dari dulu lagi,orang asyik condem je yang ana tak boleh,so,i've proven it,alhamdulillah,syukran laka kepada ibu bapaku,sohabati,guru-guru,lajnah,dan mereka yang medoakan kejayaan insan ini,nanti ana balas balik ye,ok?yang kurang berjaya~SPM bukan semestinya penentu masa depan,cuma sekadar nak mendapatakan kos pilihan di U nanti,SPM kureng,tak semsetinya hidup kite pon kureng,never give up,rememeber that,janji,kita dah usaha!! Honestly,subjek bahasa ana kantoi~nak apply biasiswa memang susah sikit,tapi,kalo belajar kat tempatan apa salahnya??nanti bile buat master,baru gi overseas nanti,honeymoon sekali kat Jordan..^^
Lagi satu,lesen saya lulus~alhamdulillah....

Wallahu A'lam..

Friday, 9 March 2012

Mesir~Bumi Anbiya' yang 'mendidik'-ku...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Perkongsian eksklusif bagi sesiapa yang baca ni! Terlalu banyak yang ingin dikongsi dan ingin diceritakan..
*masjid al-azhar,jerebu la

Malaysia..Mesir.. dua tanah yang luas yang tak banyak beza..namun berbeda! Haha..faham? Sangkaan ana sebelum tiba di bumi ini (mesir)..banyak yang tepat.. hampir 80% lah! Menyedari bahawa mesir adalah bumi anbiya dan firaun menjadikan langkahku di sana berhati-hati dan menjadikan dua belah kakiku ini ‘memerhati’..*jadi dak baru dan pendiam di sana,jahil la katakan..^^

tinggal kat sini,duduk ngan dak2 selangor..

So,for me~kisah di bumi mesti dikongsikan.. adalah realiti masyarakat dan biah di tanah arab ini.. cerita ini (insyaAllah) bermanfaat bagi sesiapa yang membaca..tulus dari hati yang mudah dibolak balikkan ini dan iman yang rapuh ini..*ya muqallibal qulub.sabit kulu bana ala deenik wala thoa'tik,hurmm..wallahualam..


Masyarakat Arab dan masyarakat melayu berbeza! Dari budaya..tingkah laku..adab..bahasa & etc menjadikan suasana itu berbeza dari bumi Malaysia yang majoritinya masyarakat melayu-islam.. majoriti mereka juga Muslim..sengaja Allah tentukan begitu…

sedap dan murah,mai mesir..^^
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(Al Hujuraat ayat 13)

 shai bi la nanak=teh tanpa pudina..^^

Namun, nak rasa kesan kat bumi mesir itu hanyalah dapat diketahui dengan ‘mencelah-celah’ dalam masyarakat Arab,kalau tak,yang zahirnya..tidak menggambarkan bahawa masyarakat Islam yang mendiami bumi itu.. persepsi yang buruk bagi pelancong2 yang bukan Islam.. keadaan jalan yang kotor..individu2 arab yang panas baran..gopoh gapah dalam urusan..dan sebagainya..belum cerita trafik lagi,tak sanggup bawa kereta kat sana,asyik main hon-hon je..

aritu try amek gambar kat dalam U,pastu kena marah ngan pengawal,huhu
ni pon curik2 amik gambar,itupon kat luar :(

Bangsa Arab sangat berbeza namun kebanyakan mereka sangat menghormati masyarakat Malaysia sehinggakan digelar ‘AHSAN NAS’ (manusia terbaik)..subhanallah..penghormatan yang tinggi namun adakah kita layak dengan gelaran itu? fikir-fikirkan..

Bila nak balik nih?huhu~result ma..
Wallahu A'lam...

Monday, 5 March 2012

the pillar of ad-Deen is prayer..^^

✿• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ✿•

Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat tau...
Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat tau...
Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat tau...
Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat tau...
Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin yang baru budak pun solat tau...

*masjid Husin,ade riwayat kata Muawiyah Bin Abu Sufiyan memenggal cucu nabi kat sini..
Wallahu Alam,ana pon tak tau..

Hurm,tak ada sejadah,??
"sujudlah kat mana-mana hamparan suci, yang penting bebas najis.
baju yang zahir kotor tetap suci asalkan tidak bernajis..."
Eh,ukhti tak ada telekung??
"asalkan bertudung labuh ke bawah dada dan berpakaian tidak nampak bentuk tubuh, 
sesuai dan menepati syarat sah solat, tidak menjadi masalah...."
Tak ada bilik solat?boss tak sediakan?
"hamparkanlah sesuatu agar manjadi alas, dan pastu solatlah.."

*gambar ni saya amek time jalan2 kat al-Azhar,huhu,terkesan beb :(
Tak ada masalah riak, atau menunjuk-nunjuk dalam solat nih sebenarnya..
Janji betulkan Qulub dan Nawaitu. INGAT, tak besar manapun jika dikutuk ... 
biar orang kata kita riak dan menunjuk-nunjuk... 
asalkan kita lepas dari tanggungjawab kepada ALLAH SWT.
Perkara wajib tak tunggu keihlasan,itu peringatan ana...^^
Apa guna kalau muka hensem atau cantik tapi tak solat ??

Wallahu A'lam..

Friday, 24 February 2012

Saya resign dari kerja,so sad...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•

Assalamualaikum..
"Erm,mak cik,saya minta maaf banyak2 tau,sebab tak bagitau makcik awal yang saya nak resign jadi chef sandaran mak cik,ade sebab nape saya resign,mula2 saya agak kebertan nak resign jadi chef ni,tapi apa kan daya,huhu,macam2 saya belajar tau,dari masakan kampung hingga western,syukran makcik,anyway,mak cik terbaek la."~❤❤


Actually,ana nak gi bumi Anbiya' la,Mesir ma,sambung further studies for a while,ilmu perlu dituntut walau ke negeri China,lagipun ana nak berhijrah la,macam mana ana nak dapat cinta manusia selagi ana tak cintakan Allah,
ape2 pon.,nanti jumpe hamza namira,Nil river,piramids,sphnyx,haha.but there's something~blog ni pon tak tau la camne nanti,rasanya boleh bersawang blog ni kot,FB pon tak tentu lagi boleh pakai,deactivate atau delete kot,kalo mobile phone,lagi la..cekik darah operator die,mahal betul la..huhu,asifah jiddan ye sohabati sekalian,doakan ana ye,
5 tahun kat sana,ok tak??haha,gurau je..^^

Wallahu A'lam

Monday, 20 February 2012

The secret of sucess..

Assalamualaikum..
Umumnya,bila ada pelajar cemerlang diminta beri rahsia kejayaan,mereka mesti jawab..
"Hoho,rahsia saya ialah sentiasa fokus time cikgu mengajar,sebab tika itu la cikgu ajar macam2"

ade juga yang menjawab...

"Erm,saya suka lakukan solat hajat lepas maghrib,selalu bertawakal kepada-Nya,mengaji,itu rahsia belajar saya,tak lebih,tak kurang"

Apa-apa pon,yang penting masing-masing ada cara tersendiri nak berjaya dalam hidup,kalau Nik Nur Madhihah selalu puasa sunat Isnin Khamis,Azali Azlan selalu beratnya pada guru and etc..tapi ana prefer rahsia kejayaan Ustaz Nik Aziz Nik Mat,haha..yakni selalu hafal Quran..mungkin ramai anggap benda ni cam mustahil,tapi cayalah,kalau antum suka hafal Quran,makin tinggi kecekapan penghafalan anda..

Pernah sekali,ana nak mengafal buku PQS*faveret subjek kot,but before that,ana ber'uthlah' kat musolla hari ahad,lepas subuh sampai supper malam,ana tak keluar musolla pon*saya escape gotong royong time tu,senyap2 je ye,keluar bile nak makan ngan membersihkan diri je*naseb baek orang tak perasan,hua3~tujuannya sebab saya nak hafal Quran,surah al-Haj...lepas tu,pehh,memang nikmat la ana cakap,baca ape-ape pon,masok je,yang penting nawaitu kerana Allah,InsyaAllah =D,Tapi satu je masalah nak menghafal ni,bile dah hafal,macam pantang kena jaga,hurm,tak tau la ana leh ikot ke tak,tapi..I'll try my best..*try tengok link ni,Tips-Tips Otak Tajam


اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه

"Kamu bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya apabila tiba hari kiamat ia akan memberi syafaat kepada sahabatnya"

Bila cer pasal hafazan ni,mesti terdetik kat hati antum pasal Darul Quran?sohih?lagi2 ana yang lepasan SPM ni,pernah mereka bertanya padaku,enta masok DQ ka??ana dalam hati,"mau gelak satu dunia kalau aku masok,hik3",erm,ana dalam dilema sebenarnya ni,bukan ape,takut bile kita dah dapat,pastu tolak,kesian kat mereka yang betul2 nak,tapi tak dapat,huhu,ala,masuk mana2 pon boleh,janji tatatertib kena jaga ma,Anyway,bagi mereka yang nak menambahkan hafalan,elok benarlah niat tu diteruskan..teruskan!!
Bagi mereka yang tak berkesempatan,jangan khuatir,mungkin zaujah kita nanti seorang yang menghafal al-Quran, atau zauj kita, atau anak-anak kita, atau cucu-cucu kita kelak.who knows?? Cuma, kita jangan putus asa berdoa kepada Allah swt agar diberi kesempatan. Insyaallah, kita akan merasai keberkatannya di dalam kehidupan kita semua jika al-Quran menjadi satu cara hidup..sebabnya,itu semua janji Allah,believe me,
tips saya kalo nak lancarkan hafalan,jadi Imam Subuh ngan Maghrib kat musolla tau,pastu baca la...*sanggup ka??InsyaAllah boleh~


Wallahu A'lam..^^

Thursday, 16 February 2012

♫ Nostalgic memory ♫

Assalamualaikum..
Erm,found this comment while blogwalking,huhu..

´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´`´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´`

hamba allah said...
"sebagai seorang ketua lajnah DAKWAH anta kena jaga tingkah laku orang pandang anta di luar dan di dalam sekolah ini nasihat ana. ana cuma mengharapkan sebelum anta kata la takrabuzzina,anta baiki diri anta dahulu. syukran" = OCTOBER 3, 2010 10:40 AM~siap ade tarikh ma..

i'm speechless right now~T_T
ku mungkin bukan dai'e sejuta umat
tapi ingat lah,dakwah is everyone's responsibility
it doens't care who you are,
even there's a munkar right in front your eyes
you've need to 'counter' it,otherwise..it'll be ummah's problem
ku tau ku bukan manusia sempurna,tapi tak bermaksod ku diam begitu sahaja..
ku beri peluang pada mu untuk meneguri ku,tapi ini balasannya?
ku mungkin tak mampu nak jauhi segala kemungkaran Rabb kerana diriku bukanlah ma'sum seperti Baginda
ku takkan marah bila seseorang meneneguriku,kerana teguran itulah yang membentuk diriku sekarang
yup,mungkin kadang-kadang diriku sibuk dengan bisikan dunia,tapi ingatkanlah diriku yang lupa ini
ku cuba menjadi dai'e yang terbaik untukkmu,walaupun perkara itu agak mustahil for certain people
betul la kata pujangga tu  "pujian itu lebih berbisa dari racun",i always remember that
anyway,syukran kerana tegor ana..i was hoping for that moment..^^

´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´`´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´`

Wallahu A'lam..

Tuesday, 14 February 2012

Bumi Anbiya' Syria..^^

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..
"Aku tidak tahu apa yang kalian cari,
tetapi di sini tiada jiwa untuk dijual beli,
sesungguhnya kami adalah bangsa yang berdiri dengan Ilahi,
boleh kau ambil kebebasan kami,
tetapi engkau tidak akan mampu membeli jiwa-jiwa ini.

Biarlah hujan kami berdarah hari-hari,
dan peluru menjadi makanan kami,
tetapi tiada Jiwa untuk dijual beli di sini,
yang ada hanya kami,
yang akan terus-terusan berjuang lagi.

Kamu boleh bunuh jika mahu,
tetapi tidak sekali kami akan jual jiwa ini,
Kami tetap akan terus 'hidup',
di sisi Tuhan kami,
dan perjuangan ini akan terus berjalan,
dalam diri pewaris-pewaris kami.

Hinggalah kalian ditumbangkan,
hinggalah kalian hancur,
di tangan perjuangan ini,
tidak akan sekali kami jual jiwa ini.
Tiada. Tiada.
Tiada jiwa untuk engkau beli,
kami tidak menjualnya di sini,
walau harganya adalah seluruh dunia ini.

Kerana jiwa-jiwa kami sudah berada di tangan Ilahi,
dan apakah yang lebih mulia daripadaNya,
apatah lagi jika dibanding tangan busuk para diktator.
Kami akan terus 'hidup',
jiwa kami akan terus segar,
kamu tidak boleh mengambil jiwa kami,
walau berterbangan nyawa,
kamu tidak boleh mengambil jiwa kami,
walau kamu hancurkan seluruh dunia"

Syrian Uprising Statistics:
Syrians killed: 8,314
Children killed: 537
Injured: +35,000
Missing: +65,000
Protestors killed under torture: 418
Protestors currently incarcerated: +212,000
Syrian refugees since March: +20,627
Refugees in Turkey: 10,227
Refugees in Lebanon: +6,400
Refugees in Jordan: +4,000..

Kalam Saidina Ali Karamallah Wajhah
 "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja 
sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

p/s=Dedikasi buat warga Syria, dan mereka yang berjuang seperti mereka di mana-mana...
        Ditujukan kepada Basyar Assad dan seluruh sekutunya, juga yang sekepala dengannya di negara-negara lain...
        Ana penah ditawarkan belajar kat ana lepas SPM,
        huih,naseb baek tak pergi ma,kalo tak~hurm..anyway,Jihad Fisabillah!!

Wallahu A'lam

Thursday, 9 February 2012

That's why Al-Amin is always healthy...

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..^^
Erm,arini tak keje la,takpe la,blogging ape2 pon jadi la,asyik masak je kat umah,jadi montel baru tau,hehe,so,kali ini ana nak kongsikan cara hidup Baginda, Bukan bermakna nabi terhindar daripada macam2 penyakit, but Baginda sebenarnya pernah sakit beberapa kali je...Baginda selalu berada dalam keadaan sihat walaupun terpaksa menghadapi onak duri tika berdakwah..satu je sakit yang Rasullah takleh hadapi yakni~MATI..huhu


Wallahu A'lam..

Pesta Buku~gedung Ilmuku*tapi kena bayar la..^^

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•


Assalamualaikum..
Wah,Isnin lepas gi pesta buku,setelah diajak berkali2 oleh mantan*miqdam..pegi la gak,pagi tu gi TS jap,jalan2 yang menyebabkan kakiku sakit,huhu..ingat terus gi PWTC,tapi takpe la,akram punya pasal...so,that evening tu gi la pesta buku yang akhi cakapkan tu..ramai benor,tapi,bosan sikit la..sebab dah petang..takpe la,Ilmu punya pasal..

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam~Ibnu Majah and the others

Tujuan nak pi pesta buku,nak cari buku hiwar bahasa Arab,tapi tak jumpa la,sedih betul la,huhu..takpe,la,pi Telaga Biru,then~time tu memang teruja betul la..jumpa Hafiz Hamidun!!,tengah lancarkan album Terapi Zikir die tu..hahaha,pastu ada Ustaz Zahazan!!,fuhh,memang berbayar la kepenatan ana time tu.hehe~seronok ma,mula2 malu gak nak bergambar ngan Hafiz ni,sebab ade banat kata hensem~hik3..macam2 la..takpe,ana beranikan diri gak nak amek gambar nih..then,time jumpa Ustaz Zahazan,mintak sign~peramah ustaz nih,macam2 kata perangsang die kasi..=D




sempat bergambar nih
ade orang kata macam kembar~kelakar la..*perasan je..

Huih~kenangan sampai bila2~hehe..InsyaAllah..
betul la firman Allah tu,
"Intansurullah hi yansurukum","Jika kita bantu Allah,Allah bantu kita",surah Muhammad..^^
Wallahu A'lam..



Sunday, 5 February 2012

Zikir Penenang Hati..^^

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Zikir sebagai penghapus dosa. Benda mudah, tapi majoriti tak suka buat. Ana pun kadang2 malas..^^

Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari, maka kesalahannya dihapuskan walau sebanyak buih di lautan.” (HR Bukhari dan Muslim)

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم


p/s~Tips nak habiskan 100 dalam sehari...
lepas setiap solat fardhu baca 20 kali. So 5 kali solat fardhu..cukuplah 100. Yeay!

Wallahu A'lam..




Saturday, 4 February 2012

Cantik Aturan dan Didikan Rasullah itu..^^

❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ❤•
Assalamualaikum..

Rasulullah SAW juga manusia. Rasulullah SAW juga punya air mata. Rasulullah SAW juga punya rasa sedih pada erti kehilangan.


Usamah bin Zaid meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah SAW mengangkat mayat anak dari puteri Baginda yang telah meninggal dunia. Lantas kedua-dua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata.

Sa'd berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau menangis?" Rasulullah SAW menjawab, "Ini adalah kasih sayang. Allah menjadikan kasih sayang ini di dalam hati hamba-hambaNya. Dan Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bersifat pengasih." (HR Muttafaqun 'Alaihi)



Hmm. Menangis sedih tak mengapa if tangisan itu mengingatkan kita pada Pencipta... Kita sure menangis tak ingat dunia dah kalo anak or ahli keluarga kita meninggal. Tapi Nabi SAW tabah dalam tangisan, ingat Tuhan dalam tangisan...Jadikan la tangisan kita itu tangisan yang membawa kta ke syurga..dan bukan tangisan yang sia-sia. Pada ALLAH kita dtg dan pada ALLAH kita kembali..^^


Wallahu A'lam..

Wednesday, 1 February 2012

Pesanan yang "extraodinary"..^^

Assalamulaikum..
Baru habis tengok video yang Osem ni,jeng2..tapi,penonton belakang Banin ni semua tak pakai hijab,pelik betul la,takpe la,moga2 mereka diberi Hidayah oleh Rabb~InsyaAlah..


Benarlah perempuan itu ibarat permata,Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita*my opinion..



Nape la Tasneem tak bawak lagi ni dulu2?
haih~man shabara zhafira betul la..^^


Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.It's Allah's job...

But wait, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti tau,At that time, barulah kite merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya. Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi. Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya!!...*wah,sape zaujah ku itu?kejut qiam sekali ek..hobi petama kod!!

Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya..Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita...

Entahlah,sebenarnya,ana pon tak tau nape ana post pasal tajuk ni,dah la kol 1 pagi ni,mungkin sebab ana nangis tadi kot,erm,entahla,mungkin dulu,kite jadi KL Dakwah bla bla, kita hebat je tazkirah orang, 24 hours pot-pet pasal Ad-Deen,tapi bila kita kat luar~kau tewas juga la jawabnya,bukan KL Dakwah bla bla dah ko,feeling guilty sebab tak tegur masyarakat umum pakai pakaian yang @#$%^..betul la cakap Miqdam dulu,"Dakwah yang sebenarnya mir ialah kita dakwah diri kita dulu,yakni muhasabah diri dengan apa yang kita buat dalam seharian,kalo nangis tu lagi comeyy!..baru la time tu,kita rasa,betapa beratnya jadi seorang dai'e dalam berdakwah dalam sesetengah Madu'u..,so,ko jadi KL Dakwah bla bla sampai bila-bila,zahirkan ia ma,then you can taste it's effect".huh,malam tu jugak ana buat Qiam,hehe..nak rase gak ape yang Baginda rasa dulu*ops,lima hari lagi nak sambut the Date of the Day,ana tak tau nak kasi present ape kat Dia, nak yang special punya, tanpa Dia,ana rasa martabat Muslimah pasti direndahkan & dihina, Dia la pembela kaum Hawa,dia la yang terletak di lubuk hatiku sampai bila2...^^ 

Wallahu A'lam..

Monday, 30 January 2012

IPTA or Form 6?

Assalamualaikum..
Kali ni entri nak berbicara tentang masa depan ana ni..huih,tadi baru abes isi UPU ma..mula2 cuak gak nak pilih kos2 yang agak 'semacam' ni..hurm,ana amek kos agama,tapi nak amek kulinari gak..nanti boleh masak untuk zaujah..^^

tak nampak?tekan gambar ni..

Hurm,dah tengok kan?..tapi,bila pikir balik,macam nak amek f6 la yakni STPM*takkan STAM lak,huih,kantoi la BARAB nnti..hehe..bukan apa,sebab ayah ana dulu pon amek f6..so,ana amek f6 la camni,apply KISAS..haha,baru bez~idaman ana dari sekolah rendah lagi tau,entah la,teringat time darjah 6 dulu~time isi SBP,tiga sekolah je kita tau..SMAP Kajang,SMAP Labu & KISAS,punya carik la KISAS tu,rupenya,untuk kemasukan f4 je la..haha~so,InsyaAllah ana masok situ kot..kalo result ok la..syarat nye,Bahasa Arab Tinggi paling kurang kena dapat C*huih,cam susah je,barab dah la tak pernah A..wait and see je la..hopefully,nak sangat masok KISAS tu,sampai termimpi-mimpi ma..^^,then,boleh gi Jordan.~
Wallahu A'lam..

Walimatul Urus...^^

Assalamualaikum..
Wah,alhamdulillah..walimah pada 28/1 berjalan dengan lancar,erm,kakak angkat ana yang kawen ye*sape tak tau tu,nampak sangat la escape tazkirah den tahun lepas..^^...so,kakak angkat ana ni,dah lama bernikah,tapi cuma pengantin perempuan je yang belum buat walimah..jadi,kita pon tolong buatkan la..hurm,tapi kesian k. Aisyah,takde sape pon dari kalangan ahli keluarga die datang melawat..kesian ma..naseb baek adek die datang..kalo tak,ana rasa..mata kak Aisyah dah berkaca-kaca,sape la tak rindu keluarga terdahulu..huhu

Ade orang tanya kat ana,ape maksod walimah tu?hurm,kang terang panjang lebar,abes jugak muka blog ni,sikit2 cukup ek..maksud walimatul urus  ni ialah kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan pasangan,hukum nya sunat muakkad ma...adab dalam walimah tu,diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai + tak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri..

bagai pinang di belah dua..hehe

sedap ana masak..*yela tu,tolong makan ade la...^^

fuhh,ayah ana berbesan dengan Ustaz Hadi Awang
,gerenti rudi jeles nanti..hehe


nak sangat tengok ana pakai spec kan??puas??..haha~kelakar

Seburuk-buruk hidangan ialah hidangan walimah. Dimana orang yang berhak mendatanginya (orang yang berhak mendatanginya: orang miskin) dilarang mengambilnya, sedangkan orang yang enggan mendatanginya (Orang yang enggan mendatanginya: orang kaya diundang (agar memakannya). Dan barangsiapa yang tidak memenuhi undangan, maka sungguh ia bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.”..Muttafaqun Alaih wa Muslim
Wallahu A'lam..

Thursday, 26 January 2012

Berkorban tu ade hikmahnya..

Assalamualaikum..
Mungkin ramai pelik sebab tetibe ana off Fb kan?bukan sebab putus cinta ye,hik3..
So lets cer~camni,ade seorang banat yang come from nowhere..memang tak kenal pon,taktau la sekolah ke tak,add ana,jadi,ana ni kaki approve friends je,nak bersaing sape banyak friends kononye la..jadi,ana pon ter'approve' la banat nih..then,bile ana on9..fuhh,dalam sekelip mata,die akan chat ngan ana...dah la tak kenal,pastu tanya macam,makanan kgemaran pon nak tanya ke??~haih,pelik betul,hari2 tanya benda same je..
kejap je~

So,I made a decision...delete my lovely FB!!..kene berkorban,tapi bile pikir balik,hurm,kalo delete..abes la ilmu2 kat group2 faveret ana,ilmu perlu dikongsi kan...jadi,nasib baek la si Mark Zuckenberg*betuk ke yahudi die ni??xtau la. buat sesi  deactiavte...so~deactivate la jap..bagi hati ni elak dari sebarang kemungkinan,yup,kadang2 ana mudah tewas pada mainan syaitan,jadi,ana kne berkorban,we have to scarifies for our own goods,right?,ala,Para Anbiya' dulu boleh,nape kite takleh lak?walaupun takleh tiru 100%, sikit pon cukup memadai,...asif jiddan ek buatkan anda risau..tapi,maybe nak delete kot lepas ni...ade la munasab die..^^

Wallahu A'lam..

Monday, 23 January 2012

Dialah Permata Yang Dicari(1)..^^

Assalamualaikum
Sekadar berkongsi video yang comel ni..hehe~Subhanallah..nak cubit je pipi die nih..


Wallahu A'lam..

Friday, 20 January 2012

Rabb lebih Mengetahui semuanya...^^

Assalamualaikum..
Di suatu maghrib yang hening..lepas ajar mengaji nih..tertimbul satu persoalan kawan kat ana,dah besar dah pon kawan ana ni,masok U dah pon..ana ni pon ngah tunggu result SPM..isk3,lame betul la..

Kawan: "Stress aku macam ni! Sedih pun ada..isk3"

Ana: "Nape ni? What happen bro?"

Kawan: "Awek yang aku nak wat bini tu dia rejek aku. Hari tu elok-elok kata nak kahwin, sekarang kata taknak plak. Dia bagi syarat macam-macam; nak yang pakai kopiah la, nak yg ala-ala ustaz la. Aku kata la OK la aku boleh je..insyaAllah aku boleh berubah jadi soleh..aku mintak dia percaya kat aku. Tapi bila aku tgh berubah nak jadi baik sama macam citarasa dia, dia rejek aku. Apa salah aku? Memilih betul la awek tu! Tahulah solehah, tahula ada rupa!"

Ana: "Biar je lah dia. Ko pun tahu kan, wanita tu boleh memilih satu suami dan kalau boleh, suami yang satu itu lah utk sepanjang hayatnya. Sedangkan kita boleh pilih 4 kali atau lebih kalau nikah-cerai-nikah-cerai. Biarlah dia pilih betul-betul lelaki yang macam mana dia nak. Fitrah wanita, cintanya kalau boleh hanya untuk satu hati. Kalau dia nikah dengan ko pun, kalo dia tak tenang..tak puas hati..ko jugak yg sakit hati nanti bila dia buat perangai lepas kahwin."

Kawan: "Em..apa aku ni tak baik lagi ke? :( "

Ana: "Bukan ko tak baik, tapi mungkin tahap kesolehahannya tak tinggi jadi dia tak nampak kualiti boleh berubah yg ada pada ko skang. Padahal bagi aku la, kalau dia pilih yg DAH BAIK belum tentu org tu akan SELALU BAIK. Tapi kalau pilih yang betul2 berubah kerana Allah dan konsisten upgrade soleh tiap masa, insyaAllah itulah yang terbaik sebab Allah cinta org2 yg memperbaiki diri. Bukan yang hanya selesa dengan berWATAK BAIK. Ko berubah kerana apa? sebab banat tu ke?"

Kawan: "Aku berubah kerana Dia (Allah) dan untuk hidup mawaddah(rasa cinta yg ada rasa syahwah normal sesama manusia di dalamnya) dan rahmah (yakni cinta murni yg bukan atas dasar ini tetapi adalah demi mencari keredhaan Allah semata-mata) bersama si dia. Salah ke niat ni?"

Ana: "(senyum)..Jangan risau ya, insyaAllah sekarang ni atau di hari depan ada yang menghitung2 utk memilih ko. Cuma ko je tak tau. Percaya kata aku, kita biasa nampak apa yg hanya terbaik di depan mata, tapi Allah dah lama nampak mana yang lagi terbaik. Cuma Dia nak tengok ko sabar ke tak."*evil laugh..hik3..

Kawan: "Betul ni? ^_^"

ana 30 juzuk??hurm,dalam istikharoh lagi..huhu
Ana: "Dah tu~yeeea(sejak bile lak aq pndai betazkirah kat orang besar nih,huih,pape je la,=.=')"


Hurm,khulasahnya,tak salah jika kita nak jadi soleh kerana semata2 nak dapat pasangan yang soleh/solehah. Ia kerana itukan Sunnahtullah yang telah ditetapkan dalam al-Quran.. jika kita ikut segala peraturan Sunnnahtullah ni, tidak menjadi satu kesalahan kerana ia satu suruhan Allah. Sama gak jika kita solat kerana nak masuk syurga, kita solat kerana nak murah rezeki, kita solat hajat nak SPM result gempak, kita sedekah kerana nak panjang umur,sembuh penyakit dan bertambah rezeki... semua ini sudah Allah tetapkan sebagai sunnahNya.... ikut je..... plus,tak mau condem kawan2 yang nak berubah..

Biase la tu,memula dia berubah jadi baik adalah kerana nakkan someone, tapi jangan halang niat baiknya utk berubah tu, cuma kena tegur dia sikit.."sambil2 berubah tu, betulkan niat dgn perlahan2 kerana Allah.." Sebab permulaan nak berubah mmg niat tu agak tersasar sikit, tapi tu kan masa dia baru2 nak berubah. Bila dah berubah baik, insyaAllah niat juga akan berubah kerana Allah..*hopefully..sebab ana pon pernah mengalaminya..

Lagi satu,ALLAH nak bagi hadiah yang paling bermakna buat dia atas perubahan yg dia lakukan..jadi jangan bersedih tapi bergembiralah kerana Allah sedang mengujinya sedikit untuk sesuatu yang sangat bernilai..nama pon ujian,hehe,innallah hama 'ana....dan Allah juga sentiasa bersama2 org yg sabar*man shabara zhafira..^^

Wallahualam...bace ayat 26,surah An-Nur..ana suke ayat nih..

Wednesday, 18 January 2012

Man Jada Wajada...

Assalamualaikum..
Huah,arini ana rase seronok sangat,sebabnya..novel yang jadi pembakar semangat ana ni,akhirnya dijadikan filem,haha..ala,cam Ombak Rindu gak la..ade novel,ade filem die..ni trailernye..tunggu yaww!!



Alif Fikri dan sahabat..
Lagi manfaat tengok cite ni,ade jugak maslahatnya...MAN JADA WAJADA!!,ayuh pak..lepas ni Ranah 3 Warna lak,"Man Shabara Zhafira"....^^
Wallahu A'lam...



Hurm,pakai balik la nampaknya..

Assalamualaikum..
Setiap insan yang Allah cipta tu akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup di dunia yang fana ni.Tipu jika sorang tu berkata yang dia tidak pernah kena musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya semua sama. Allah menguji seseorang itu because there are always secret that we never knew before, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita*hehe,bermadah nampak...


Jadi,diri ini pon ada musibahnya,enta/enti nak tau?betul nak tau ni??
Sebelum tu,ana cite la sikit nostalgia ana ek,sebenarnya,ana dah lama pakai benda ni,start tadika lagi dah pakai,tujuannye nak cure musibah ni..sampai darjah 6,dah tak pakai,kononya dah hilang la musibah ni..F1 sampai f3 pakai jugak benda tu..tapi time studi je pakai,*mungkin ramai tak perasan,senyap2 je....f4 ngan f5 nape tak pakai??mesti tertanya-tanya kan??..erm,sebab nak elak fitnah,tu tak nak pakai,tapi..kesannya,musibah kena balik,dulu time ana f4 awal taon,tika ana buat appoinment ngan doktor,die recommend suruh ana pakai benda tu sampai bile2,tapi sebab nak elak fitnah punya pasal..hurm,well,berkorban je la..hehe,bak kata pujangga.."mencegah itu lebih baik dari merawat"..lebih baik elak fitnah dari terima kesannya sampai bila2..takpe,itu yang lebih baik kan??..mungkin ana kena musibah ni sebagai kifarah sebab melakukan dosa..yang penting ade hikmahnya*ana pon tak tau ape hikmahnya,have to wait... wallahu A'lam..


Ana nak buat ape lepas ni? hurm,muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan tolong ana..^^

1)Muhasabah ni maksudnya menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita sendiri tak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tak akan  rasa apa2 pon perubahan di dalam diri kita....
2)Muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan sama juga apabila kita susah.Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah pon kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia....
3)Last,Tawakkal yakni kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya..InsyaAllah..
pakai balik la,isk3..

Jap2,ape musibah ana ek?ana kena pakai cermin mata la,hua3,senyap2 je ek....jangan gelakkan ek,malu..

Wallahu A'lam...

Monday, 16 January 2012

"Muka enta hensem la,tapi sayang....."

Assalamualaikum...
Kamu pasti akan mengalirkan air matamu jika
kamu dapat mendengar doa dari seorang sahabatmu
yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk mu selepas dia solat..T_T
Tugasan: Sila sambung petikan ini..:"Muka enta hensem la,tapi sayang..."..Masa dan panjang tugasan adalah ifinite..hehe,siapkan ye...(macam buat karangan lak,wokeyh,no hal la)

Assalamulaikum...
Kejadian ni berlaku tika ana ngah amek lesen pada sabtu yang lepas,memang ramai,sebab cuti,jadi nak tunggu orang laen punye pasal+ ramai!!,kena la bersabar sikit,*Man shabara zhafira kan??..so,ana solat zohor la dulu..hurm,tapi tak ramai pon yang solat dalam surau tu..jarang nak nampak budak2 muda...after the prayer,ana beranikan je la diri tegor kawan yang tak solat lagi..

"Bro,dah solat lom?"
"La,lek la dulu beb..banyak lagi masa,bagi aq naek kete dulu,ala,solat tu,bile2 boleh buat ma..kita kan muda lagi,betul tak?"

Hurm,oke,time tu memang ana tak berani dah nak tegor lagi,silap ari,boleh kena ana*muka ganas semacam je..haha,tapi Mr Sahabat,ana kesal la,Muka enta hensem la,tapi sayang solat tak dijaga,saya jamin,wanita2 yang diluar sana menantikan suami2 yang soleh,ala..paling kurang,boleh jaga solat tau...sebab nya,zaujah enta tu nak anak2 nanti,faham tentang Islam tu,tapi kalo enta sendiri tak start dari sekarang,nak tunggu musibah baru nak sedar? solat je pon,ingat enta,amalan pertama dihisab ialah?..SOLAT,jangan menyesal kelak ek,kalo enta solat tak jaga,apetah lagi amalan2 laen enta nak buat selain solat,ingat enta!perkara wajib tak menunggu keihklasan,tak kesah la ikhlas ke,riak ke,janji buat!!...nanti bile enta dah kahwin,macam mana enta nak jadi contoh kat anak??hurm,kan dah pelek tu..bile enta dah meninggal,sape yang nak doakan kebahagiaan kat alam lagi satu nanti?

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim)

Sejujurnya,ana tak tau nak salahkan sape,tapi ana mohon la..SOLATLAH!!...

"Apakah perkara yang TERPANTAS di dunia?

~ Pengkaji cuaca : "Angin taufan atau tornado."
~ Doktor : "Panahan Sesuatu."
~ Jurutera: "Peluru."
~ Saintis : "Cahaya. Ia bergerak 6 bilion kilometer dalam satu tahun cahaya."

SALAH !!

*perasan..^^
~ Petani menjawab: "SEMBAHYANG..ia sampai kepada Allah walaupun SEBELUM kamu berkata.."                                      "

Wallahu A'lam...
.

Blogger templates

Powered By Blogger